BAB 19: Let's Go

20 0 0
                                    

BAB 19

COHEED Sudah bersedia untuk memberikan bantuan kepada Storm dan Wesley. Dia meninggalkan West bersama 5 orang lagi anggota elit termasuk Suruban. HARPER Junior sudah memberikan mereka lokasi keberadaan Storm dan Wesley yang sudah dalam perjalanan untuk menjalankan misi mereka.

"Kita kena cepat. Storm dan Wesley perlukan kita. Let's go!" Coheed dan elit yang lain begitu bersemangat. Mereka bakal menjadi pemburu tidak lama lagi.

STORM dan Wesley bersetuju untuk bertukar tempat. Tadinya Storm yang memandu kereta, kini giliran Wesley pula. Perjalanan yang masih jauh membuat Storm semakin rindukan Niagara Fall. Dia mahu menyelesaikan misi itu secepatnya agar dia boleh bertemu semula dengan isterinya.

"I missed my wife." Kata Wesley tiba- tiba. Storm tersenyum. Wesley tidak pernah bercakap mengenai hal peribadinya seperti itu kepada sesiapapun.

"I missed my wife too. Kau pandulah kereta ni cepat sikit. Cari mereka semua dan kita selesaikan tugas kita. Don't worry... mereka pun sedang rindukan kita juga." Kata Storm. Wesley hanya mengangguk. Itu adalah kali pertama dia akan berkerjasama dengan Storm. Selama ini, Storm adalah kaki dan tangan untuk HARPER termasuk elit The Silent Brother yang lain.

"Selepas masalah ni selesai, saya akan batalkan perjanjian keluarga kau dengan keluarga Harper. Korang akan bebas bekerja dengan sesiapa sahaja. I really mean It." Kata Wesley.

Storm hanya diam.

"Kau tak perlu buat semua tu Wesley. Kami boleh pergi daripada keluarga Harper jika kami mahu tapi kami sudah selesa dengan ini semua." Jawab Storm.

"We're family after all. Don't forget that. I'm Sorry." Kata Wesley.

Kereta yang dipandunya itu semakin gagah menyusuri jalan raya.

NIAGARA FALL yang masih tidak dapat melelapkan mata duduk bersama Pickles di dalam bilik yang disediakan untuknya. Dia lansung tidak dibenarkan keluar dari situ kerana mereka tidak mahu dia menganggu perkahwinan Paris. Niagara Fall sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada abangnya itu.

"Nia..."
Suara Harder kedengaran di luar bilik tidur. Niagara Fall membuka pintu dan dia tersenyum apabila Harder membawakan HP- nya. Dia mengarahkan Harder untuk mengisi bateri HP- nya itu petang tadi.

"Thank You So much!" Niagara Fall terus mengambil HP- nya dan menghubungi Storm. Harder berjaga di luar rumah tempat Niagara Fall ditempatkan kerana bimbang, pengikut Beehoney mahu mencederakannya.

*****

WESLEY menoleh ke arah Storm yang terlena di tempat duduk sebelah. HP di dalam seluarnya bergetar tanpa henti. Siapa agaknya yang membuat panggilan? Wesley tidak mahu Storm terlepas panggilan itu.

"Storm! Your Phone....!" Wesley mengejutkan Storm daripada tidurnya. Pantas Storm mengeluarkan HP- nya dan terus menjawab panggilan itu. Dia lansung tidak tahu siapa yang berada di dalam talian itu.

"Storm... is that You. Where are You...?"

Suara kecil Niagara Fall membuat dia hampir mendapat sakit jantung. Dia memeluk HP- nya dan mula menangis tanpa henti. Wesley memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Are You okay... siapa yang call?" Tanya Wesley. Storm turun daripada kereta. Dia mengesat air mata dan cuba menenangkan dirinya.

"Storm... why are You crying? Where are You... i need You. Please take me with You." Kata Niagara Fall lagi.

"I know Nia. I regret leaving You alone... saya patut bawa Nia dengan saya tapi its too dangerous for You to be with me right now. I'm in a mission Nia... where are You? Why did You run from the HARPER Point. You should stay with them." Kata Storm.

THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]Where stories live. Discover now