Amir memandang laut yang membiru. Fikirannya jauh melayang mengingati Nami. Amir betul-betul telah tertawan dengan Nami. Pelbagai 'hint' telah diberinya pada Nami sejak tiga hari ini untuk menunjukkan perasaannya. Namun, Nami masih dengan keras hatinya. Bagi Amir, hanya Nami mampu menggantikan tempat yang ditiggalkan oleh Elia. Jujur, Amir ingin melupakan Elia, mahu membuang jauh Elia dari hatinya.
"Encik Amir," panggil seorang lelaki lingkungan 40-an. Amir menoleh, senyuman diukirnya.
"Ada apa ye Abang Razak?" soal Amir.
"Encik Dani call, dia cakap Encik kena stay back dekat Pangkor lagi dua minggu, dia call Encik banyak kali tapi tak berjawab. Dia suruh bagitahu, dia akan sampai Pangkor lusa."
Amir sudah menepuk dahi. Geram dengan tindakan Dani.
"Dia bagitahu apa lagi?" tanya Amir lagi.
"Dia suruh bagitahu, projek hotel Pangkor ni jadi top project bulan ni, kena siapakan as soon as possible!"
"Dani ni, saya dah bagitahu progressnya, saya dah bagitahu dah Projek Pangkor ini dah 90 peratus siap. Apa masalahnya!" Amir sudah mengerutkan dahi tanda tidak puas hati.
"Encik Dani cakap, Datuk nak projek ini siap by this month. So, Encik Dani kena datang sini handle sama-sama dengan Encik Amir." Laju Razak memberitahu segala pesanan Dani.
"Okey abang, abang boleh sambung kerja. Nanti saya call Dani private." Balas Amir dalam keluhan.
Amir geleng kepala sendirian. Ikutkan di dalam jadual, dia hanya akan berada di Pangkor sehingga esok. Maknanya, hasrat Amir untuk naik satu ferry dengan Nami untuk pulang ke lumut esok tidak kesampaian.
Hasrat Amir untuk melamar Nami esok juga tidak kesampaian. Apalah nasib, bila hati dah sayang, bila hati dah suka, selalu sahaja ada halangan.
Dulu, waktu benci-membenci, senang je nak jumpa. Mana pergi je terserempak. Sampaikan rasa benci dan menyampah tu bertingkat – tingkat. Sekarang? Yang dah depan matapun belum tentu boleh dicapai!
Ada kesempatan lagikah untuk dia bertemu Nami selepas ini? Dengan sikap Nami yang garang tak bertempat itu memang agak mustahil mungkin!
"Namira Rasyifah, aku cintakan kau!" ucap Amir perlahan sambil matanya masih memaku ke tengah laut.
"HELLO!" ucap Nami ketika menjawab panggilan telefon itu. Masuk kali ini, sudah empat kali Nami menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya. Yang hairannya, Nami cuma mendengar muzik latar tapi bukan suara si pemanggil.
Handfone Galaxy Note itu Nami letakkan di atas meja. Nami kembali menumpukan perhatiannya pada novel yang sedang dibaca. Sesekali Nami menyuap satay ikan yang di belinya semalam ke mulut. Suasana santai petang-petang begitu sangat tenang untuk Nami duduk-duduk sambil membaca di balkoni kecil chaletnya.Sesekali mata Nami mengerling memandang chalet Amir. Sejak dari pagi, Amir tidak kelihatan. Tidak seperti selalu, mana Nami pergi, Amir juga sibuk mengekorinya.
Galaxy Note itu berbunyi lagi.
Nami memandang tajam nombor yang tertera. 'Private Number!'. Butang hijau pada skrin Nami tekan. Keadaannya sama seperti tadi, hanya kedengaran muzik latar sahaja.
"Awak nak cakap ke tak nak ni?" tengking Nami. Usaha Nami sia-sia. Masih tiada bunyi suara dari sipemanggil, hanya muzik latar sahaja yang semakin dikuatkan volumenya.
"gila!" ucap Nami. Butang padam ditekannya di skrin. Skrin bertukar gelap. Nami senyum sendiri. Puas hati! Akhirnya pemanggil itu tidak dapat menganggu lagi.
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
Romansa"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...