THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
BAB 9 : THE CALLING--------- BAB 9 --------
EAST OF THE SILENT BROTHER
BILA hari siang bertukar menjadi malam, Klenix dan Oriental keluar daripada tempat persembunyian mereka dan mengambil jalan terpencil untuk ke tapak perkuburan keluarga The Silent Brother di East. Hanya dengan cara itu, mereka boleh terus berhubung dengan Lady Leylah.
Seperti yang mereka sudah rancang, Lady Leylah akan meninggalkan pesanan untuk mereka di situ melalui sepucuk surat yang dia letak di dalam pasu bunga. Klenix pantas mendapatkan Surat itu dan tanpa berlengah, dia dan Oriental meninggalkan tempat itu tapi ketika mereka hampir mendekati sempadan keluar rumah agam, sebuah motorbike berkuasa tinggi berjaya menghalang perjalanan mereka berdua.
Klenix mengarahkan Oriental berhenti melakukan apa- apa tindakan yang bakal membahayakan nyawa mereka berdua. Penunggang Motorbike itu menghalakan shotguns ke arah mereka berdua. Nyawa mereka berada di hujung tanduk saat itu. Penunggang motorbike itu berpakaian serba tertutup. Hanya biji matanya sahaja yang kelihatan. Dia berjalan mengelilingi mereka berdua dengan langkah berhati- hati.
Daripada pemerhatian Klenix, pasti dia salah satu Bodyguard yang berkerja di bawah seliaan Erwan Geuf. Jika mereka berdua tertangkap, maka nyawa Lady Leylah sudah tentu dalam bahaya.
"The Silent Brother... am i right?" Akhirnya penunggang motorbike itu bersuara. Klenix dan Oriental agak terkejut kerana pemilik figura itu rupanya seorang wanita dan ini bermakna dia bukan Bodyguard yang berkerja untuk Erwan Geuff.
"Who are You?" Tanya Klenix.
Wanita itu menanggalkan sarung wajah dan dia menyimpan semula Shotguns di atas bahunya.
"Korang hampir masuk ke kawasan perkampungan saya... dua langkah lagi, korang dah boleh ditembak." Jawab wanita itu dengan angkuh.
Klenix hanya tersengih. Wajah wanita yang serupa milik ratu cantik itu bercakap seolah dia lebih gagah berbanding mereka berdua. Tubuhnya agak lampai seperti lelaki tapi dia tetap memiliki kudrat seorang wanita.
"Saya tanya tadi... siapa awak ni? Dah lama saya berkerja dengan keluarga Harper, tapi saya tak pernah saya dengar kawasan tanah di sini ada pemilik lain. Kau ingat saya bodoh nak percaya cakap kau tu."Bidas Klenix.
Wanita itu mengjungkit bahu.
"Yes, dulu memang kawasan tanah di sini milik HARPER, tapi datuk saya baru milikinya bulan lalu. Kawasan ni dah jadi milik Datuk saya termasuk kawasan perkuburan tu." Jawab wanita itu.
Oriental dan Klenix saling berbalas pandangan. Nampaknya ada sesuatu yang berlaku di situ tanpa pengetahuan mereka berdua.
"... and who are You actually?" Tanya Klenix buat kedua kalinya.
Wanita itu menanggalkan topi keledarnya dan dia tersenyum mempamerkan barisan gigi putih dan sebuah senyuman berlekuk untuk menjadi tatapan dua lelaki di hadapannya itu.
"Saya sedang berjaga di kawasan ni... Datuk saya arahkan kami berjaga- jaga sebab ada penceroboh masuk ke perkampungan kami minggu lalu... tapi tak sangka saya dapat jumpa korang berdua di sini... dah lama saya tunggu korang berdua." Kata wanita itu kemudiannya.
Sekali lagi Klenix dan Oriental terkejut dengan penjelasan wanita itu.
"Awak tunggu kami?"
"Ya. Not me but Your friend. He need help... kawan saya temui dia dalam keadaan luka parah dan dia masih tak boleh berjalan sekarang... dia merayu meminta bantuan... dia arahkan saya ke tempat ni... untuk cari anggota The Silent Brother."
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
AcciónHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...