BAB 11
Bilik tahanan yang tadinya sunyi bertukar menjadi riuh selepas kedatangan Venture LENNON. Mereka bertiga tidak mahu berdiam diri di dalam Bilik tahanan yang membosankan itu. Tanpa membuang masa, Venture mengeluarkan daun terup istimewa yang dia miliki. Adik beradik HARPER tertawa kecil. Di dalam keadaan itu, dia masih ada waktu untuk hal seremeh itu.
"Jangan cakap kau nak bawa kami main judi di sini?" Perli Wallance. Venture sudah mula menyusun daun terup. Jemarinya lembut menyusun daun terup satu persatu di atas meja dan hanya diperhatikan oleh Whisbley.
"Sebenarnya ada benda yang tak kena sewaktu saya datang ke sini tadi. Orang yang bawa saya ke sini nampak sangat mereka cuba sembunyikan sesuatu dari saya... korang yakin ke ini tempat tahanan yang betul? What if... ada musuh yang cuba perbodohkan kita semua." Sambil membahagikan daun terup kepada 4 bahagian, Venture cuba menyuarakan apa yang berada di dalam benak fikirannya.
"Sebenarnya aku dah tak kisah dengan semua ni. Aku dah tua... budak budak tu tahulah nak jaga semua apa yang kita dah bina selama ini..." Balas Wallance pula. Satu persatu daun terup di atas meja di kutip.
"Hmmmm....saya tak pernah salah kalau buat andaian. Saya yakin... kita sedang diperhatikan oleh musuh di luar sana. Tapi saya tak yakin dia nak apa daripada kita semua dan kenapa dia musnahkan The Mob dengan begitu mudah.." Venture masih menyuarakan apa yang dia fikirkan saat itu.
"I know there is something wrong too. Kalau kita ditahan oleh pihak berkuasa, kita tak akan berada di dalam bilik tahanan mewah macam ni... " Gesa Whisbley pula. Wallance menurunkan daun terup pertama yang dia miliki. Spade ♠️ 10 dan Hearts ♥️ 10 kelihatan di atas meja.
Venture Lennon mengerling sesaat ke arah Whisbley yang masih tidak membuka daun terupnya.
"Kita semua dah masuk perangkap... dah terang terang korang berdua dah masuk ke dalam mulut jerung yang korang sendiri tak tahu di mana kehadirannya... " ujar Whisbley. Dia tersenyum melihat angka daun terupnya.
"Haishhhh. Bukannya kau tak tahu, lautan ni luas, cukup luas. Kalau mereka perlukan sesuatu daripada kita, mereka pasti akan masuk ke sini dan mula bercakap..." Wallance yakin dia akan menang di pusingan yang pertama.
Venture membuka daun terup yang dia miliki. Spade ♠️ Q dan Clubs ♣️ 9 kelihatan. Mata yang dia miliki adalah sama dengan mata yang Wallance miliki. Kini mereka berdua menunggu daun terup daripada Whisbley yang masih belum menurunkan kedua- dua daun terupnya.
"Cepatlah sikit..." Wallance sudah tidak sabar. Whisbley menggeleng.
"None of Us win the games.. sebab kita bukan musuh, yang kita perlu fikirkan sekarang ni... musuh yang ada di luar tu... dia sedang berseronok menyaksikan semua ni. I'm sure... sekejap lagi dia akan tunjukkan muka dia kepada kita bertiga."Kata Whisbley lagi.
Lirikan matanya sempat memberikan petanda di kuat gelas kaca yang menjadi dinding bilik tahanan mereka itu.
"Kita kena bersiap sedia... saya yakin Hitler ada di dalam bangunan ni juga. Tapi pelik bila dia diasingkan daripada kita bertiga..."Whisbley masih dengan andaiannya. Tapi selang beberapa minit berlalu, ketika mereka bertiga sudah mula fokus dengan permainan daun terup, pintu bilik tahanan dibuka dan muncul seorang lelaki misteri dengan beberapa orang anak buahnya. Mereka memenuhi bilik tahanan itu dan mula memerhatikan adik beradik HARPER begitu juga dengan Venture LENNON.
"Seronoknya korang main daun terup... boleh saya join sekali. Korang perlukan satu pemain lagi... betul tak?" Kata lelaki misteri itu. Dia masih muda, segak dan wajahnya tidak pernah kelihatan sebelum ini. Wallance memerhatikan anak muda itu dan dia yakin, wajah itu lansung tidak dikenalinya.
YOU ARE READING
THE SILENT BROTHER: S T O R M [ II ]
AcciónHari bahagia yang dinantikan oleh Storm akhirnya tiba. Perkahwinannya dengan Niagara Fall telah sedikit sebanyak merawat penyakit mental yang dia alami. Syaitan dalam diri telah dilumpuhkan sepenuhnya dan dia berazam mahu meneruskan kehidupan dengan...