BAB 24: FINAL
Mr. Hokage masih menunggu kedatangan Storm yang masih tidak kunjung tiba. Dia hanya mempunyai masa 30 minit sebelum semua kontena bakal meledak dan membunuh Presiden HARPER dan yang lain. Kapten Deff juga ternanti- nanti. Tiada panggilan mahupun berita mengenai kedatangan Storm datang ke situ.
"Dia tak nak datang? Kau yakin dia pentingkan isteri dia tu? Nampaknya dia lebih bertekad mahu menyelamatkan Presiden HARPER." Mr. Hokage rasa sedikit kecewa.
Kapten Deff menggeleng.
"I don't know. Kita bagi dia masa lagi Bos. Mungkin dia dalam perjalanan ke sini. East bukannya dekat. Dia kena ikut jalan laut sebelum ke sini." Balas Kapten Deff.
Mr. Hokage tidak menjawab apa- apa lagi. Dia memerhatikan masa 30 minit yang dia sudah set untuk meletupkan kontena kontena itu.
"25 more minutes..." Katanya lagi. Setiap saat dia kira sehinggalah sampai ke minit yang terakhir.
"35, 34 , 33, 32, 31, 30, 29, 28, 27, 26, 25, 24, 23, 22, 21, 20, 19, 18, 17, 16, 15, 14, 13, 12, 11, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2...." Mr. Hokage berhenti mengira saat yang terakhir. Dia terus tersenyum dan mengarahkan Kapten Deff membawakan sebotol Wine untuk mereka meraihkan saat- saat itu.
****
WESLEY dan yang lain berlutut di hadapan Wallance HARPER yang nampak kelesuan. Dia dan yang lain baru sahaja dikeluarkan daripada Kontena dan mereka seakan- akan terkejut kerana masih bernyawa.
"Maafkan kami sebab mengambil masa yang lama untuk membuka kontena itu Presiden HARPER." Kapten Nic juga ikut berlutut.
Wallance HARPER hanya diam.
"Where is Storm?" Dia mencari- cari kelibat Storm di antara mereka semua.
"Mr. Hakoge telah menculik Nia untuk dijadikan tebusan." Jawab Wesley.
"Apa?!"Lady Seoul dan Martial nampak sangat terkejut.
"Then kenapa kamu masih di sini? You should go and help him."
"Mr. Hakoge nak dia datang ke situ sendirian tapi jangan risau. Coheed dan elit yang lain sudah ke situ. Storm tak akan sendirian." Kata Wesley.
Wallance HARPER mengangguk.
"You should get some rest Daddy. I'm worried a lots. I haven't sleep since the last 3 days. I don't know what to do..." Wesley memeluk ayahnya.
Wallance HARPER hanya diam.
"It's okay my son. Everything is gonna be okay now. Hakoge will soon receive his punishment ... he messed South the worth people. Storm ... he know what he want to do. Saya cuma nak balik ke HARPER point. I'm tired." Kata Wallance HARPER.
Mereka semua mengiringi Presiden Wallance dan yang lain pergi dari situ.
*****
"Urghhhh!" Suruban mencari ruang untuk bernafas. Uranyeol mencekik lehernya dengan kuat. Pergaduhan yang berlanjutan sejak sejam yang lalu semakin agresif. Kesan luka di wajah mereka berdua menunjukkan pergaduhan itu sudah berada di dalam tahap yang paling bahaya.
Dushhh!
Suruban menendang kepala Uranyeol dengan kakinya yang panjang itu. Dia menarik rambut Uranyeol yang diikat itu lalu dia hantukkan kepalanya di dinding. Uranyeol mengaduh kesakitan.
"You think you're better than everyone?! Huh! I'm going to kill You!"
Pakkkk! Suruban memijak kepala Uranyeol berkali- kali.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
ActionHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...