PJM : Chapter 39 💮

2.3K 98 4
                                    

DIMPLE : 39

< Bomnal Romance >

( Park Jimin POV )

“Cepatlah, sayang.” Panggilku. Terus sahaja Park Seul keluar. Aku memeluk pinggang Park Seul erat.

“Kita nak pergi mana?” Tanya Park Seul. Aku senyum dan memakai kacamata gelap.

Date.

Date? Dating??” Tanyanya. Aku mengangguk dan terus menarik tangannya masuk ke dalam perut kereta. Kami diikuti dua buah kereta pengawal peribadiku di depan dan di belakang. Tangan Park Seul aku genggam kuat.

Teddy Bear Museum.” Arahku. Pemandu peribadiku akur dan terus memandu mengikut arahan.

“Muzium??” Tanya Park Seul. Aku memandangnya dan senyum.

“Ya. Patung teddy bear yang pernah menjadi simbol kepada drama Korea, ‘Princess Hours’. Patung-patung semua kat situ cantik.” Terangku. Park Seul kelihatan seperti teruja apabila mendengarnya.

“Lakonan Ju Ji Hoon, Yoon Eun Hye dan Song Ji Hyo kan?” Tanyanya. Aku mencuit hidungnya.

“Pandainya sayang saya ni.” Pujiku. Park Seul sangat gembira.

“Mestilah. Lagipun drama tu salah satu drama kesukaan saya.” Katanya. Aku berdehem kecil.

“Jadi awak lebih sukakan Ju Ji Hoon dari saya lah kan?” Tanyaku dan pura-pura merajuk. Tiba-tiba pipiku ditariknya. Sakit lah jugak. Cubit campur tarik, kena kat lesung pipit pulak tu! Pipiku gosok.

“Awak ni... Dah tentu saya lebih sukakan awak tau.” Katanya dengan nada manja dan merajuk. Aku ketawa kecil dan membalas menarik pipinya yang berlesung pipit.

“Cakap lagi sekali?” Pintaku. Aku sengih lebar di depannya.

“Saya suka awak, sayang.” Katanya langsung mencubit dan menarik kedua-dua pipiku.

“Geram saya. Pipi awak ni dahlah merah. Nak je saya cubit kuat-kuat lepas tu makan macam kunyah kuih mochi.” Katanya lagi yang tak berhenti menarik pipiku. Aku membalas balik.

“Saya lagi geram. Pipi awak ni kembung, siap ada lesung pipit macam saya. Kalau saya picit-picit macam ni, lembut je. Nak je saya gigit  pipi awak ni. Geram!” Kataku dengan geram. Kedengaran suara pembantu peribadiku menahan ketawanya.

“Haa, gelak lah gelak! Gelak kalau berani.” Kataku dengan garang. Terus sahaja cermin yang memboleh pemandu memandang ke belakang aku pusingkan supaya dia tak dapat melihat kami berdua. Terus aku menarik Park Seul ke dalam pelukan dan mencuri ciuman lalu menghisap bibir bawahnya. Jelas bibir Park Seul membengkak.

“Eii, geramnya.” Bisikku terus mencium dan menggigit manja pipinya. Park Seul ketawa dengan manja.

“Tak apa. Ni baru sikit. Tunggu ya, siap awak saya kerjakan nanti.” Kataku nakal lantas kami berdua ketawa serentak. Park Seul menepuk bahu pemandu peribadiku.

“Dah, gelak lah!” Galak Park Seul lalu pemandu peribadiku ikut gelak kerana disuruh, aku ketawa melihatnya. Datang kepala masuk airnya, tak ubah macam si bontot Taehyung tu. 😂 Tak lama selepas itu kami pun tiba di Teddy Bear Museum.

◉◉◉

“Saya nak teddy bear!” Rengek manja Park Seul yang seperti budak-budak meminta anak patung dariku. Aku sengih dan menggeleng. Dia buat perangai lagi. 😂

“Nanti saya belikan ya. Tak mau lah macam ni, malu orang tengok.” Kataku lembut. Park Seul bercekak pinggang dan bibirnya muncung ke depan. Aku ketawa kecil. Aku menarik muncungnya.

✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now