BAB 12: IMAGES
Sudah hampir 15 KM Storm dan Wesley bergerak menaiki Jeep hitam menuju ke sebuah bandar kecil yang jalan utamanya dipenuhi dengan hutan tebal. Pemandu mereka adalah lelaki yang bersetuju membawa mereka untuk menemui ketua mereka. Kononnya dia akan membawa mereka ke tempat di mana ketua yang merancang pembunuhan ahli the Upper people berada.
"Are You serious? Dah hampir satu jam tapi kau masih memandu lagi? Kau cuba memperbodohkan saya? Nak lengahkan masa.. apa rancangan kau sebenarnya!" Storm akhirnya bersuara kerana dia sudah mula hilang rasa sabar. Lelaki itu terus memberhentikan kereta yang dipandunya itu. Mereka kini berada di sebuah lereng bukit dan ianya tidak begitu jauh daripada bandar kecil yang kelihatan daripada atas bukit tadi. Wesley dan Storm turun daripada Jeep itu dan mereka mula menyedari, tempat itu sudah dikepung dengan pengikut lelaki itu.
Ahhh! Tak sangka lansung. Storm dan Wesley sudah dapat mengagaknya. Pasti lelaki itu tidak akan membawa mereka dengan mudah ke sarang utamanya. Nampaknya, membunuh pengikutnya yang seramai 10 orang tadi masih tidak cukup. Storm dan Wesley sudah bersedia menghadapi musuh baru yang sudah mulai menampakkan diri mereka. Satu persatu figura keluar daripada tempat persembunyian mereka. Wajah bengis yang seakan akan mahu menakut- nakutkan Wesley dan storm itu membuat Mereka berdua rasa geli hati.
"Nampaknya mereka masih nak melawan lagi... kau tunggu di situ. Lepas saya dah bunuh mereka semua... giliran kau pula masuk ke neraka!" Jerit Storm kepada lelaki yang berjaya memperdayakan mereka ke situ.
"Korang berdua tak akan mampu kalahkan mereka semua. Mereka ramai... korang cuma berdua... mustahil!" Balas lelaki itu.
Storm dan Wesley bersedia dengan langkah masing masing.
"Just Wait!" Balas Wesley.
Arghhhhhh! Jeritan pihak musuh kedengaran jelas di telinga mereka berdua. Bukan satu tapi berpuluh orang yang muncul. Hutan tebal itu menjadi tempat persembunyian mereka sejak tadi lagi. Storm menghunus pedang katana yang sentiasa menjadi peneman hidup. Wesley pula hanya bersenjatakan tangan dan kakinya.
"Kill them all!" Jerit Wesley. Storm terus berlari ke arah musuh yang juga sedang berlari mahu menikamnya dengan pisau pisau tajam.
Pergelutan terus bermula dengan dasyat. Pedang katana melawan berpuluh pisau belati yang sangat licik cuba menghiris isi dan kulit milik Storm dan Wesley. Mereka semua seperti binatang kelaparan yang dahagakan darah dan daging mereka berdua. Storm pula sudah leka dengan semua itu. Dirinya sudah bertukar menjadi manusia ganas yang tidak takut mencabut nyawa manusia. Dia tidak segan segan merobek dan menikam tubuh manusia yang mengaku sebagai musuh dihadapannya.
Wesley masih dengan pergerakkan pantasnya melawan musuh. Dengan kemahiran Judo yang dia miliki, rata rata pihak musuh yang cuba mendekat berakhir terbaring di atas tanah, cuba kembali menyerang tapi dipijak sehingga sukar mahu kembali bernafas. Wesley merampas sebanyak mana pisau belati daripada tangan musuh musuh dan dia 'memulangkannya' semula, terus ke dada dan dahi mereka. Terus tertanam ke dalam isi daging menyebabkan darah dan nyawa pihak musuh jadi taruhan. Ada yang sudah yakin mereka bertarung dengan orang yang salah lalu melarikan diri.
Lelaki yang yakin orang orangnya akan berjaya mengalahkan Storm dan Wesley tergamam di hujung Jeep yang kini menjadi pertahanan terakhirnya. Dia cuba melangkah mahu melarikan diri tapi melihat satu persatu pengikutnya yang cuba melarikan diri dibunuh tanpa was was, dia yakin, dia sudah silap langkah.
"Maafkan saya!" Lelaki itu menjerit. Dia berlutut di atas tanah, memohon Storm dan Wesley berhenti menjadi raksasa ganas. Dia dalam ketakutan yang teramat. Tempat pergelutan itu menjadi gelangang yang penuh dengan darah merah. Dia telah tewas dan kini dalam bahaya. Nyawanya berada di hujung tanduk. Storm dan Wesley mendekati lelaki itu dan memberikan satu pesanan yang cukup jelas daripada mereka berdua.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
ActionHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...