SINOPSIS

1.8K 199 19
                                    

           Hari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan membahagiakan isterinya sahaja.

           Ketika semua orang sedang menjalani kehidupan bahagia, berita buruk untuk HARPER muncul lagi. Bangunan THE MOB telah diserang oleh kumpulan pemberontak yang tidak diketahui identitinya. Serangan ke aras The Mob telah membebaskan dan melarikan ramai pembunuh elit Milik organisasi The Mob. Mereka bergerak dengan pantas sehingga bantuan daripada The Silent Brother gagal untuk menyelamatkan Organisasi itu.

*****

HITLER, peneraju Organisasi The Mob telah ditangkap dan ia adalah berita paling mengejutkan adik beradik Harper. Lebih parah lagi, Selama ini kuasa yang dimiliki oleh Adik- beradik HARPER dalam dunia kongsi gelap mula diperhatikan oleh pihak berkuasa. Mereka mahu menggunakan malapetaka ini untuk menjatuhkan Legasi HARPER yang sudah lama berkuasa di dalam arena kongsi gelap.

        "Tangkap adik- beradik HARPER!"
Arahan sudah dilaksanakan. Wallance dan Whisbley kini berada di dalam tahanan pihak berkuasa. Maklumat organisasi The Mob dan HARPER telah dibongkarkan.
Penangkapan Hitler dan adik -beradik Harper membuat Para Pewaris HARPER dalam bahaya.

           "We can't do anything about It. This legacy is drowing to the core." Wesley Harper.

          "Wait. Mesti ada yang mereka inginkan daripada kita. I will talk to them." Willy HARPER cuba berhubung dengan orang atasan untuk membebaskan adik- beradik HARPER.

****

         "Fuck It! Again!"

Storm yang sedang menghabiskan masa berbulan madu dengan Niagara Fall, mendapat berita buruk itu dan dia tidak mempunyai pilihan lain selain kembali ke kerjaya asalnya sebagai salah satu pembunuh elit yang paling digeruni. Tapi kali ini dia tidak akan bersendirian. The Silent Brother akan menjadi tulang belakangnya untuk menyelamatkan Legasi Harper.

Semua hanya dalam Siri THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]

Lebih aksi, lebih Mendebarkan dan akan membuat anda kembali tertunggu- Tunggu. 🤭

THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]Where stories live. Discover now