BAB 16: NEW MISSION NEW BOSS
BILIK TAHANAN
SUNYI dan senyap sahaja. Keadaan bilik tahanan yang pada mulanya riuh kini bertukar menjadi suram. Keadaan Rumah Agam HARPER point sangat menyedihkan buat semua orang yang ada di dalam bilik tahanan itu. Yang lebih merisaukan, bagaimana agaknya keadaan semua orang di dalam rumah agam itu. Willy dan Verny lansung tidak boleh bertindak kerana maut juga sedang menunggu mereka.
"I'm So Sorry about this Presiden HARPER tapi kau kena terima kenyataan, kekuatan legasi kau dah semakin lemah. Kau kena terima hakikat yang ada lebih banyak musuh di luar sana yang menunggu kejatuhan legasi ini."
Wallance dan Whisbley tidak berkata apa- apa lagi. Pintu bilik tahanan dibuka dan muncul pula seorang lelaki membawa Hitler masuk ke dalam. Melihat keadaan Hitler dalam keadaan emosi tidak stabil, Wallance yakin ada yang tidak kena dengannya. Renungan tajam Hitler kepadanya menyakinkan dia tentang apa yang sedang difikirkannya.
"Puas hati korang semua? Kau gunakan The Mob untuk membuang kepentingan saya di dalam keluarga HARPER..tapi saya sebenarnya tak kisah lansung. Memang saya orang luar... dan saya kena ingat, Adik beradik HARPER adalah pembunuh ayah kandung saya." Hitler tiba- tiba bersuara.
Wallance mendengus perlahan.
"Apa yang kau merepek ni? Yes. It's was me who killed Your father but You know why i did It! Lepas dia mati, semua harta milik dia masih milik kau..."
"You destroy The Mob! I know It. This is all Your plan to get rid of me...!"
"The Mob is part of The Silent Brother, Hitler! Careful with Your words! Saya tak nak kita bermasam muka di hadapan anak saya!" Bentak Wallance.
Hanya mereka berdua yang bersuara di dalam bilik tahanan itu. Semua orang nampak bingung melihat tingkah laku Hitler yang agak kasar itu.
"I don't trust You anymore! I will take my family with me and..."
"What family? Forley is my daughter... if You want to leave, don't You dare to take her with You or i will kill You!" Balas Wallance.
Hitler tersengih. Beberapa orang detektif mendekatinya dan melepaskan gari di tangannya.
"Saya dah bebas. Saya dah bagitau semuanya pasal perniagaan haram kau kepada pihak berkuasa. Kau akan mati di dalam penjara dan legasi kebanggaan kau ini akan musnah!" Kata Hitler dengan bangga.
"Kurang ajar! Sial! How dare you talk to me like that!" Jerit Wallance. Mahu sahaja dia dapatkan menantunya itu dan membelasahnya sehingga tidak bernyawa tapi pergerakkannya amat terbatas. Hitler tertawa lagi.
"I'm going to leave this place and.. good Luck to all of You!" Kata Hitler sebelum berlalu pergi dari situ. Whisbley HARPER hanya diam. Dia juga tidak menyangka, Hitler akan berkelakuan seperti itu. Tanpa hujan atau ribut, dia menyelar Wallance dengan kata- kata yang cukup memeranjatkan dirinya. Dia seperti membawa Wallance berperang dengannya secara terbuka. Dia dibebaskan tapi bagaimana? Mereka semua terkejut bila melihat Hitler dibebaskan dari bilik tahanan.
Clap. Clap. Clap. Tepukan itu berjaya menghilangkan kesunyian bilik tahanan itu. Belum pun sempat mereka semua bertenang, muncul lagi seorang lelaki masuk ke dalam bilik tahanan itu. Dia duduk di atas kerusi roda dan Kapten Deff yang membantu dia masuk ke dalam bilik tahanan itu. Lelaki itu sudah tua, mungkin sama usianya dengan adik beradik HARPER. Dia berambut panjang berwarna kelabu dan memakai kaca mata hitam.
"Dah lama saya tunggu saat- saat macam ni. Adik -beradik HARPER yang segak bergaya dan dihormati seperti raja dalam dunia kongsi gelap akhirnya dikhianati oleh keluarganya sendiri... hahaha." Lelaki itu tergelak sendiri.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
AksiHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...