THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
BAB 6: THE SECRET ROOM————————— BAB 6 ———————-
Storm memerhatikan dua keping gambar yang ditinggalkan oleh Whisbley kepada HARPER Junior sebelum dia menyerahkan diri kepada pihak berkuasa. Dia tidak mengenali individu tersebut tapi menurutnya pasti mereka mempunyai hubungan yang sulit dengan adik beradik HARPER. Tidak mungkin mereka berdua menyerahkan diri dengan begitu mudah.
"Siapa mereka berdua dan apa yang presiden nak saya lakukan kepada mereka berdua?" Soal Storm kepada HARPER Junior.
"This is Peeki. Dia tahu keberadaan adik beradik HARPER yang sedang ditahan. Dia mempunyai hubungan dengan ketua polis negara... kita kena dekati dia untuk terus berhubung dengan presiden." Jawab Wesley.
Dan gambar lelaki yang satu lagi diperhatikan oleh Storm. Daripada suit kulit berbulu haiwan yang digayakan, dia bukan calang calang orang.
"Ini adik kandung bakal presiden negara. Dia terlibat dengan politik kotor dan mendapat kerjasama daripada Presiden HARPER untuk menaungi abang kandungnya yang bakal menjadi presiden yang akan datang..." jelas Wesley lagi.
Storm mengangguk faham.
"What's his name?" Tanyanya lagi.
"Mr. Sugang. Among the Rich from the upper people... saya rasa dia tau apa yang sedang berlaku di dalam urusan pentadbiran negara... why did they destroy The Mob...! Kita kena cari dia..." kata Junior HARPER menyambung penjelasan daripada Wesley tadi.
"How to reach out for him...?" Soal Storm.
"Not gonna be easy Storm. Kita bukan adik beradik HARPER... lagipun kita tidak pasti... mungkin dia juga sedang berkomplot mahu musnahkan HARPER." Balas Wesley. Storm menyimpan semua maklumat yang ada untuk dua individu tersebut.
Sebelum meninggalkan HARPER point malam itu, dia memberitahu Keadaan di East kepada mereka semua. Semuanya dalam keadaan terkejut. Mereka sama sekali tidak menyangka berlaku pergolakan di situ. Dan HARPER Junior tidak berhenti menyebut nama Sergon Rudo. Ayahnya pernah bercakap tentang lelaki itu beberapa kali sebelum ini.
"Dia dekati Presiden Whisbley untuk dapatkan identiti baru... stupid Erwan Geuf... kita kena cari dia juga... yang paling penting, kita perlu selamatkan Lady Leylah. East sudah musnah dalam diam... this is sad. Too fast... and too many problem. Are You sure we can Handle this Shit?" Willy bertanyakan perkara itu kepada Storm.
"I cannot do this alone... The silent Brother need all of You too... fight with me... So kita boleh bawa pulang adik beradik HARPER dan tawan semula East. The Mob boleh didirikan semula... kita cuma perlu tahu siapa pembunuh yang masih hidup atau berjaya larikan diri ketika tempat itu diserang." Jawab Storm.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
AkcjaHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...