PJM : Chapter 32 💮

1.8K 115 1
                                    

DIMPLE : 32

< All my fault >

( Park Seul POV )

Sesampai sahaja di halaman rumah Jimin, aku terus keluar dari dan berlari ke arah pintu utama. Kata kunci door lock aku tekan dan mencari Jimin di dalam rumah. Tiada di ruang tamu. Bilik? Aku berlari menaiki tangga menuju ke biliknya. Seperti yang aku jangka dia berada di dalam biliknya. Bagai rasa jantung hampir pecah melihat Jimin yang tidur dikelilingi dengan botol arak. Aku rasa serba salah dan sangat terluka melihatnya tidak terurus begini. Aku mendekati Jimin yang tidak sedarkan dirinya. Airmata aku mengalir deras. Jujur, aku rasa berdosa buat dia jadi sampai macam ni. Aku menyentuh tubuhnya, panas!

"Taehyung! Taehyung!" Jeritku panik. Taehyung berlari masuk ke dalam bilik Jimin dan mendekati kami berdua.

"Jimin!"

"Taehyung, kita kena bawa dia ke hospital. Badan dia panas sangat." Kataku dengan panik. Aku rasa menangis, jujur aku sekarang ni sangat kelihatan menahan tangis. Taehyung mengambil telefon pintarnya dari dalam kocek dan menelefon.

"Hyung! Tolong datang ke rumah Jimin sekarang. Jimin pengsan dan dia demam teruk. Tolonglah cepat, darurat!" Kata Taehyung langsung mematikan panggilan.

"Tolong aku angkat dia." Arah Taehyung. Taehyung mengangkat tubuh Jimin dari bahunya dan aku mengangkat kaki Jimin lalu membaringkan Jimin di atas katil.

"Kau tanggalkan baju dia. Semua! Aku nak turun bawah ambil apa yang perlu." Arah Taehyung lagi lalu berlalu keluar dari bilik Jimin. Jihoon pula masuk ke dalam bilik Jimin dan membantuku. Aku menanggalkan baju kemeja hitam yang dipakai Jimin penuh dengan bau arak tanpa rasa geli dan malu. Apa yang aku tahu, Jimin yang paling penting. Jihoon menutup separuh tubuh Jimin dengan selimut dan menanggalkan seluar jeans juga seluar dalam Jimin dari dalam selimut. Taehyung masuk dengan membawa sebaldi air suam panas dan kain bersih lalu diserahkan kepada aku sebelum kembali berlari keluar bilik. Aku mencapai kain dan membasahkan kain itu dengan air suam panas tadi lalu basahkan badan Jimin. Jihoon pula mengambil pakaian Jimin dan keluar dari bilik. Mungkin dia nak basuh. Jihoon kembali dan mengambil bekas botol-botol yang diminum oleh Jimin.

"Saya turun dulu, Seul. Kalau ada apa-apa, panggil je saya atau Taehyung hyung." Pesan Jihoon. Aku senyum hambar akur. Aku melihat wajah Jimin yang tidak sedarkan diri, buat aku rasa sakit hati sangat. Aku terus sambung mengelap seluruh tubuhnya, aku tak peduli hal malu sekalipun. Aku akan bertanggungjawab ke atas kesilapan yang aku sendiri dah buat.

"Maafkan saya, Jimin. Saya tak patut tinggalkan awak. Saya menyesal. Saya dah tahu cerita sebenar. Saya menyesal sangat Jimin sebab telah ungkir janji saya sendiri terhadap awak. Saya minta maaf, sayang." Rintihku dengan teresak-esak. Setelah lama aku kepenatan kerana mengelap tubuh Jimin, aku tertidur di sisi katil seraya itu tanganku erat memegang tangan Jimin.

◉◉◉

( Author POV )

"Hyung risau sebab dah banyak sangat Jimin minum ni. Tapi setakat ni keadaan dia agak okey. Cuma ini je yang hyung mampu tolongkan." Kata Jin dengan mengeluh lalu memberikan suntikan kepada Jimin.

