21

5K 185 2
                                    

Boyfriend ke tadi tu?" soal seorang lelaki yang tiba-tiba berdiri sebelah Nami.

"Ergh? Siapa? Mana?" Soalan lelaki itu Nami balas dengan soalan.

"Lelaki yang hantar awak dekat jetty tadi," Soal lelaki itu.

"Oh... Kenapa?"

"Saja tanya!" lelaki itu mengukir senyuman. Nami angguk perlahan. Rupa-rupanya sedari tadi pergerakan Nami diperhatikan.

"Boleh berkenalan?" Soal lelaki itu.

"Hah?" balas Nami. Terkejut!

"Saya nak berkenalan dengan awak," ucap lelaki itu. Nami membisu. Berkira-kira mahu menerima salam perkenalan lelaki itu atau tidak. Rupa boleh tahan, tapi apalah gunanya kalau rupa dijadikan sandaran! Tengok sahaja Rizal, laju je pasang spare tyre...

"Boleh tak ni! Bukan buat apapun, nak kenal je,"

"Erm... okey!"

"Nama saya Lutfi, awak boleh panggil Luth, nama awak?" Lelaki itu menghulurkan salam pada Nami. Nami hanya mengukir senyuman.

Lelaki itu menarik semula tangannya, seolah-olah memahami "Sorry!" ucapnya.

"Tak apa, nama saya Namira. Panggil Nami je," ucap Nami lembut memperkenalkan diri.

"Nami... senang nak ingat nama awak. Lepas ni, bila beli mamee je mesti saya akan teringatkan awak!" lelaki itu mula melawak. Nami sudah mengerutkan kening. Pulak!

"You orang sini ke?"

"Ergh, yupp! Tapi saya kerja dekat Kuala Lumpur!" balas Nami.

"Really! Samalah kita," Nami senyum segaris mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Lutfi.

Entah kenapa, keramahan lelaki itu membuatkan Nami rasa tidak selesa. Jika dibandingkan lelaki itu dengan Amir, Nami lebih rela Amir yang berada di sebelahnya saat ini. Walaupun Amir itu sedikit gila,Tapi Nami tetap rasa selesa, rasa selamat dan rasa gembira. Tak macam sekarang ni, Rasa macam hipokrit sahaja!

Tapi tak akan pula nak halau? Itu tak sopan namanya!

"Saya nampak awak dengan lelaki tadi tu sesuai sangat, nama lelaki tadi tu apa?"

Nami sudah mengerutkan kening. Kenapa lelaki itu sangat bersemangat mahu tahu tentang Amir? Adakah lelaki itu mengenali Amir?

"Awak kenal ke lelaki yang hantar saya dekat jetty tu?" Soal Nami.

Lelaki itu senyum menyenget. "Tak kenal, tapi rasanya macam kawan satu universiti," jawab lelaki itu ramah.

"Kalau kawan satu university, kenapa tak datang tegur je tadi?" Soal Nami.

Dia mengukirkan senyuman. "Takut salah orang." Balasnya lembut.

"Lutfi, nama awak Lutfikan?" Soal Nami. Lutfi sudah mengangguk.

"Saya tak berani nak cerita apa-apa pasal lelaki tadi pada awak, saya baru kenal awak dalam dua minit. Lagipun, mak saya cakap, jangan bercakap dengan orang yang kita tak kenal! Entah-entah awak ni perompak ke? penyamun ke? mana saya nak tahukan?" laju Nami bercakap, Lutfi tersenyum.

"Awak tahu tak awak ni comel bila marah?" ucap Lutfi. Giliran Nami pula terdiam.

"Kitakan dah kenal tadi, saya dah bagitahu nama saya Lutfi, ataupun awak nak tengok kad pengenalan saya?" soal Lutfi.

"Bukan macam tu, awak ni dah lah datang dekat saya secara tiba-tiba, lepas tu tanya saya macam-macam, dah macam polis pencen. Apa awak ingat saya ini kaunter pertanyaan?"

Encik Separuh Jiwa©️ ✔️Where stories live. Discover now