BAB 15: SAVIOR

18 0 0
                                    

BAB 15: SAVIOR

Kapal laut yang membawa Niagara Fall akhirnya berlabuh di kawasan pelabuhan dan dengan bantuan anak kapal, Niagara Fall berjaya memasuki East tanpa sebarang masalah. Dia singgah mencari makanan di kawasan tengah bandar dan cuba untuk menjejaki serata tempat jika ada petanda Storm pernah pergi ke situ. Kerana takut dengan keadaan sekeliling, Niagara Fall akhirnya bermalam di sebuah hotel 3 bintang dan dia masih berhati- hati ketika berada di situ. Dia memeriksa semua tempat termasuk bonet- bonet almari kalau- kalau ada camera litar tertutup yang sedang memerhatikannya.

Semua itu menjadi mudah baginya kerana dia pernah melihat Storm melakukan hal yang sama ketika mereka bermalam di Hotel murah sekitar bandar Moscow. Selepas memastikan keadaan selamat, Niagara Fall menutup lampu bilik hotel dan dia membersihkan dirinya. Di dalam tab mandi dia memerhatikan Skrin HP yang menjadi salah satu hadapannya untuk berhubung dengan Storm. Dia berjanji akan menghubunginya tapi sehingga ke hari ini, Niagara Fall masih belum menerima panggilan daripada Storm.

Sebelum masuk tidur, Niagara Fall menolak sofa ke arah belakang pintu bilik hotel. Itu adalah satu cara untuk melengahkan masa pihak musuh sekiranya mereka datang menyerang. Dessert Eagles bersalut emas yang dia ambil dari bilik senjata di bawah tanah rumah agam HARPER point disimpan di bawah bantal. Pisau Tanto dia sisipkan di dalam kasut boots kulit panjang ke paras lutut. Jaket milik Storm dia peluk erat. Niagara Fall amat merindui suaminya itu.

Sudah jam 2 pagi, Niagara Fall masih belum dapat melelapkan mata. Ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya. Dia teringat akan keadaan Blues dan yang lain di bilik bawah tanah rumah agam. Niagara Fall terus menghubungi Forley.

"Nia?! Where are You! Macam mana Nia boleh tinggalkan tempat ni macam tu saja. If anything happened to You, Storm akan bunuh kami semua!" Forley kedengaran sangat marah.

"I need to find him. Don't worry about me. Saya tahu macam mana nak cari Storm... how about You guys over there? Macam mana dengan Kak Verny dan Abang Willy?"

Satu dengusan kasar kedengaran.

"Sigi temui kami di bilik bawah tanah. Dia bawa kami keluar melalui jalan rahsia. Uncle orange dah sediakan Heli dan bawa kami ke Pulau HARPER... Verny dan Willy masih jadi tahanan di Rumah agam." Jawab Forley dengan suara sedih.

"It's good to know You guys are safe. I'm Sorry for leaving just like that but i need to find Storm... and..."

BANG!

Niagara Fall terus mematikan talian. Bunyi tembakan yang baru dia dengari itu tadi datang daripada luar biliknya. Niagara Fall pantas turun daripada katil, mengutip semua barang miliknya dan dia mengacukan pistol ke arah pintu bilik kalau- kalau mereka menyerbu masuk secara tiba- tiba.

Prakkkk!

Bunyi ketukan yang cuba membuka pintu itu dari luar jelas kedengaran. Tidak salah lagi, rupanya mereka memang sedang mengekorinya. Niagara Fall sebenarnya sudah bersedia. Dia mengambil gelen putih yang penuh dengan minyak Petrol dan dia meletakkannya di atas katil bilik itu. Dia kemudiannya membuka tingkap dan bersedia dengan tali untuk terjun ke tingkat bawah bangunan itu. Sengaja dia memilih tingkat yang ke- 3 agar dia boleh melompat ke bawah dengan lebih mudah jika ada serangan seperti itu berlaku.

Prakkkk...

Pintu bilik semakin kuat ditendang dari luar. Kelihatannya mereka agak ramai. Niagara Fall mengikat tali pada tiang katil besi dan dia menunggu di tepi tingkap bilik hotel itu.

Prakkkkk...

Sekali lagi pintu ditendang dengan kuat, beberapa orang lelaki berjaya masuk ke dalam bilik itu. Niagara Fall terus melompat keluar daripada jendela dan dia sempat melepaskan tembakan ke arah gelen putih yang penuh dengan minyak petrol tadi.

THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]Where stories live. Discover now