BAB 21: THE LAST WEAPON
KAPTEN Nic mempersilakan Storm dan Wesley duduk di hadapannya. Wajahnya nampak sedikit kusut dan dia cuba menyembunyikannya dengan hidangan minuman untuk Storm dan Wesley Harper.
Dia tahu, Storm dan Wesley sudah menjalankan tugas pertama dan kedua mereka dengan baik dan sempurna tapi maklumat terbaru yang dia dapati pasti membuat mereka berdua marah."Minumlah dulu." Jemput Kapten Nic.
Storm dan Wesley tidak berganjak lansung daripada tempat mereka duduk. Minuman yang dihidangkan di atas meja lansung tidak menyelerakan.
"I'm Sorry Kapten Nic. Kami berdua baru bunuh orang. I don't feel like drinking right now. Now, tell us. Benda apa yang kau nak cakap sangat dengan kami berdua tadi." Kata Wesley.
Kapten Nic berdiri dan berjalan ke kanan dan ke kiri. Dia nampak sungguh risau.
"Kapten Nic...!" Storm sudah hilang sabar.
Kapten Nic duduk semula. Dia sudah tidak boleh bersembunyi lagi. Dia arahkan skrin putih di pasang dan gambar- gambar 4 buah kontena sedang dibawa keluar daripada sebuah bangunan kelihatan. Setiap kontena dibawa oleh sebuah lori dan lokasi penghantarannya kelihatan berasingan.
"Apa benda ni? Ada apa dalam kontena tu?!" Jerit Wesley Harper.
Kapten Nic menghubungi pengawai Polis di bawah seliaannya.
"Ya Tuan... kami sedang berada di lokasi Kontena yang pertama dan kedua. Mereka meletakkan kontena itu di dalam bangunan lama yang tidak berpenghuni." Kata pegawai polis di dalam talian.
"Korang dah cuba membukanya?" Tanya Kapten Nic lagi.
"Berita buruk Kapten. Kontena ini dipasang dengan bom jangka. Kita perlu masukkan kata laluan untuk mematikan masa yang sedang berjalan." Jawab Pegawai itu lagi.
"Who was inside?!" Wesley sudah tidak senang duduk. Kapten Nic mengetuk dahinya.
"Daripada Agent yang bertugas, adik- beradik Harper dan yang lain telah dipaksa masuk ke dalam kontena itu. Mr. Hokage yang rancang semuanya selepas dia tahu tentang kematian Kazuma. Dia lakukannya sebab nak membalas dendam kepada Storm dan Wesley."
Mendengar penjelasan itu, Wesley sudah hilang sabar. Dia merampas HP di tangan Kapten Nic dan bercakap sendiri dengan pegawai yang ada di talian.
"Korang kena cari jalan untuk matikan bom tu. Mesti ada caranya... korang bukannya bodoh!" Marah Wesley.
"Minta maaf. Pakar bom dan cuba tapi bom ini sudah direka khas. Walaupun pakar bom boleh putuskan wayar yang aktif, Bom ini tetap akan meledak jika masanya sudah tiba." Kata Pegawai itu.
"Shit!" Wesley membuang HP itu di atas meja.
"I don't want to do this anymore. I'm going to save my father! I don't care anymore!" Kat Wesley. Storm menahan Wesley.
"Sabar Wesley. Kita masih ada 2 orang pembunuh elit The Mob untuk dibunuh. Kita akan teruskan dengan misi kita..." Kata Storm.
Wesley menepis tangan Storm.
"Kau dah gila? Ayah saya dan Uncle Whisbley dalam bahaya. Niagara Fall tak akan maafkan kau kalau dia dapat tahu kau biarkan mereka mati meletup di dalam kontena tu." Marah Wesley.
Storm berdiri. Dia menepuk bahu Storm perlahan. Dia tahu, Wesley sedang emosi ketika itu.
"Sabar Wesley. Sabar Young master. I wi help You... tapi kita kena selesaikan misi kita dahulu... Saya akan cari Mr. Hokage." Kat Storm.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
ActionHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...