THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
By HDH Ink
BAB 3: COFFEEMOON———————— BAB 3 —————————-
HEAVEN TUBE
PARTY yang berlansung di Heaven Tube telah bermula sejam yang lalu. Storm sedang memerhatikan Willy dan wesley Harper yang masing- masing sedang menunjukkan kehebatan mereka bermain judi. Kerana selalu kalah, Wesley masih tidak berpuas hati. Dia dapat merasakan, Willy sedang menipunya. Bilik VVIP yang menempatkan mereka bertiga adalah tertutup. Hanya mereka bertiga yang ada di situ.
Willy sudah memberi amaran kepada Ted, pembantu peribadinya agar tidak menganggu mereka. Panggilan daripada HP masing- masing mereka sudah tidak endahkan. Kerana sibuk dengan permainan, akhirnya pintu bilik VVIP dibuka daripada luar secara mengejut. Ted dan beberapa Bodyguard utama masuk secara serentak sehingga mengejutkan mereka bertiga yang sedang leka bermain permainan judi.
"Young master...Kami dapat berita daripada Silent Park. Beberapa kediaman Bodyguard elit telah diserang...!" Sergah Ted.
"The Hell!"
Mereka bertiga kelihatan sungguh terkejut.
Tanpa menunggu penjelasan lebih lanjut, Storm lebih dahulu pergi dari situ. Willy dan Wesley pula masih keliru."Kau nak buat lawak ke Ted? Siapa yang berani serang silent Park? Mana pasukan elit?" Jerit Wesley HARPER. Dia seakan tidak percaya dengan berita itu. Tidak pernah dalam sejarah keluarga HARPER, ada musuh yang mahu menyerang silent Park. Hanya orang yang mahu bunuh diri masuk ke kawasan hitam itu.
"Sigi ada di HARPER point ketika kejadian berlaku. Sepertinya Mereka masuk melalui orang dalam...mereka tahu masa Bodyguard elit sedang bertukar Shift berkerja. They attack on that time." Jelas Ted lagi.
"Who?" Jerit Wesley lagi.
Ted mengangkat bahu. Dia sendiri tidak tahu akan hal itu. Dia hanya mendapat berita daripada Bodyguard elit di silent Park yang sedang mencari Keberadaan Storm. Niagara Fall menghadapi penceroboh yang masuk ke kediaman mereka dengan sendirian.
🌻🌻🌻🌻🌻
Niagara Fall menuruni anak tangga dan dia berlari mendapatkan lelaki yang baru ditembaknya tadi. Dia masih bernyawa. Walaupun cedera parah, dia masih cuba bangun mahu melarikan diri. Niagara Fall menendang kepalanya sehingga dia terbungkam lagi di atas tanah. Nigara Fall menggunakan Glock 7 untuk mencekik lelaki itu.
"Who are You! Berani kau datang ke sini dengan pedang katana... You want to kill me? I will kill You First!" Niagara Fall memusingkan kepala lelaki itu sehingga kedengaran tulang lehernya patah.
Bodyguard elit berlari ke arah Kediaman Storm. Melihat Niagara Fall baru sahaja membunuh penceroboh itu, mereka terus membawa dia jauh daripada mayat lelaki itu.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
ActionHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...