BAB 20: THE GRENADE LAUNCHER
RUMAH AGAM EAST
Bodyguard yang baru selesai membuang air kecil di tepi pokok bunga menoleh ke belakangnya apabila mendengar bunyi tapak kaki sedang berlarian memasuki kawasan rumah agam. Dia cuba menjerit untuk memberikan amaran kepada Bodyguard yang lain tetapi sebatang anak panah tertanam di dahinya. Bodyguard itu terus rebah di atas tanah. Beehoney mengarahkan pengikutnya menyerang Bodyguard yang lain.
"Hoii... kita diserang! Kejutkan yang lain!" Jerit mereka apabila sudah menyedari rumah agam diserang.
Paris memanjat bumbung rumah agam. Dia melompat ke satu bumbung ke bumbung yang lain. Dari atas bumbung dia perhatikan Bodyguard yang mula keluar bersama senjata api. Paris mengarahkan pengikutnya melepaskan anak panah ke arah mereka.
ZUPP! ZUPP! ZUPP!
Satu-persatu anak panah yang dilepaskan menembusi isi daging Bodyguard itu. Mereka menjerit kesakitan. Kini giliran pasukan Klenix menghampiri mereka dan menghabiskan nyawa mereka. Semuanya dibunuh tanpa was- was.
Oriental bersama pasukannya pula sudah memasuki rumah agam. Mereka mendaki anak tangga mahu ke tingkat paling atas. Oriental tahu di mana Lady Leylah dikurung. Bodyguard yang berjaga di anak tangga dikerjakan oleh mereka. Satu- persatu diheret oleh Oriental dan dihumban keluar ke Jendela. Tubuh mereka terhempas di atas tanah kawasan rumah agam. Yang masih bernyawa akan dibunuh oleh pengikut Pasukan Klenix.
"Left no one!" Jerit Paris. Dia memerhatikan pengikut Legion yang begitu tangkas berlawan dengan musuh. Sesekali dia menoleh ke arah Beehoney yang sedang menarik anak panah untuk 'dihadiahkan' kepada musuh yang cuba melawan dan melarikan diri.
"Go to hell!" Jerit Beehoney. Paris tersenyum. Apa yang berlaku di antara mereka ketika malam pengantin masih segar di dalam fikirannya. Ketika Paris sudah hanyut dengan godaan Beehoney, dia akhirnya turun daripada katil dan membiarkan dirinya terkebil- kebil. Beehoney tersenyum nakal.
"You won't get It easily Young master. Not tonight!" Kata Beehoney. Dia terus berlari keluar daripada bilik itu dan membiarkan Paris sendirian.
"Arghhh! Tak guna!" Dia hampir kalah. Atau memang dia sudah kalah. Beehoney berjaya membuat dia hampir tewas. Sabar Paris. Dia isteri kau! Paris tersengih sendiri.
ZUPPP! Musuh berjaya menembak Paris dengan anak panah kerana dia berdiri tanpa melakukan apa- apa. Sejak tadi dia menerhatikan Beehoney bertarung gagah.
"Arghh!" Paris rebah di atas bumbung. Anak panah tertanam di pehanya. Beehoney terus berlari mendapatkannya.
"Paris... fokus!" Bentak Beehoney. Paris hanya tersenyum. Dia memeluk Beehoney dan mengucup pipinya.
"I can't focus on the enemy... i only can focus on You." Bisik Paris. Beehoney tersenyum nakal. Dia menolak pipi Paris dan kembali melawan musuh. Paris pula mencabut batang anak panah di pehanya dan dia juga kembali bertarung. Tidak. Dia tidak akan berhenti selagi dia tidak membantu Lady Leylah kembali mendapatkan Rumah Agam East.
*****
SERGON RUDO Sedang dalam dilema. Berita Kehilangan Storm dan Wesley di gudang, baru disampaikan kepadanya. Dia cuba mencari siapa yang telah membebaskan mereka daripada tangannya tapi dia tidak dapat sebarang maklumat. Sergio Rudo pula baru mendapat Khabar buruk daripada abangnya. Dia sedang berjaga di HARPER Point dan berita kehilangan itu membuat dia tidak senang duduk.
"What we should do now Sergon? Storm ada di luar sana... saya tak boleh jejaki Niagara Fall!" Kata Sergio. Tanpa Niagara Fall sebagai tahanan, mereka berdua tidak akan dapat melemahkan Storm.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
ActionHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...