BAB 4: THE BAD NEWS

1.5K 156 27
                                    

THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
By HDH Ink
BAB 4: THE BAD NEWS

THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]By HDH InkBAB 4: THE BAD NEWS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

———————— BAB 4 ————————-

WEST OF THE SILENT BROTHER

Kedatangan Suruban, Salah satu pembunuh upahan kelas atasan yang berjaya menyelamatkan diri daripada serangan mengejut di bangunan MOB telah muncul di Markas West of silent Brother dan sangat mengejutkan Coheed. Tapi dia masih lega kerana Sekurang- kurangnya masih ada berita baik yang datang setelah mereka menerima berita buruk itu. Menurut penjelasan Suruban, Untuk menyelamatkan diri, dia terpaksa menyamar dengan pakaian seragam pihak berkuasa untuk membolehkan dia melarikan diri sehingga dia tiba di West.

"Apa yang mereka mahu sebenarnya? Untuk apa menyerang MOB? Bangunan itu hanyalah markas organisasi pembunuh upahan. Ia dilindungi oleh HARPER. Saya masih tak boleh percaya semua ni berlaku dengan mudah." Coheed memberikan sebotol bir untuk Suruban. Dia nampak masih dalam keadaan terkejut. Luka di badannya cukup membuktikan dia keluar daripada tempat itu bukan dengan cara yang mudah. Jururawat yang sedang merawatnya hanya saling berpandangan. Darah merah mengalir semakin reda setelah dirawat tapi bekas jahitan itu pasti akan kekal meninggalkan parut.

"Kami semua sedang tidur bila sedar tempat tu diserang. Without weapon, kami dah macam anjing jalanan diserang dengan senapang eletrik. Kawan yang lain cuba melawan, tapi sia- sia. It's was really hard to move. Saya tak percaya saya masih hidup. I'm Sorry for the rest of them! And for Brother Hitler... Saya tak tahu macam mana rahsia organisasi MOB boleh terbongkar macam tu. Kau kena hati- hati. Tell all Your Brother... after this they're coming for the Silent Brother. Mereka nak musnahkan kita semua. Or should i say, the HARPER too?" Panjang penjelasan daripada Suruban. Coheed hanya diam.

Dia memerhatikan Dog Tags yang ada di tangan Suruban. Pasti ia milik kawan- kawan seperjuangannya yang telah terkorban. Kelopak mata yang menyimpan seribu rahsia kesedihan buat Coheed menepuk bahu Suruban yang sedang menyembunyikan rasa sedihnya.

"You did well Brother. Rehatlah dulu. Storm dah tahu semua ni...saya terpaksa beritahu dia walaupun.."

"Storm? Tapi dia kan sedang...."Suruban tunduk. Dia rasa bersalah pula. Hal kecemasan berlaku di saat Perkahwinan Storm dan Niagara Fall baru berlansung.

Coheed menggeleng.

"He will come to Us. Apa apa pun yang terjadi, kita kena selamatkan Hitler. Presiden sedang berdiam Diri sekarang ni. Dia masih tak tahu siapa yang khianati dia lagi. This time, it's a big deal." Jawab Coheed. Suruban tunduk lagi. Balutan di badannya dia perhatikan. Jururawat cuba merampas bir dari tangannya tapi dia menolak. Hanya minuman itu yang boleh menenangkan jiwanya.

"It's okay. Korang boleh pergi. Saya cuma nak tenangkan diri. Saya akan tidur lepas ni." Kata Suruban kepada mereka. Coheed mengarahkan semua jururawat meninggalkan mereka berdua di dalam bilik tetamu. Dalam kesamaran malam, Suruban meluahkan semua kesedihan yang telah dia lalui ketika Bangunan MOB diserang. Coheed hanya berdiam diri.

THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]Where stories live. Discover now