" Aku cintakan kau, betul... aku cintakan kau! "
"Kau ni gilalah Reez, dah laa gila, senget pula!" balas Nami dalam gurauan.
" Aku betul-betul cintakan kau," tangan Nami di genggam erat.
"Wait, aku? Aku jatuh cinta dengan kawan sendiri?Memang tak lah!"Tangannya di dalam genggaman Rizal di sentap kasar.
"Nami, aku serius!" Nami geleng kepala.
" Beri aku peluang, aku sayang kau!"
"Aku tak sayang kau!"
" Nami..."
NAMI berdiri di tepi dinding memandang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di sepanjang laluan Faderal Highway itu. Pemandangan pagi dari balkoni tingkat 11 flat PKNS Pantai Dalam itu sangat meriah, sini-sana orang ramai bersesak – sesak mengejar waktu. Nami hanya memandang kosong, terasa kekosongan yang mula bertandang di jiwanya terlalu besar.
" Kau okey ke ni?" sapa Laila tiba – tiba. Pandangan Nami yang tadinya jatuh kepada deretan kereta di Federal Highway di alihkannya pada Laila di balik pintu kaca yang memisahkan balkoni dan ruang tamu. Air mata yang hampir gugur di kesat perlahan. Senyuman di ukir.
" Okey je!"
" Ye lah tu, aku macam tak berapa nak yakin je dengan kata – kata kau ni. Aku takut kejap lagi kau tak centre, tiba – tiba kau terjun!"
Nami sudah mengerutkan dahi, "Aku masih ada iman! Tak akanlah disebabkan seorang lelaki aku nak gadaikan iman aku?" balas Nami tidak puas hati.
" Kadang – kadang hati boleh mengatasi iman, orang tengah bersedih ni, syaitan laju je datang menghasut." balas Laila.
" Insya – Allah, aku masih waras lagi." Nami sudah bergerak ke ruang tamu. Punggungnya di henyak di atas sofa L shape di tepi dinding.
"Kau kena sabar banyak-banyak, ada hikmahnya tu. Lelaki macam Rizal tu, menghabiskan masa je nak dikenang." Laila seakan memujuk.
"Macammana aku nak sabar kalau dia tinggalkan aku untuk orang lain? Senyap – senyap je dia dah cari pengganti aku. Semua dah macam dirancang."
" Sudah – sudahlah tu. Mungkin Allah telah ciptakan seseorang yang lebih baik untuk kau dekat luar sana. Dan, yang pasti orang itu bukan dia. Bagi peluang pada diri kau untuk kenal lelaki lain. Setakat lelaki macam Rizal tu, bersepah je dekat Kuala Lumpur ni!" Balas Laila dalam nada angkuh. Di tinggalkan oleh lelaki tanpa sebab, hati wanita mana yang tidak marah? Teringatkan wajah Rizal, Laila juga ikut membenci lelaki hidung belang itu.
" Entahlah," balas Nami berat. Buntu.
"Eh, aku dah lambat ni!" Cawan berisi nescafe yang masih berbaki di bawa ke sinki.
" Aku gerak dulu, kau take care!" Balas Laila seraya bergerak ke muka pintu. Nami mengangguk malas. Daun pintu di tutup kasar dari luar.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Suasana di dalam rumah itu kembali sunyi. Sesunyi hati Nami. Nami masih membeku di atas sofa. Kepalanya masih ligat memikirkan tentang Rizal. Mencari, menggali segala kesilapannya yang menyebabkan Rizal berubah arah.
Lamunan Nami terhenti apabila satu sms menujah skrin handfone Galaxy Notenya. Nami menarik nafas perlahan apabila melihat nama yang terpapar di Skrin. Dari Rizal. SMS itu di buka lambat-lambat.
I'm so sorry Nami - Rizal
Ringkas ayat itu, tapi sangat menikam jiwa. Air mata Nami gugur lagi.
Kau kejam! - Nami
Taip Nami geram. Butang hantar di tekan kuat. Galaxy Note itu diletakkan semula di atas sofa.
![](https://img.wattpad.com/cover/192052266-288-k594862.jpg)
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
Romance"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...