Amir mengetuk kuat permukaan pintu kayu bilik Nami. Masuk kali ini sudah ketukan ketiga tapi pintu masih tidak terkuak. Amir mengeluh. Tangannya terasa sengal dan merah kerana berlaga dengan permukaan pintu yang keras dan kasar itu
I-phone di dalam kocek dikeluarkannya. Nombor telefon Nami dicari. Butang hijau pada skrin ditekannya kasar. Talian bersambung tapi tidak berjawab.
Amir meneruskan ketukannya. Masih sunyi. Amir menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Di hatinya tertanya-tanya tentang keadaan Nami.
Amir meneruskan ketukannya pada permukaan pintu, sebelah lagi tangannya sibuk mendail nombor Nami.
Ketukan pertama tiada respon.
Ketukan kedua, masih tiada respon,
Kali ketiga...
"Hoi! Kau nak pecahkan pintu bilik aku ke?" Amir tersentak apabila disergah tiba-tiba. Amir berpaling ke bahagian tingkap yang sedikit terbuka. Senyuman diukirnya.
Cermin tingkap kembali ditutup kasar. Amir berdiri tegak menunggu di depan pintu apabila terdengar bunyi tombol pintu dipulas.
"Gilalah kau ni, macam nak pecah pintu bilik aku!" ucap Nami ketika pintu dibukanya.
"Kau ni tak belajar Pendidikan Sivik ke? Satu kesalahan tau menganggu ketenteraman orang lain!" tambah Nami lagi. Amir masih membeku ditempatnya berdiri. Matanya memandang tepat pada Nami.
"Kau pandang-padang aku ni kenapa?" Nami mula rasa tidak selesa dengan pandangan Amir. Amir pula sudah geleng kepala.
"Erm," Kata-kata Amir bagai tersekat di kerongkong. Amir menunjukkan ke arah kepala Nami.
Nami sudah angkat kening, "Apa?" ucap Nami sambil tangannya memegang bahagian atas kepala.
"Allah!" ucap Nami bagai baru tersedar dari mimpi. Pintu Nami tutup kuat. Tak pasal-pasal je Amir nampak bahagian rambutnya. Auratlah! Kalau Nami ada kuasa, mahu sahaja dia butakan mata Amir sebentar tadi.
Nami mencapai tudung Syria di hujung katil lalu menyarungnya ke kepala. Kemudian Nami bergerak ke meja cermin, setelah yakin semuanya tertutup, Nami bergerak semula ke pintu. Tombol pintu dipulas. Amir masih setia berdiri di muka pintu bilik Nami. Nami mengukir senyuman tawar apabila melihatkan Amir yang sudah tersenyum menyenget.
"Tu lah, baran tak tentu pasal, sampai terlupa nak tutup aurat," berdesing telinga Nami mendengarkan kata-kata Amir. Nami merasakan pipinya sudah merona merah mendengarkan kata-kata sindiran Amir itu.
"Kau nak apa?" Nami cuba mengawal debaran di dadanya.
Amir angkat kening, "Jom jalan-jalan melawat Pangkor!" pelawa Amir.
"Kau ajak aku?" balas Nami sinis.
"Yelah, jom!"
"Ergh, kaki aku sakit lagilah, tak lalu nak jalan," Nami mencipta alasan.
"Siapa kata jalan kaki, naik keretalah mak cik!"
Nami mengeluh. "Suka-suka je panggil aku mak cik, ingat aku dah tua sangat ke?" protes Nami.
"Haruslah, kau ni kan kuat membebel macam mak cik-mak cik!" balas Amir.
Nami sudah mencebik.
"Jom!" pelawa Amir.
"Tak nak!" balas Nami.
"Jom,"
"Tak nak!"
"Jomlah! Bukan selalu kau dapat peluang nak keluar berdua dengan lelaki kacak macam aku ni," Amir sudah mula masuk bakul dan angkat sendiri.
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
Romansa"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...