Nami menghantar kepulangan Angahnya dengan pandangan kosong. Lelaki bernama Dani Razi itu memang pelik. Datang bertandang sesuka hati, balik pula tanpa meninggalkan buah tangan. Dalam ketiga-tiga abangnya, Nami memang paling tak ngam dengan Dani. Macammana nak ngam kalau selalu jadi mangsa buli? Tapi, walau macammana pembulipun abangnya yang seorang itu, Nami sayang lebih pada Dani!
Ye, Dani suka buli Nami bersebab. Dani nak ajar Nami jadi kuat, bukan kuat dari segi fizikal sampai boleh tumbuk dan lempang orang sesuka hati! Tapi kuat dari segi mental.
Pernah masa zaman kanak-kanak, ketika sedang main masak-masak dengan kawan-kawannya, Nami telah di tolak kuat hingga jatuh terkena bucu pasu. Saat itu Nami hanya berdiri kaku di situ. Tak berani nak melawan. Tak berani nak mengadu.
Kebetulan, ketika kejadian itu Angahnya datang untuk memanggilnya pulang. Melihatkan darah yang mula mengalir dari kepala Nami, Angahnya naik berang. Seorang-seorang kawan Nami disoalnya. Tapi, seorangpun tak nak mengaku!
Hari itu juga, Nami dibawa ke hospital. Dapatlah hadiah lapan jahitan dari Tuan Doktor! Semenjak itu, Dani memang mengawal pergerakan Nami. Sekali Nami keluar semasa ketiadaannya, memang Nami sengaja menempa kemarahan abangnya yang seorang itu.
Sebenarnya, Nami ada tiga orang abang. Alongnya bernama Dani Reza, Angah pula Dani Razi, Achiknya pula Dani Rafee. Beza umur Nami dengan angahnya tujuh tahun. Mungkin sebab perbezaan angka yang banyak itu membuatkan Angahnya lebih bersifat melindungi.
" Angah-angah... datang semata-mata nak cakap pasal novel ke apa?" Nami sudah geleng kepala sendiri. Langkah di atur menuju ke arah lift. Langkah Nami terhenti. Air liur yang ditelan terasa tersekat di tekak.
" Kejap, Angah cakap pasal novelkan tadi? Macammana Angah boleh tahu?" ucap Nami sendiri. Nami garu tangan kirinya yang terasa gatal.
" Pelik!" Samsung Galaxy Note di dalam poket seluar dikeluarkan. Nombor Dani di dailnya laju.
" Hello," panggilan bersambut.
" Waalaikumsalam," sinis jawapan Dani. Nami senyum sendiri. Perihatin sungguh abangnya ini!
" Assallammualaikun Angah," ucap Nami lembut.
" Kenapa ni?"
" Ergh, tadi Angah cakap pasal novel kulit hijaukan?" Soal Nami.
" Hah? Mana ada!" Dani cuba menafikan kata-kata yang terlepas dari mulutnya tadi.
" Ada!"
" Tak ada!"
" Adalah, Nami dengar!"
" Tak adalah! Nami ni dah tak betul eh? Nak Angah daftarkan ke Hospital Bahagia ke?" Sindir Dani.
" Apa Angah ni, Nami dengar apa Angah cakap tadi!" Nami sudah mula mencebik. Nasib dalam telefon, kalau tak buat malu je jadi bahan tawa Angahnya itu.
" Suka hati Namilah,"
Klik,
Panggilan ditamatkan. Nami masuk ke dalam lift. Butang bernombor 11 ditekan. Abangnya yang seorang itu memang tak senang kalau tak sakitkan hati Nami.
Nami mendegus kasar. Rasa kehilangan dan rasa marah silih berganti. Nami rindukan Rizal dan sangat berharap kata-kata Rizal semalam hanyalah mimpi. Nami menampar-nampar perlahan pipinya. Rasa sukar mahu menerima kenyataan!
Lift berhenti di tingkat sebelas. Nami keluar dari pintu lift, kaki diseret perlahan ke pintu rumah. Sampai di muka pintu, tombol pintu dipulasnya.
" Assallammualaikum," ucap Nami perlahan. Pintu itu dibuka luas-luas. Nami duduk di tepi pintu. Ingatannya melayang mengingati Rizal.
![](https://img.wattpad.com/cover/192052266-288-k594862.jpg)
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
Romance"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...