BAB 23: WASTED

21 0 0
                                    

BAB 23

COHEED sudah tiba di tempat Kapten Nic bersama elit The Silent Brother yang lain. Mereka semua masuk ke dalam selepas dipelawa oleh Kapten Nic.

Mereka dibawa masuk ke bilik khas yang sedang menempatkan kontena kontena yang masih aktif dengan bom jangka. Ada sekumpulan pakar Bom masih berusaha mencari jalan untuk menghentikan pergerakan masa bom jangka tersebut.

"Presiden? Kami sudah sampai. Storm dan Wesley akan cari jalan untuk hentikan bom ini. Presiden jangan mengalah!" Coheed bercakap di hadapan kontena itu dengan harapan Presiden Wallance akan mendengarnya.

Kapten Nic menepuk bahu Coheed. Storm sudah memberitahu siapa Coheed dan apa tanggungjawabnya terhadap West.

"Oh Kapten Nic. Ini dog tags dan kotak tu semuanya kami rampas daripada Takapro. Storm arahkan saya untuk berikannya kepada kamu." Kata Coheed. Dia memberikan rantai dig tags milik Takapro dan kotak yang penuh dengan bungkusan dadah.

"Thanks Coheed. Saya amat hargainya... tapi dalam keadaan sekarang... saya tak dapat nak bantu Presiden HARPER. Kami masih berusaha." Kata Kapten Nic.

Coheed hanya mengangguk. Suruban mengambil angin di luar bangunan. Dia mahu menghisap rokok seketika. HP- nya berbunyi dan dia tersentak sejurus dia menjawab panggilan itu. Rokok di jari terlepas begitu sahaja. Dia seperti dirasuk oleh suara di dalam talian itu. Kakinya bergerak meninggalkan kawasan itu. Dia merampas sebuah kereta daripada pengawal keselamatan dan terus meninggalkan tempat itu.

"Dia lari ke?" Tanya pengawal keselamatan. Mereka melaporkan hal itu kepada Kapten Nic.

Coheed mengangkat bahu. Dia tidak tahu Suruban mahu pergi ke mana.

"Don't worry. Dia mungkin nak ambi angin di luar." Kata Coheed dengan yakin.

****

STORM masih menunggu panggilan seterusnya daripada Uranyeol. Selepas panggilan yang pertama, dia berjaya membuat nya sedikit resah. Tapi Storm semakin tidak yakin, ugutan tentang adik perempuannya tadi tidak akan menjadi sebab untuk mereka berdua terus berbincang.

"Orang macam Uranyeol tak peduli pun kalau ahli keluarga dia mati. He only care about himself and his hidden identity. Kita kena cari jalan lain.." Kata Wesley.

Storm memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Wait..." dia mengeluarkan semula HP dan terus menghubungi Niagara Fall. Dia sudah tahu tentang keadaan di East dan di rumah Agam HARPER point.

EAST

NIAGARA FALL sedang memeluk Pickles yang tidur di sampingnya. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Niagara Fall sudah hampir terlelap saat dia menerima panggilan daripada Storm.

"Storm? Everything okay? Are You coming home now?" Tanya Niagara Fall.

"Yes Nia. Saya dalam perjalanan ke East. Tunggu saya di rumah agam. Saya nak berjumpa dengan Sergon. I need to do something urgent." Kata Storm.

Niagara Fall tersenyum gembira. Dia mengetap bibir sambil memeluk Pickles lebih erat.

"I'll be waiting." Balasnya. Talian di matikan. Niagara Fall terus terlelap dengan hati gembira. Dia akan bertemu dengan storm tidak lama lagi.

*****
Mr. Hakoge tersenyum melihat Suruban ada di hadapan matanya saat itu. Dengan kebolehan Uranyeol, Suruban datang ke tempat itu untuk berjumpa dengan Mr. Hakoge.

"Lepaskan keluarga saya Scumba Collector. Mereka tak ada kaitan dengan peperangan ini. This Us between You and The HARPER." Kata Suruban.

Dia terpaksa datang ke situ secepatnya selepas mendapat panggilan daripada Uranyeol. Mr. Hakoge telah menahan ahli keluarganya dan dia perlu datang ke situ untuk memastikan, nyawa keluarganya dalam keadaan selamat.

THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]Where stories live. Discover now