BAB 22
Tempat yang penuh dengan manusia yang sedang leka berparti sakan itu bingit dengan alunan muzik Hip Hop. Lampu berwarna warni seakan turut menari bersama manusia yang sedang terkinja- kinja mengikut perasaan masing- masing. Ada yang baru berkenalan dan ada juga yang sudah berkunjung di tempat itu sekian lamanya. Semua pelusuk tempat nampak sesak dengan manusia dan ragam mereka.
Bilik VVIP di sebelah kanan pula hanya ada seorang lelaki duduk sambil menikmati segelas Vodka. Dia sedang mendonggak memerhatikan siling gelap yang selalu menjadi awan kehidupannya.
"Kazuma dan Gajion dah mati. Mereka dibunuh. Mr. Hokage dah bagi pesanan. Kau kena berhati-hati dan perlu bersembunyi."
Amaran daripada Mr. Hokage yang dia terima selepas makan malam tadi masih membuat dia sedikit risau. Dia yakin, gilirannya akan tiba tidak lama lagi.
"Ingat Taka. Nyawa kau saya sudah beli sejak kau bersetuju untuk sertai The Mob dan jadi pemberi maklumat untuk saya. Kau tak layak minta perlindungan. Storm akan datang untuk membunuh kau... dia dan Wesley sedang berkerjasama untuk membunuh kau dan kawan- kawan kau yang lain. Dan itu bukan urusan saya lagi."
Pranggggg!
Gelas yang masih penuh dengan ais batu dan sedikit cecair berwarna hitam melayang ke dinding. Pecah dan berderai ke atas lantai dan tetap juga perasaan Takapro menjadi gusar.
Ya. Dia sudah setuju dengan perjanjian itu. Dia tahu, nyawanya sudah dibeli oleh Scumba Collector tapi saat- saat menyedari maut sedang menghampiri, dia mula sayangkan nyawanya. Hampir 12 tahun berkerja untuk Organisasi The Mob. Selain menjadi pembunuh elit, dia juga menjadi pengorek maklumat di organisasi itu untuk disalurkan kepada Mr. Hokage, Bos sebenar untuknya.
"Goodluck."
Hanya itu pesanan Mr. Hokage untuknya.
"Stupid!" Takapro meninggalkan Banglo mewah yang baru dibelinya. Dia membawa bersama beberapa kotak yang berisi dadah untuk dijual kepada pembeli di tempat yang berdekatan. Dia merancang mahu melarikan diri dan membina kehidupan baru dengan wang yang bakal dia miliki selepas menjual dadah itu.
Kereta Lamborgini yang dipandunya memecut laju di jalan raya. Destinasinya berada lebih kurang 19 KM dari perjalanannya saat itu. Mata fokus kepada jalan raya tapi sesekali dia menoleh ke kiri dan kanannya. Setiap kereta yang ada di belakang keretanya dia perhatikan. Dia masih ingat wajah Storm. Dia pernah bersemuka dengannya di North. Dia pernah melihat Storm berlatih dengan pembunuh Elit The Mob yang lain. Dia memang dilahirkan untuk menjadi pembunuh. Mereka semua sama. Tapi Storm bertuah kerana dia berkerja untuk Harper dan kini menjadi sebahagian daripada mereka. Dia memecah tradisi. Semua orang tahu akan hal itu.
"He can't kill me. He can try but he can't. Saya tak akan mudah mengalah." Kata Takapro.
Dia selamat tiba di sebuah gudang lama. Tempat itu adalah lokasi yang dijanjikan untuk dia berjumpa dengan pembeli dadah yang dia miliki. Dia datang sendirian dan masuk ke dalam gudang tanpa rasa was- was. Seperti yang dijanjikan, ada seorang lelaki sedang menunggunya di dalam gudang itu. Dia berdiri tegak, tidak memperlihatkan wajah dan hanya memegang dua buah Briefcase berisi wang tunai.
"Kita buat urusan jual beli dengan secepat yang mungkin. Kau letak duit tu di situ dan saya akan letak dadah ni di sini. Lepas tu kita ambil hak masing- masing dan tinggalkan tempat ini. Setuju?" Takapro mula membuat perhitungan. Lelaki itu hanya mengangguk. Dia meletakkan Briefcase hitam di atas lantai sebelah kanan dan Takapro pula meletakkan kotak berisi dadah di sebelah kirinya. Mereka melangkah, mengambil hak masing- masing dan keluar daripada gudang itu menggunakan arah yang bertentangan.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
AksiyonHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...