3

7.4K 289 3
                                    

" HEY Perempuan!" Nami menjeling tajam lelaki yang berdiri tegak di sebelahnya. Lelaki ni lagi! Ucap Nami dalam hati. Malas rasanya Nami mahu melayan mulut murai lelaki itu.

" Kau ni, tak tahu nak minta maaf ke?" tambah lelaki itu. Nami menjeling lagi.

" Aduhai... apa malang aku jumpa perempuan gila hari ni? Kena balik rumah, mandi bunga nanti. Tak pernah dalam sejarah hidup aku jumpa perempuan gila macam kau. Sudahlah kasar, degil, ego, hati batu." bebel lelaki itu. Nami menjeling lagi.

"Mak kau tak ajar kea dap bila jumpa orang?" sengaja lelaki itu mahu menambah bara kemarahan Nami.

"Nasiblah kau ni bukan girlfriend aku,"

" So? Apa masalah kau dengan aku?" jawab Nami sepatah.

" Eh, ada suara rupanya!" balas lelaki itu.

"Apa masalah kau sekarang ni?" ulang Nami. lelaki itu dijeling lagi.

" Kau ni ego ye? Memang jenis tak tahu nak minta maaf bila dah langgar orang eh?"

"Tadikan aku dah minta maaf? Itulah, kau membebel non-stop, mana nak dengar apa aku cakap tadi!" bidas Nami dalam geram.

"Cehh... minta maafpun tak ikhlas,"

"Habis tu kau nak suruh aku buat macammana, buat press conference? Panggil semua wartawan, biar satu Malaysia nampak aku minta maaf pada kau?" jawab Nami geram.

"Erm, itu yang selayaknya." Jawab lelaki itu dalam senyuman.

"Aku rasa, kau yang gila ni. Kau nak aku tempahkan kau tempat dekat Tanjung Rambutan ke?" Soal Nami sedikit tinggi. Marah.

"Owh, makna kata kau memang pernah duduk dalam tu lah ye, sebab tu perangai kau macam ni?"

" Whatever!" balas Nami ego. Lelaki itu mencebik.

"Perempuan gila memang macam ni kot."

" Ergh, Encik pink mulut murai, ada benda lain nak cakap lagi?" sindir Nami. Lelaki itu mengerutkan kening.

" Kalau tak ada, saya nak naik LRT ni, tu pun LRT dah sampai, jom lah kita!" ucap Nami sambil ibu jarinya menunjukkan ke arah LRT yang sedang memasuki Stesen Universiti itu.

" Kau ni memang ada masalah mental!" balas lelaki itu. Nami hanya menjeling.

"Agaknya, dari Hospital Bahagia mana kau terlepas eh?" sengaja lelaki itu ingin mencipta suasana tegang antara mereka.

Pintu LRT terbuka. Nami sudah bergerak ke dalam perut LRT. Matanya meliar mencari tempat duduk kosong. Nami mengukir senyuman apabila melihat satu kerusi kosong di hujung coach.

LRT mula bergerak meninggalkan Stesen Universiti. Nami berjalan berhati-hati kerana keadaan di dalam coach itu bergoyang akibat daripada kelajuan pergerakan LRT.

Mata Nami membutang apabila lelaki yang di tumbuknya tadi sudah bergerak duduk di tempat yang ingin di tujunya tadi.

" Weh! Ni tempat aku la," ucap Nami. Lelaki itu buat tidak tahu.

" Hoi! Bangunlah," tambah Nami. Lelaki itu buat tidak tahu lagi. Senyuman sinis dihadiahkan pada Nami.

" Kau cakap dengan aku ke?" Soal Lelaki itu tiba-tiba.

" Tak lah, aku cakap dengan dinding belakang kau ni. Sengal!" balas Nami tidak mahu kalah.

" Oh, aku ingat kau cakap dengan aku." Lelaki itu sudah mengaru-garu kening kirinya. Nami sudah memandang tajam lelaki itu. Rasa tersindir membuak di dada. Nami memandang keliling coach LRT itu, mengharapkan ada kerusi lain yang kosong, Kemudian Nami menarik nafas perlahan – lahan apabila semua tempat di dalam LRT itu penuh.

Encik Separuh Jiwa©️ ✔️Where stories live. Discover now