THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
By HDH InkBAB 5
THE MASTESMIND
—————NORTH
HAYLEE sudah tidak boleh berdiam diri lagi. Mendengar The MOB sudah musnah dalam sekelip mata membuat percutian indahnya daripada dunia kongsi gelap terganggu berterusan. Walaupun dalam usia yang sudah lanjut, dia masih tahu selok belok bidang yang telah dia ceburi sejak masih anak remaja lagi. Dia sedang mencari keberadaan suaminya, Venture Lennon yang sudah tentunya sedang dalam kerisauan. Titik pemikiran hanya untuk adik beradik Harper. Jika mereka berdua dalam masalah, adik kesayangannya juga sudah tentu dalam masalah besar. Tapi ini bukan masalah adik beradik sahaja, ia adalah masalah keluarga HARPER dan sesiapa sahaja yang berada di naungan mereka.
"So Tell me what we should do now? Hitler tak akan bertahan lama dengan seksaan soal jawap daripada mereka semua. North dalam kawasan lubang hitam... kita semua akan disedut masuk bila- bila masa sahaja." Tidak perlu mengucapkan kata sapaan manja, Haylee terus masuk ke dalam bilik pejabat tempat 'permainan' baru suaminya.
Venture menarik nafas perlahan. Dadu di dalam genggaman dia putar putarkan mengikut arah lawan jam. Isteri tercinta sedang menunggu jawapan daripadanya, tapi dia sendiri sedang keliru. Dia juga tidak dapat menghubungi Wallance mahupun Whisbley.
"What do You want me to do? Saya juga tunggu adik beradik HARPER buat tindakan. I'm the lower in making any decision." Jawap Venture. Haylee mengambil tempat duduk di hadapan Venture. Cerut yang sedang berada di hujung bibir Venture dia ambil dan simpan ke dalam Mug Kopi pekat hitam di atas meja.
"First, cari anak kita dulu. I need to know, kalau dia masih hidup atau mati. Dah lama dia tak balik dan jumpa kita berdua... and second, arahkan Wesley tutup Heaven Tube. Take all the money, erase our gambling record... and with the power that we still have, i believe we can Make a new identity and Leave this fucking place."Haylee memberikan cadangan kepada suaminya.
Tapi dari riak wajah Venture, dia tidak menyukai cadangan itu.
"Semua orang nak larikan diri... kau ingat kita masih ada jalan keluar. Kita kuasai 90 peratus perniagaan kongsi gelap yang ada... tak ada jalan lain, kita cuma perlu tunggu HARPER ditangkap dan serahkan segalanya kepada Tuhan."
Haylee tertawa mendengarnya. Tuhan? Dia tidak pernah mendengar Venture berserah takdir kepada Tuhan. Adakah usia lanjut telah membawa keinsafan kepadanya.
"Venture LENNON? The King of Gambler... you're acting coward and i hate You for that. Kalau kau tak mampu selamatkan diri sendiri, at least lakukan sesuatu untuk anak kita." Bentak Haylee lagi.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
ActionHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...