BAB 14
Untuk menggelakkan Storm dan Wesley tahu dimana keberadaan mereka saat itu, kepala mereka disarungkan dengan kain hitam. Pedang katana Storm juga dirampas dan tangan mereka berdua digari bersama- sama. Dalam keadaan pandangan yang gelap, Storm hanya menuruti kemana sahaja langkah kaki yang membawanya pergi. Mereka dibawa menaiki kereta dan memakan masa hampir berjam- jam lamanya. Apabila mereka dibawa turun daripada kereta, mereka sepertinya dibawa berpusing- pusing di satu kawasan yang sama hanya untuk mengelirukan mereka.
"Buka penutup mata mereka berdua!"
Arahan daripada seorang lelaki akhirnya kedengaran. Storm dan Wesley disuruh duduk dalam keadaan tangan dan kaki terikat. Apabila penutup muka ditanggalkan, mereka sudah berada di satu gudang lama yang kosong dan usang. Storm memerhatikan keadaan sekeliling tempat itu.
"Korang berdua bersedia... ada tugasan berat untuk korang berdua..sebelum tu, mari kita tengok wayang pendek ni... saya sediakan khas untuk korang berdua." Sergon Rudo tersengih- sengih di hadapan Storm dan Wesley. Salah satu pengikutnya membawakan iPad dan skrin-nya sedang memperlihatkan keadaan HARPER Point ketika itu. Pasukan elit kelihatan kaku, mereka tidak dapat bergerak lansung. Pengikut Sergon telah memenuhi tempat itu.
"Tak guna!!" Wesley menjerit penuh perasaan marah. HARPER point nampak begitu menyedihkan.
Tidak cukup dengan itu, Sergon menunjukkan lagi keadaan Willy dan Verny Vein yang sedang dijadikan tebusan pengikut Sergio Rudo bersama sekumpulan penembak jarak jauh yang sudah bersedia menembak mereka jika mereka cuba berbuat sesuatu.
"Kau cuba nak buat apa ni?! Apa yang kau nak dari kami!"Jerit Wesley.
Sergon Rudo tertawa melihat emosi Wesley yang sudah mula berkecamuk.
"Korang nak tahu kenapa pasukan Elit HARPER tak mampu nak pertahankan jantung HARPER ni? Cuba tengok ni pula..." Sergon Rudo masih belum puas lagi. Dia menunjukan pula keadaan di dalam bilik tahanan. Storm dan Wesley dapat menyaksikan sendiri, semua orang penting untuk legasi HARPER ada di dalam bilik tahanan itu.
"Shit!" Storm menggeleng. Bilik tahanan itu dipenuhi dengan bom jangka. Bila- bila masa sahaja, tempat itu akan diletupkan. Sergon Rudo menepuk tangannya. Dia tertawa puas hati melihat riak wajah Strom dan Wesley yang nampak sangat tertekan.
"What do You want?!" Jerit Storm. Dia risau dengan keadaan Niagara Fall. Berkali- kali dia menoleh ke arah skrin Ipad kalau- kalau wajah Niagara Fall kelihatan di situ. Sergon menyedarinya. Dia membuka Video yang lain pula. Kali ini, Storm sudah tidak mampu berdiam diri.
"Niaaa!" Storm mula memberontak. Kelibat Niagara Fall melarikan diri daripada HARPER Point sebenarnya sudah diketahui oleh pengikut Sergio Rudo.
"Saya arahkan orang- orang saya untuk biarkan isteri kau yang cantik ni melarikan diri daripada HARPER point. Saya tahu dia nak kemana... pasti dia nak cari suami dia... tsk tsk tsk... pity her. Dia akan sendirian di luar sana dan pengikut Sergio akan memburu dia. This is fun, isn't It?" Sekali lagi Sergon tertawa.
Storm merenungnya dengan tajam. Rantai besi yang dililitkan di seluruh badannya cuba dia leraikan tapi gagal. Wesley hanya mendiamkan diri. Dia juga risaukan keadaan Pachara dan anak- anaknya. Mereka semua seperti sedang disumpah. Musibah datang sekali gus dan ia amat parah. Wesley mati akal untuk bertindak. Storm pula mengigit bibirnya, perasaannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Niagara Fall sendirian di luar dan 'banyak binatang buas' sedang menghampirinya. Storm tunduk! Pertama kali dia merasa tidak berguna.
"Nia... Please be safe!" Bisik hati Storm. Dia merenung lantai gudang yang gelap itu. Segelap perasaannya saat itu.
*****
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
БоевикHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...