DANI sudah senyum simpul apabila menerima SMS daripada Amir. Ada kegembiraan dalam kata-kata SMS Amir.
" Apa senyum-senyum ni?" tegur Syikin. Isteri Dani.
" Amir, Amir dah jumpa cinta barunya." Balas Dani ringkas.
" Really? Siapa?" soal Syikin teruja. Syikin adalah sepupu Amir. Perkenalan antara Syikin dan Dani juga disebabkan oleh Amir. Tidak sangka jodoh mereka panjang. Dani sangat berterima kasih dengan Amir kerana sudi mengenalkan Syikin padanya empat tahun lepas, pertemuan mereka di tangga Universiti Malaya itu akhirnya membawa mereka berdua ke jinjang pelamin hujung tahun lalu. Kini Syikin sudah berbadan dua, kandungannya sudah mencecah enam bulan. Syikin sebaya dengan Amir dan Dani, sudah bekerja di Telekom Malaysia. Bulan lepas sahaja Syikin baru tamat pengajiannya dalam Master in Telecommunication.
" Cuba sayang teka dengan siapa," Dani sudah angkat kening. Senyuman diukirnya.
" Entah, mana Syikin tahu. Abang yang dengan dia selalu, bukan syikin." Syikin sudah memuncungkan mulutnya. Malas mahu meneka.
" Tekalah," Dani merayu.
"Erm, dengan Elia kot!" balas Syikin malas. Dani geleng kepala.
" Habis tu dengan siapa?" soal Syikin.
" Sayang mesti tak percaya kalau abang cakap ni," Dani sengaja mahu bermain teka-teki.
" Dengan siapa?" Soal Syikin. Bibir sudah diketapnya. Geram!
" Erm... rahsia!" jawab Dani. Satu cubitan hinggap di lengan Dani.
" Cakaplah dengan siapa!" ucap Syikin.
" Adoi! Sepit ketam, sakitnya!"
" Tau sakit, cakap cepat!" ucap Syikin.
" Dengan Nami," jawab Dani girang.
" Hah? Namira Rasyifah?" Soal Syikin tidak percaya.
" Really?" tambah Syikin. Dani angguk laju-laju.
" See, see.. sayang pun tak boleh terimakan?" ucap Dani.
" Bila diorang kenal? Abang kenalkan ke?" tanya Syikin. Dani geleng kepala.
" Macam ni ceritanya," Dani sudah membetulkan duduk. Syikin yang duduk sebelahnya di pandang.
" Last week, kereta Amir tak ada minyak. Dia naik LRT, kebetulan dia jumpa dengan Nami dekat LRT, Nami terlanggar dia. Bisinglah mulut Amir bila Nami tak minta maaf, Nami sakit hati Nami tumbuklah perut Amir," Syikin sudah tergelak mendengarkan cerita Dani.
" Dalam LRT, mereka gaduh lagi sebab berebutkan kerusi... Nami lempang Amir lagi," Syikin sudah menutup mulutnya. Kelakar!
"Masa dekat KL sentral, mereka berjumpa lagi. Amir paksa Nami minta maaf. Nami tak nak, Nami pijak kaki Amir, lepas tu lari. Pada masa yang sama Amir sempat ambil novel Nami. So, ada win win situation dekat situ." Ucap Dani.
" Lepas tu?" soal Syikin semakin berminat.
"Dalam novel tu ada kad nama Nami, Apalagi, galaklah Amir mengacau, mereka gaduh dalam telefon lagi."
" Lagi?" Syikin makin tidak sabar.
" Dua hari lepas, Amir terlanggar belakang kereta Nami dekat lampu isyarat. Masa tu Amir cakap dia tiba-tiba terjatuh hati pada Nami," jawab Dani.
" Sweetnya, lepas tu?"
" Abang arrangekan Amir ke Pangkor melawat site. Dalam masa yang sama abang minta Nami pergi bercuti ke Pangkor juga. Abang tempah chalet mereka sebelah-sebelah, abang cakap pada Nami, abang tak dapat nak pergi Pangkor dan pihak hotel tak bagi abang refund duit bayaran hotel. Nami setuju... so proceed! Now mereka berdua sedang berada di Teluk Dalam Resort, chalet sebelah sebelah seperti yang di rancang," cerita Dani gembira.
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
Romance"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...