12

5.6K 255 0
                                    

PAGI yang indah. Nami tiba di jeti Lumut ketika jam terarah ke pukul 11.30 pagi. Selesai membeli tiket, Nami bergerak ke tempat menunggu ferry. Nami mengambil tempat duduk paling hujung. Ombak yang memukul batu-batu di tepi jetty itu dipandangnya kosong. Sekosong hatinya saat itu.

Nami bergerak dari Kuala Lumpur pukul 6.30 pagi, dalam pukul 10.30 pagi tadi Nami tiba di Pekan Lumut, selesai meletakkan keretanya di tempat disediakan, Nami terus bergerak ke kedai mamak berhadapan jetty untuk mengisi perut. Nami tidak mahu singgah di kampungnya di Parit. Tak sanggup rasanya untuk Nami bertemu dengan ayah dan ibunya untuk berceritakan kisah mengenai dirinya dan Rizal. Nami amat berharap agar Dani boleh menceritakan semuanya kepada orang tua mereka bila Dani pulang ke kampung kelak. Nami tahu, pastinya ibu dan ayahnya sedih, tapi kesedihan Nami lebih berganda.

Samsung Galaxy Note itu dikeluarkan dari beg sandang. Nombor Dani didailnya. Setelah menunggu lama, kedengaran suara di hujung sana.

" Assallammualaikum," ucap Nami

" Waalaikumsalam, Nami dekat mana ni?" balas Dani.

" Lumut, Angah!" jawab Nami.

" Eh, tak balik kampung dulu?"

" Tak, tak sanggup nak tengok muka sedih mak dan abah," jawab Nami.

"Pergi seorang je?"

" Ye lah, Angah tak cakap pun suruh bawa kawan."

" Oh ye lah, betullah tu! Ada kenal siapa-siapa tak?"

" Siapa?" Nami sudah angkat kening. Pelik dengan soalan Dani.

" Tak adalah tu, Nami jaga diri elok-elok. Dapat bilik nanti, masuk terus kunci. Jangan lupa!"

" Ye, Angah!"

" Nanti telefon mak bagitahu Nami pergi Pangkor." Nasihat Dani.

" Ala, tak naklah. Cukuplah Angah seorang tahu. Nami nak berehatlah. Nanti Angah tolong bagitahu pasal Reez tu pada abah ye," ucap Nami.

" Angah pulak?"

" Ye lah! Angah sayang Nami, betul tak?" Nami sengaja memancing.

"Macam tu pulak?"

" Ye lah, tolong ye Angah."

" Ye lah, Angah doakan Nami jumpa cinta sejati Nami dekat Pangkor."

" Merepeklah Angah ni! oklah Angah, Nami nak gerak dah, ferry dah sampai!"

" Okey,"

" Bye"

Klik.

Panggilan Nami putuskan. Nami bangun dari duduknya, melihat orang ramai yang sedang berpusu-pusu bergerak ke ferry, Nami juga ikut menarik beg bajunya memasuki perut ferry bercat warna biru dan kuning itu. Nami ambil tempat di tepi tingkap. Nami lebih selesa bersendirian. Sengaja mahu melayan perasaan sendiri.

" Excuse me, sorry... sorry..." terdengar satu suara yang sudah terbiasa Nami dengar beberapa hari lepas. Nami menoleh melihat pemilik wajah di kerusi belakangnya melalui celahan kerusi.

Gulp!

Air liur yang ditelan sudah rasa berpasir. Nami pandang sekali lagi melalui celahan kerusi itu. Sah dia! Nami sudah gelisah. Dalam banyak-banyak ferry, kenapa kena naik ferry yang sama? Dalam banyak-banyak pulau dalam Malaysia ni, kenapa Pulau Pangkor juga dia nak pergi?

Senget!

Nami sudah tidak senang duduk. Macam-macam gaya sudah dibuatnya. Ferry sudah mula bergerak, agak mustahil untuk Nami lari lagi. Nami buntu.

Encik Separuh Jiwa©️ ✔️Where stories live. Discover now