6

6.1K 247 5
                                    

"PADAN muka kau perempuan!" ucap Amir perlahan. Kakinya yang dipijak gadis itu tadi masih terasa pedihnya. Hari ini sudah tiga kali Amir dipukul oleh perempuan yang sama atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan. Sungguh tidak boleh diterima dek akal.

Novel berkulit hijau itu kejap dalam genggamannya, takut gadis tadi merampas semula novel itu jika Amir leka. Amir berjalan perlahan hingga tiba di pintu keluar ERL. Melihatkan keadaan di pintu keluar itu masih sunyi, Amir membuat kesimpulan sendiri bahawa ERL yang di naiki Elia masih belum lagi tiba di KL Sentral.

Amir menghenyakkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan pintu keluar ERL, tujuannya adalah untuk memudahkan Elia melihatnya nanti. Sambil menunggu, Sambil Amir membelek-belek novel berkulit hijau di tangannya. Pandangan Amir terhenti pada sinopsis di kulit belakang novel. Amir terbuai membaca sinopsis itu. Hati Amir berperang antara mahu membaca atau tidak novel tebal di tangannya.

Kulit depan novel itu dipandangnya lama. Tidak pernah sepanjang hidupnya dia membaca atau membeli mana – mana novel. Jauh sekali menghayati novel cinta. Entah mengapa, melihatkan novel berkulit hijau itu membuatkan perasaan Amir membuak – buak untuk untuk membacanya.

"Well, ini adalah kali pertama dan terakhir aku baca novel, apalagi novel cinta!" ucap Amir pada dirinya. Lambat – lambat kulit novel itu dibuka. Amirul Nadzmi baca novel cinta kot! Kalau Dani dapat tahu ni, pasti Amir akan dibahan seminggu.

Perlahan – lahan helaian pertama dibukanya. Patah demi patah perkataan dibaca, habis muka surat pertama, Amir beralih pula pada muka surat seterusnya. Penuh kusyuk Amir membaca. Sedar tak sedar, sudah tiga bab habis dibacanya. Amir menghentikan pembacaan apabila terasa tengkuknya sakit.

"Macammanalah orang lain sanggup menahan sakit tengkuk dan sakit mata ketika membaca agaknya." Rungut Amir sendirian.  Novel berkulit hijau itu ditutup. Amir memicit-micit perlahan tengkuk yang terasa lenguh. Jam di pergelangan tangan di pandang. Sudah pukul 2.00 petang, ini bermakna sudah dua jam Amir duduk di situ. Namun, kelibat Elia masih belum kelihatan. Amir menggaru kepala sendiri. Tak akan Elia kena culik kot?

I-Phone 5 dikeluarkan dari poket. SMS dan Whatsapp di buka. Tiada sebarang pesanan dari Elia untuk Amir. Tanpa berfikir panjang, nombor Elia di dailnya. Lama Amir menunggu talian bersambung, pada deringan yang ke lapan, akhirnya panggilan bersambung.

" Hello, you dah naik ERL ke belum?" lembut suara Amir bertanya.

" Laa, apasal you tak bagitahu, I ni bukannya patung nak tunggu you dekat KL Sentral ni!" Suara Amir sudah naik satu oktaf.

" Suka hati youlah! You bukannya sesiapa pada I, buang masa je!" balas Amir merajuk.

Klik,

Panggilan di matikan. Amir sudah mengetap bibir sendiri. Sakit hatinya dengan sikap Elia. Kenapalah agaknya Elia tak SMS bagitahu dia balik naik teksi? Payah ke nak SMS cakap tak nak singgah KL Sentral? Amir mendegus kasar lagi.Geram benar dia dengan apa yang terjadi pada hari ini.

Hari ini hidup Amir memang malang. Sudahlah kena tumbuk, kena tampar, kena pijak kaki. Tambahan lagi kena tipu dengan bekas tunang! Alahai, ini kena balik mandi bunga ni, buang badi perempuan gila yang suka-suka hati membelasahnya pagi tadi. Apa malang nasibnya hari ini. Mungkin sebab keluar rumah kaki kiri kot! Pulak tu keluar rumah tak baca ayat kursi. Sebab tu lah nasib malang bertimpa-timpa. Amir berdiskusi dalam diri sendiri.

I-phone 5 di dalam poket berbunyi lantang menandakan satu panggilan menujah skrinnya. Amir sudah senyum simpul kembali kerana menyangka panggilan itu dari Elia. I-phone dikeluarkan cepat-cepat dari dalam poket.

Sangkaan Amir meleset apabila melihat nama yang tertera pada skrin. Muka Amir mencuka apabila nama Dani tertera.

" Hello," Amir memulakan perbualan.

Encik Separuh Jiwa©️ ✔️Where stories live. Discover now