THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
By HDH Ink
BAB 8: BIG BOSS————————- BAB 8 —————————
Meja bulat yang ada di hadapan dipenuhi dengan minuman keras dan ada pelbagai ragam manusia yang boleh dilihat di tempat menakutkan itu. Show Girl sedang leka menari mahu menghiburkan tetamu yang datang, tidak kira siapa yang datang mendekati mereka tersenyum dan lebih manja jika diselitkan dengan wang kertas di celah tubuh yang terdedah.
HARPER Junior dan Wesley HARPER memasuki sebuah bilik VVIP dan kedatangan mereka membuat bilik yang tadi riuh terus sunyi sepi. Gadis yang sedang berbogel di atas meja terus turun dan mencari ruang untuk bersembunyi. Seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad tersengih saat melihat anak adik beradik HARPER datang berjumpa dengannya.
"Wow... tak sangka saya ada tetamu yang hebat malam ini. Anak anak lelaki HARPER datang ke sini dan buat saya terkejut... surprise." Lelaki itu tertawa sambil menaikkan semula seluarnya yang hampir terlondeh.
Wesley dan HARPER Junior duduk di hadapan lelaki itu tanpa menunggu dijemput. Pengikut lelaki itu sudah siap dengan senjata masing masing jika Wesley dan HARPER Junior bertindak di luar kawalan. Mereka tahu, mereka berdua tidak akan datang bersendirian ke situ tanpa Bodyguard mereka. Tapi Wesley HARPER terkenal dengan sikap seperti ayahnya, Wallance HARPER, kejam dan tidak berperikemanusiaan jika berurusan dengan musuh.
"Kami datang cuma nak tanya satu soalan sahaja... kalau Uncle Jawab dengan baik kami akan pergi dan tempat ni akan tetap boleh beroperasi sampai bila bila." Kata Wesley memulakan perbualan.
Lelaki itu tersengih.
"Hurmmm, saya dah tau pasal Adik beradik HARPER yang ditahan pihak berkuasa. I bet, a lots of people are celebrating right now. Saya tak nak jadi biadap tapi, The HARPER is going to the end..."
PAKKK!
Wesley mencekik leher lelaki tua yang boleh mati dengan satu layangan tumbukan keras di ubun ubun kepalanya itu.
"Bosss!" Pengikutnya mengangkat pistol mahu menembak Wesley. HARPER Junior tidak berdiam diri. Pengikut The silent Brother sudah memenuhi tempat itu bersama pedang katana mereka.
"Kalau Korang bunuh dia, kita semua akan mati malam ni. Termasuk anak bini korang di rumah." Kata HARPER Junior.
Lelaki tua yang sedang meronta mahu Wesley lepaskan itu mengarahkan pengikutnya berdiam diri. Wesley melepaskan genggaman tangannya dan dia mengeluarkan beberapa keping gambar untuk ditunjukan kepada lelaki itu.
"Saya nak jumpa mereka semua... sekarang juga!" Kata Wesley. Gambar yang dia tunjukan adalah wajah wajah golongan Upper people yang telah menghilang saat adik beradik HARPER ditahan. Selama ini mereka bernaung dan menjadi kaya raya dengan kuasa HARPER tapi telah memutuskan hubungan apabila adik beradik HARPER ditahan.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
ActionHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...