THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
By HDH Ink
BAB 7: JUST ANOTHER DAY————————— BAB 7 ———————-
Pergaduhan antara Storm dan Suruban sampai ke kemuncaknya apabila Pedang Katana hampir memisahkan kepala Suruban daripada badannya. Tapi Coheed yang bergegas ke tempat itu menghentikan perbuatan Storm hingga mereka bertiga terduduk sejenak dan menenangkan emosi masing- maisng. Suruban undur mencari sudut sedikit terlindung daripada pandangan Storm. Coheed merampas pedang katana Storm daripada tangannya dan dia menepuk bahu Storm berulang kali.
"Sabar Storm... bertenang. Kau kena bertenang. Jangan sampai emosi dan panas baran kau bunuh orang yang kita perlukan." Pinta Coheed.
Storm hanya diam. Tapi anak mata masih tajam memandang Suruban yang masih dalam keadaan terkejut. Jika Coheed tidak datang tepat pada masanya, pasti dia sudah berada di alam yang lain. Alam maut. Jantungnya masih berdegup kencang.
"I'm Sorry Suruban. I will see You later." Storm mengambil dokumen yang dia perlukan dan terus meninggalkan bilik bawah tanah itu. Coheed pula membawa Suruban pergi dari situ.
******
Selepas menghabiskan makan lewat malam sendirian di bilik pejabat utama milik HARPER Junior, Storm mula memeriksa dokumen yang dia dapatkan di bilik bawah tanah tadi. Dokumen itu lengkap dengan identiti kesemua pembunuh elit yang ada di Organisasi The Mob termasuk asal usul mereka sebelum dimasukkan ke organisasi itu. Menurut HARPER Junior, Hitler menyimpannya di West kerana pasukan The silent Brother di West adalah yang terkuat sekali berbanding pasukan The silent Brother yang lain.
Terdapat berpuluh identiti yang harus storm periksa dan malam itu dia akan berjaga sehingga ke pagi subuh. Identiti pembunuh elit pertama yang ingin dia ketahui adalah SURUBAN.
*****
BILIK TAHANAN
Bunyi pintu yang terbuka dari luar mengejutkan tidur Hitler. Dia dibiarkan tidur di dalam bilik tahanan itu setelah dia memberikan maklumat mengenai keberadaan adik beradik HARPER . Bukan seksaan yang membuat dia terpaksa membocorkan rahsia keluarga HARPER tapi Hitler sengaja melakukannya supaya adik beradik Hitler masuk ke situ dan mereka dapat bersemuka bersama sama.
"Tukar pakaian kau dulu... lepas tu, ikut kami."
Dua orang pegawai detektif masuk ke dalam bilik tahanan itu dan seorang daripada mereka memberikan sepersalinan pakaian kepada Hitler.
"Sebelum tu boleh saya tanya sesuatu?" Kata Hitler sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu di Hadapan pegawai polis itu. Dia nampak tidak kisah berbogel dihadapan mereka berdua kerana di dalam Bilik tahanan itu tidak mempunyai ruang privasi untuk dia menukar pakaian jadi dia tiada pilihan yang lain kecuali menukar pakaian di hadapan mereka sahaja.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
AçãoHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...