16

5.7K 238 0
                                    

Amir memandang wajah gadis di depannya itu dua tiga kali. Hari ini adalah hari kedua dia mengenali gadis itu. Tapi, sikapnya terlalu dingin pada Amir. Sepatah di tanya, sepatah dijawabnya, kalau bukan Amir yang memulakan perbualan, keadaan antara mereka hanya senyap dan sunyi.

"Kau pandang-pandang aku ni kenapa?" Tiba-tiba Nami menegur. Kening sebelah kirinya diangkat, tajam matanya memandang Amir.

"Tak ada apa-apa," ucap Amir. Nami sudah mengerutkan dahi mendengarkan kata-kata Amir. Nami meneruskan suapan Nasi goreng ke dalam mulutnya. Bagi Nami, nasi goreng di dalam pinggan lebih menarik perhatian dari wajah Amir di depan matanya saat itu.

"Kau ni, semangat betul makan, macam tak pernah makan nasi je, malam semalam pun macam ni jugak, rilekslah kak... banyak lagi makanan dekat atas meja sana." Ucap Amir sambil jarinya menunjuk ke arah bahagian makanan di dalam café hotel.

Nami mencebik memandang Amir. "Kalau ye pun aku nampak macam kebulur, kau kenapa? Menyesal duduk makan satu meja dengan aku? Kalau agak-agak rasa malu, kau boleh duduk meja kosong lain, tak ada paksaan untuk kau duduk satu meja dengan aku" balas Nami tiada perasaan. Mukanya sengaja dimasamkan. Geram!

Amir sudah mengukir senyuman mendengarkan kata-kata Nami. Gadis di depannya itu memang kedegilannya bertingkat-tingkat. Nampak seperti pendiam, namun sekali bercakap, ayat yang keluar dari mulutya macam peluru raifal sahaja! Tapi, sebagai seorang lelaki, Amir masih tidak mahu berhenti untuk menduga perasaan Nami. Sengaja dia mahu menduga gadis kasar di depannya itu. Semakin banyak dia menduga, semakin dia mengenali sikap sebenar gadis bernama Namira Rasyifah di depannya saat ini.

" So, macammana?" soal Amir. Nami berhenti mengunyah. Pandangannya jatuh pada Amir.

"Macammana apa?" Balas Nami kasar. Kening sudah diangkat sebelah tanda tidak faham.

Amir mengukir senyuman lagi. "Bertunang dengan aku!"

Nami berhenti menyuap. "Gila!" balas Nami. Pinggan yang berisi separuh lagi nasi itu ditolak ke tengah meja. Seleranya mati tiba-tiba mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Amir. Matanya tajam memanah wajah Amir.

Amir mengukir senyuman."Mana ada orang gila yang sanggup nak buat offer terhebat macam aku, sepatutnya kau kena bersyukur sebab ada lelaki yang nak tolong kau.ingat senang ke nak dapat lelaki macam aku ni?"

"Ayat kau, apa kau ingat aku ni perempuan yang dah terlanjur? Desperate nak cari pak sanggup ke apa?" Dahi sudah dikerutkan Nami. Kali ini Nami benar – benar marah dengan lelaki di depannya itu.

"Eh, tak jadi bertunang tu pun dah dikira desperate tau!" balas Amir dalam senyuman. Semakin Nami marah, semakin Amir rasa bahagia.

"Habis tu pergilah cari perempuan yang pandai hargai kau!" balas Nami geram

"Pernah jumpa tapi dia tak setia," jawab Amir.

"Sebab mulut kau ni macam puaka!" balas Nami lagi.

"Mulut kau lagi puaka, suara kau pun macam halilintar tau!" Amir cuba bergurau. Amir ketawa mengekek.

"Serius tak lawak!" ucap Nami lagi.

"Siapa kata aku buat lawak?" soal Amir. Wajah Amir bertukar serius.

" Kalau kau nak kahwin, kau pergi ajak orang lainlah kahwin, aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal, mulut pulak bau longkang!" Balas Nami.

"Eh, siapa ajak kau kahwin? Aku ajak bertunang je lah!"

Nami sudah mengeluh. "Habis tu kalau dah bertunang, tak perlu kahwin ke? Kau ingat majlis tunang tu benda gurauan ke?" Hati Nami menjadi panas melayankan perangai lelaki di depannya itu. Nami menggeleng-geleng geram.

Encik Separuh Jiwa©️ ✔️Where stories live. Discover now