"Nampaknya macam Park Seul dah tahu tentang Son Hee. Hyung boleh nampak masa depan Jimin cerah betul." Kata Jin lagi.

"Si mangkuk Jihoon ni lah pergi cerita. Meraung minah tu dalam kapal terbang dari Busan tadi." Kata Taehyung dengan nada geram. Mereka berdua melihat Park Seul yang sedang tertidur di samping Jimin.

"Jomlah. Kita biarkan je." Kata Jin sambil menarik Taehyung meninggalkan Jimin dan Park Seul berdua.

◉◉◉

( Park Jimin POV )

Aku terbatuk kecil dan kepalaku pening. Mataku perlahan-lahan dibuka tapi terasa panas. Oh! Ya. Aku demam panas. Aku memegang kepala ada sesuatu yang basah tapi panas, aku menariknya menjauhi dari kepala. Tuala? Aku cuba bangun tapi ada sesuatu membuatkan tangan kiriku terhalang. Aku melihat ke sisi, betapa gembiranya aku melihat wajah Park Seul yang masih tertidur sambil menggenggam tangan kiriku. Tapi aku rasa bersalah. Aku punca menjadikan Park Seul pergi jauh dari aku. Aku cuba menarik tanganku melepasi genggaman Park Seul tapi Park Seul terjaga, aku terus berpura-pura tidur.

"Alamak, kenapalah aku boleh tertidur ni?" Rengek Park Seul dalam keadaan mengantuk. Sungguh aku rindukan rengekkannya yang baru bangun tidur, tapi aku tak berbuat apa-apa. Salah aku kepadanya terlalu besar. Tiba-tiba tangan kiriku diraih, aku hampir terkejut tapi Park Seul menggenggamnya dan sesuatu yang lembut mendarat di atas belakang tanganku. Mungkin pipi? Terasa tanganku dicium lembut sebelum kedengaran bunyi tangisan halus. Pipiku dihelus lembut oleh tangan Park Seul sebelum dicium lembut.

"Maafkan saya, sayang. Saya ego. Disebabkan saya awak jadi macam ni. Awak nampak agak lebih kurus dari biasa, nampak lebih cengkung. Semua ni salah saya. Saya rindukan awak, Jimin. Jeongmal mianhae..." Katanya yang sambil menangis.

Tangan kananku aku genggam kuat. Jangan Seul, tolong jangan salahkan diri awak. Ini salah saya dan saya layak terima dugaan ni. Tapi saya sangat bersyukur awak kembali ke pangkuan saya. Sekurangnya saya masih tak kehilangan awak, Seul. Aku menahan dari menangis. Dahiku dipegang.

"Demam awak dah berkurang. Saya rasa bersyukur. Bilik pun dah bersih, tak ada lagi bau. Nampak Taehyung dengan Jihoon dah bersihkan. Awak berehat dulu ya, sayang. Saya nak turun makan sekejap, lepastu saya teman awak semula ya. Saya janji kali ni saya takkan sesekali tinggalkan awak lagi. Kalau saya mungkir lagi, saya rela awak ceraikan saya. Oh, air ni dh masuk habuk. Okeylah, saya turun dulu ya." Nada Park Seul. Cerai? Dia betul-betul nak jadi isteri aku ke? Kedengaran pintu ditutup, aku membuka mata Park Seul sudah keluar dari bilik. Aku bangun dari baring.

"Apa yang saya dah buat tu teruk, tak setimpal apa yang awak dah buat kat saya. Saya yang salah." Gumamku sendiri. Aku melihat keadaan dalam bilik. Bersih, bau arak pun dah hilang. Malunya rasa. Aku rasa Park Seul yang jumpa aku dulu. Dengar suaranya pun agak risau tentang aku. Aku senyum pahit. Sekurangnya Park Seul masih ambil berat tentang aku.

Maafkan saya, sayang.

◉◉◉

CONTINUE

✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now