NAMI menarik perlahan beg pakaian beroda empat itu menuruni anak tangga chalet. Nami tersenyum riang, tidak sabar mahu pulang ke kampung menjenguk orang tuanya. Hari ini Nami mengenakan t-shirt berwarna pink dan memakai seluar jeans di samping mengenakan tudung bawal warna sedondon dengan t-shirt dipakainya.
"Nami, kejap!" jerit satu suara. Nami mengeluh perlahan. Entah apa lagi Amir mahukan darinya.
"Apa dia?" jawab Nami malas. Nami berdiri kaku memandang Amir yang sedang bergerak mendekatinya.
"Aku hantar kau ke jeti." Pelawa Amir.
"Aku boleh naik teksi pinklah!" Nami menolak. Sengaja mengawal debar di dada. Entah mengapa, sejak semalam hatinya bergetar hebat. Cintakah?
"Woit! Aku cakap dengan kau ni," tegur Amir.
"Ergh, okey." balas Nami. Baru tersedar dari lamunan.
"Kejap tau. Aku ambil kunci kereta." Amir memberi arahan. Nami hanya mengangguk perlahan. Amir berjalan laju masuk ke dalam chaletnya. Nami hanya memandang kosong belakang Amir. Beberapa hari mengenali Amir, cukup membuatkan Nami meyakini kebaikan Amir. Tapi, semua itu bukan ukurannya. Lelaki, sedangkan Rizal yang sudah dikenalinya dalam jangka-masa lama boleh berubah, inikan pula Amir yang baru dikenalinya beberapa hari.
"Jom," pelawa Amir ketika mendekati Nami. Beg pakaian beroda bertukar tangan. Nami mengukirkan senyuman.
"Tak susahkan kau ke?" tanya Nami berbasi-basi.
"Nak susahkan apa, bukan jauhpun." Balas Amir.
"Okey,"ucap Nami perlahan.
Mereka berjalan beriringan. Saat itu masing-masing hanya senyap melayan perasaan sendiri. Amir benar-benar sudah jatuh kasih pada Nami. Tapi, gadis di sebelahnya itu hanya pegun. Sepatah di tanya, sepatah di jawapnya. Benda-benda yang berkaitan perasaan memang susah nak dipaksa. Jika dia juga masih sukar untuk melupakan Elia, mungkin begitu juga keadaannya dengan Nami.
"Kalau ada jodoh tak kemana." Ucap Amir tiba-tiba.
"Huh?" soal Nami tiba-tiba.
"Apa?" ucap Amir.
"Kau cakap apa?" balas Nami pula.
"Tak ada apa-apa. Aku tunggu kau dekat kereta tau!" ucap Amir. Nami angguk perlahan. Amir sudah berjalan laju ke tempat parking, Nami pula berjalan ke kaunter untuk memulangkan kunci di lobby hotel.
Punat alat kawalan jauh kereta di tekannya. Setelah itu Amir membuka pintu bonet kereta Perodua Viva itu. Beg Nami di letakkan di dalam bonet. Setelah yakin semuanya okey, Amir menutup pintu itu.
Amir berjalan ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Sambil menunggu Nami, Amir bergerak ke belakang kereta lalu bersandar di situ. Amir mengukir senyuman apabila Nami mendekatinya. Nami membalas senyuman Amir itu.
"Dah settle dah?" soal Amir. Nami angguk.
"Naik ferry pukul berapa ni?" soal Amir ketika mereka mula memasuki perut kereta.
"Entah, tak tahulah. Mana yang ada, naik je lah!"
"Kita pergi makan dulu ye, lagipun baru pukul 10.00 pagi,"ajak Amir. Nami membisu.
"Boleh tak ni?" ulang Amir.
"Okey," balas Nami.
Perodua Viva itu sudah bergerak keluar dari perkarangan Teluk Dalam Resort. Amir menumpukan perhatiannya pada pemanduan. Walaupun tiada kesesakan di jalan sekitar Pulau Pangkor, namun Amir perlu berhati-hati kerana jalan di Pulau Pangkor kecil dan berbukit-bukit.
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
Romance"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...