NAMI khusyuk memandang ombak yang memukul pantai. Ingatannya kembali kepada Rizal. Hakikatnya, Nami tidak mampu untuk membuang jauh nama Rizal dari ingatannya. Benar kata orang, cinta pertama walau pahit, walau pedih tapi payah untuk dilupakan.
" Jauh termenung, ingat orang tersayang ke?" Nami memandang pada yang menegur. Dahi dikerutkan.
" Suka hatilah!" balas Nami malas. Matanya masih memaku kepada ombak yng memukul pantai. Amir yang berdiri berdekatannya sudah senyum segaris.
" Tak baik sombong-sombong, nanti tak laku!" ucap Amir. Nami sudah memeluk tubuh di kerusi batu yang didudukinya.
" Kalau tak laku kenapa? Ada masalah dengan kau ke? Kalau tak laku aku susahkan kau ke? Tak kan?" Nami membalas sinis.
" Tak ada apa-apa, tapi aku tak suka tengok muka masalah kau tu! Muka kau tu macam nak bagitahu satu dunia bahawa kau je lah yang ada masalah," Amir sudah mengambil tempat di sebelah Nami. Nami angkat kening sebelah tanda tidak puas hati.
" Sebenarnya, masalah tu mematangkan kita, dari masalah tu kita dapat pengalaman, dari pengalaman tu kita dapat pengajaran agar esok - esok kita tak tersalah langkah lagi. Tak akan ulang benda yang sama. Pepatah ada menyebut, pengalaman adalah cikgu paling jujur dalam dunia. So, chill lah! Aku tahu, kau ni sebenarnya gadis yang ceria, tapi disebabkan kau terlalu memikirkan masalah kau yang entah apa-apa tu yang buatkan kau lupa pada keceriaan kau!" ucap Amir panjang lebar. Nami kerut kening lagi. Tak pasal-pasal Nami dapat ceramah motivasi percuma!
" Hai, saya Amirul Nadzmi, Selamat berkenalan, nama awak?" ucap Amir lagi sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Nami.
Nami sudah mencerlung memandang Amir. Perasaan menyampah dan geram bersilih ganti.
"None of your business!" ucap Nami geram. Nami bangun dari kerusi batu yang didudukinya.
"Toksah ego sangat kak," Balas Amir ketika Nami mula bergerak meninggalkannya. Amir senyum sendiri mengingati segala nasihatnya kepada Nami tadi. Amir teringatkan Elia. Betapa Amir seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan hidup Amir sendiri penuh dengan masalahnya tentang Elia!
" Aduhhh!" jerit satu suara. Amir menoleh. Amir bangun dari kerusi dan berlari ke arah gadis yang sedang memegang kaki kanannya itu.
" Ergh, kau okey?" soal Amir pada gadis itu. Gadis itu hanya membisu.
" Namira Rasyifah, aku cakap dengan kau ni, kau ingat aku cakap dengan pokok kelapa sebelah kau ni ke?" ucap Amir geram melihatkan Nami yang masih membisu.
" Sakit," ucap Nami perlahan sambil memegang kaki kanannya.
" Sakit sangat ke?" soal Amir tiada perasaan. Nami angguk perlahan. Air matanya sudah bertakung.
" Aku hantar kau ke bilik ye!" Amir cuba memegang tangan Nami. Namun tangan Nami lebih cepat menepis tangan Amir.
" Laa, aku nak tolong papah kau je lah!" tambah Amir.
" Aku boleh bangun sendiri!" balas Nami ego.
" Okey, bangunlah!" Amir mencabar. Nami cuba bangun tapi gagal.
" Kan, aku dah kata aku nak tolong, kau degil!" Amir cuba mengangkat tubuh Nami. Nami menolak kuat tubuh Amir menjauhinya.
" Kau ni degil sangat kenapa? Tak kan aku nak tinggalkan kau seorang-seorang dekat tepi pantai ni? Dah nak manghrib ni!" Suara Amir naik satu oktaf. Geram. Nami cuma memandang Amir kosong.
" Degil!" ucap Amir. Amir cuba sekali lagi mengangkat tubuh Nami. Perlakuan Amir di biarkan sahaja oleh Nami. Tak kuasa lagi dia mahu membantah apabila mengenangkan kakinya yang sudah semakin sakit.
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
Romance"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...