AMIR tersenyum simpul mengingati gadis bernama Namira Rasyifah itu. Dari semalam, wajah gadis itu memenuhi ruang mimpinya. Ini semua gara-gara memikirkan kata-kata umi dan juga Dani. Tak pasal-pasal mimpikannya, nasib mimpi baik-baik, kalau mimpi kena bunuh dengan Namira Rasyifah, memang betul-betul mimpi ngeri!
" Senyum semacam je umi tengok pagi-pagi ni," soal Puan Jannah ketika Amir tiba di meja makan.
" Biasa je umi," balas Amir. Nasi lemak di dalam pinggan di suap sedikit ke dalam mulut.
" Novel budak tu, nanti pulangkan ye. Tak baik ambil barang orang, tak kisahlah dia tu macammanapun, tak baik!" Amir mengangguk perlahan mendengarkan kata-kata Puan Jannah. Free-free sahaja Amir dapat ceramah di pagi hari.
" Ayah mana umi?" Amir cuba mengalihkan topik perbualan.
" Tak balik lagi dari surau," balas Puan Jannah. Puan Jannah bergerak ke sinki mencuci saki baki pinggan mangkuk yang tidak dicucinya tadi.
" Umi, Amir dah nak gerak dah ni." Air milo di dalam cawan di teguk laju. Amir bangun dari kerusi dan bergerak ke pintu utama. Puan Jannah mengekori langkah Amir.
" Bawa kereta tu jangan nak khayal. Ingat sikit, jalan raya tu!" Pesan Puan Jannah ketika Amir mahu membuka pintu kereta.
" Ye umi," balas Amir ringkas.
" Ada ke minyak tu? Jangan macam semalam pulak. Satu hal pula lagi nak naik bas pergi LRT" Puan Jannah sudah mula membebel.
" Baik Umi," balas Amir lagi. Selepas menghidupkan enjin kereta, Amir bergerak mendapatkan Puan Jannah. Tangan wanita itu di salam dan diciumnya.
" Amir pergi dulu ye umi," ucap Amir lembut. Puan Jannah angguk perlahan. Amir masuk ke dalam kereta dan mula menukar gear parking kepada gear reverse. Mitsubishi Lancer milik Amir bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat itu.
Punat untuk on untuk menghidupkan radio di dalam kereta di tekannya. Lagu 'Aku yang tersakiti' dendangan Judika berkumandang memenuhi ruang di dalam Mitsubishi Lancer itu. Mendengarkan baik-bait lagu itu, senyuman yang menghiasi bibir Amir tadi hilang tiba-tiba. Kerinduannya kepada Elia memuncak. Amir betul-betul rindu pada Elia yang dulu. Tanpa sedar, Amir ikut menyanyi bait-bait lagu itu.
Tak pernahkah kau sedari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia walau tak bersama dia..
Kuat suara Amir menyanyikan lagu itu. Sungguh, penuh perasaan Amir melontarkan bait-bait lirik lagu 'Aku yang tersakiti' dendangan Judika. Amir merasakan seolah-olah lagu itu dicipta untuk dirinya.
" Elia, kenapa buat aku macam ni," Ucap Amir sendiri selepas lagu itu habis berkumandang. Di mana silap dan salahnya sebagai seorang lelaki. Benar, Amir sibuk. Tapi sibuknya bersebab. Siang malam Amir bekerja keras. Semuanya sebab Elia mahukan majlis perkahwinannya diadakan secara besar-besaran. Malah, hantaran yang diletakkan oleh keluarga Elia juga agak membebankan. Ringgit Malaysia lima puluh ribu serba satu. Saat mendengarkan ayah Elia memberitahu belanja hantaran itu, Keluarga Amir kelu sekejap, tapi bersetuju akhirnya setelah Amir menyatakan persetujuannya.
Untuk mengumpulkan wang sebanyak itu bukanlah mudah bagi Amir. Tapi kerana kasihnya yang besar pada Elia, kesusahan itu ditelannya juga. Ikutkan, bukan ayah dan ibu Amir tidak mahu membantu. Tetapi, Amir menolak mentah – mentah. Amir mahu berdikari sendiri. Mahu merasai bagaimana susah dan payahnya untuk dia mengumpul wang demi membina masjid dengan orang yang dia cintai.
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
Romance"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...