BAB 10
Klenix dan Oriental dibawa wanita bertopeng itu masuk ke dalam sebuah perkampungan yang terletak tidak jauh daripada kawasan tanah perkuburan The Silent Brother. Kawasan itu agak terpencil tapi mempunyai kawasan perumahan yang agak luas. Rumah kecil didirikan berhampiran dan kebanyakkan penduduknya berpakaian serba putih.
Gadis gadis yang sedang berjaga di tepi pagar merenung ke arah Klenix dan Orinetal ketika mereka memasuki kawasan perumahan itu. Jelingan mata yang tajam membuat dua lelaki itu kelihatan gugup. Mereka tidak membawa apa- apa senjata untuk melawan mereka sekiranya diserang. Meskipun kebanyakkan peduduk di situ adalah golongan wanita, tapi mereka seperti golongan yang tahu seni mempertahankan diri. Busur panah berserta anak panah sentiasa bergantung di bahu mereka. Itu lebih menakutkan.
"Masuklah ke dalam... ketua saya mahu berjumpa dengan korang berdua." Kata wanita itu setibanya mereka di hadapan sebuah rumah yang saiznya agak besar sedikit berbanding saiz rumah yang lain.
"Mana kawan kami berdua yang awak cakap tadi?" Tanya Klenix.
Wanita itu tidak menjawab apa apa. Dia hanya mahu mereka masuk ke dalam rumah itu tanpa berdalih lagi. Mahu tidak mahu, Klenix dan Oriental masuk ke dalam rumah itu dan mereka terkejut apabila melihat Paris berada di dalam rumah itu. Badannya diikat di sebuah kerusi dan kedua belah tangannya dirantai di atas meja. Dia nampak sangat lemah dan tidak berdaya.
"Young master!" Klenix segera berlari mendapatkan Paris. Dia terlalu lemah sehingga tidak dapat mendengar namanya disebut oleh Klenix berulang kali.
"Harder....!" Oriental pula menemui Harder di dalam bilik. Dia sedang terbaring lemah dengan kakinya yang kelihatan berbungkus. Mendengar namanya disebut, Harder membuka mata dan dia seakan tidak percaya saat dia melihat Oriental dan Klenix ada di dalam rumah itu.
"Selamatkan Paris. Bagitau ketua mereka, dia memang anak lelaki Lady Seoul HARPER dan Martial dari South. Kalau tidak mereka akan bunuh dia!"Jerit Harder.
Oriental dan Klenix pantas bertindak mahu menanggalkan ikatan tali di badan Paris tapi pintu rumah itu dibuka dari luar. Masuk seorang lelaki lanjut usia bersama wanita bertopeng tadi.
"Betul ke lelaki ni salah satu waris keluarga HARPER?" Tanya lelaki lanjut usia itu.
Oriental dan Klenix pantas berlutut di hadapan lelaki itu.
"Dia anak lelaki Lady Seoul dan Martial dari South. Lepaskan dia dan bunuh kami berdua!" Kata mereka berdua serentak.
Wanita bertopeng dan lelaki tua itu saling berbalas pandangan. Mereka keluar sejenak dari rumah itu dan kedengaran seperti sedang berbincang. Saat itu, Paris membuka matanya perlahan lahan dan dia terasa sakit teramat di bahagian perutnya. Sudah seminggu dia tidak makan dan mereka hanya memberikan dia minuman air kosong. Badannya terlalu lemah. Tujuannya untuk me menjejaki Harder berakhir apabila dia ditangkap oleh sekumpulan gadis yang seakan hilang waras mahu membunuhnya. Paris mampu melawan mereka semua tapi dia tidak mahu mencederakan gadis gadis itu lalu dia hanya akur dengan arahan mereka.
"Lepaskan dia!"
Sejurus selepas wanita bertopeng dan lelaki lanjut usia itu masuk semula ke dalam rumah, Klenix dan Oriental meminta agar Paris dilepaskan.
"Kalau betul dia ni waris HARPER, kami akan lepaskan dia. Tapi dengan satu Syarat..." kata lelaki lanjut usia itu.
Klenix dan Oriental menunggu dengan sabar apa syarat yang bakal dihujahkan oleh lelaki lanjut usia itu.
"Kami akan cuba penuhinya." Balas mereka berdua serentak.
******
Tempat titik pertemuan yang diberikan oleh Wesley sudah Storm temui. Dia meninggalkan Jeep Hitam yang dia naiki itu di sebuah tempat tersembunyi dan menggunakan jalan hutan untuk ke tempat Wesley sedang menunggunya.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
ActionHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...