💮 LOVE DIMPLE 💮
💮 Chapter 23 💮
❝ Like the streets of myundong,
Our BGM is the sound of breathing
Your voice when you say my name
I wanna be locked in you and swim in you,
I want to know you more. An explorer
venturing through your deep forest of mystery
I appreciate the masterpiece that is you
because your existence alone is art
I imagine this all night every day
because it's a meaningless dream anyway ❞💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮
❤ JIMIN ❤
Ding! Dong!
Siapa pulak lah yang datang ni. Aku menggaru kepala, kacamata entah hilang kemana. Pandangan aku kabur. Terkocoh-kocoh aku jadinya keluar dari ruang dapur menuju ke pintu utama.
"Selamat pagi. Ya, siapa ya? Ada apa?" Tanyaku.
"Kamu dah tak ingat ke? Eomma Seul." Suaranya macam nak marah. Aku cepat-cepat meminta maaf.
"Maafkan, saya. Saya sebenarnya rabun, pandangan saya kabur." Kataku.
"Oh, rabun rupanya. Park Seul mana?" Tanyanya. Aku menjemputnya masuk.
"Jemputlah masuk. Park Seul ada tidur kat situ. Saya minta diri sekejap, nak cari sesuatu." Kataku sebelum bergegas sampai terlanggar kerusi dan sebagainya menuju hendak menaiki tangga.
❤❤❤
❤ PARK SEUL ❤
Terasa ada tangan seperti meraba diluar selimut. Jimin ke? Tiba-tiba peha aku dicubit dari luar selimut. Sakit jugak ni.
“Janganlah, Jimin. Sakitlah. Nak tidur.” Rengekku kepada manusia yang aku sangka itu adalah Jimin. Sayang seribu kali sayang, petir datang lagi.
“Park Seul!” Noktah suara yang melenting buat aku terus bangun dan terpinga-pinga. Telinga aku ditarik.
“Molek benarlah tu. Tidur dekat rumah orang bujang. Anak dara siapalah ni?!” Noktah suara eomma melenting lagi jelas ketidakpuasan hatinya.
“Selamat pagi, ahjumma Park.” Sapa Taehyung yang telah siap berpakaian bersih dan kemas. Tapi yang aku rasa semak tu rambut dia. Tahulah hensem. ermm..
“Selamat pagi. Oh Taehyung, kamu ada kat sini sekali?” Ramah eomma. Taehyung menyengih.
“Ya, ahjumma. Saya tinggal disini sementara sebelum pulang ke China.” Jawab Taehyung yang ramah. Ya, drama. Maklumlah, Taehyung dulu adalah calon menantu pilihan ahjumma-ahjumma kat luar sana. Kecoh satu sekolah. Haha!
“Maaf ya, Taehyung. Ahjumma datang ni nak bawak balik anak dara tua ni.” Kata eomma.
“Ahjumma, jangan marah-marah. Nanti lagi cepat tua pulak. Tengok Seul, dahi dah berkedut sebab asyik nak marah orang je.” Kutuk Taehyung.
“Kepala hotak kau, Taehyung!” Sampuk aku. Tiba-tiba pinggang aku dicubit oleh eomma.
“Eomma! Janganlah!”
“Ehem!”
Aku memandang ke arah suara yang berdehem tadi sedang berdiri dengan sopan dan seperti sedikit gugup. Tapi aku rasa kenapa dia lain sangat hari ni? Kenapa dia nampak lebih hot dan cute? Mulut aku ternganga.
“Park Seul, tutup mulut. Apa jenis yeoja tengok namja bujang macam tu? Tak senonoh.” Tegur Eomma sambil menutup mulutku.
“Park Jimin, ahjumma harap kamu datang makan malam nanti. Ahjussi Wang dan ahjumma ingin mengenali kamu dengan lebih rapat dan teliti. Wajib datang.” Pesan eomma. Aku terkedu. Habislah, tengok dari airmuka Jimin seperti sedikit gugup.
“Yes! Best! Boleh makan banyak-banyak.” Sampuk Taehyung.
“Ahjumma cuma undang bakal menantu ahjumma sahaja. Maaf ya, Taehyung.” Kata eomma dengan selamba.
“Ahjumma! Tae dulu kan menantu pilihan ahjumma. Tak adil!” Ngada Taehyung. Aku pijak kaki dia.
“Nanti aku bawakkan makanan untuk kau selepas makan malamlah!” Tempikku.
“Dah balik, Seul. Tak senonoh betul. Nasib baik Jimin tu tak buat apa-apa kat kamu. Jimin, jangan lupa malam ni. Jangan lambat.” Bebel eomma seraya itu mengingatkan Jimin temujanji malam ini. Aku cuma tersengih saja sambil ditarik eomma supaya mengikutinya balik ke sebelah rumah.
❤❤❤
❤ JIMIN ❤
“Nasib baik Jimin tak buat apa-apa kat kamu. Heh!” Ngejek Taehyung.
“Kau pehal?” Tanyaku sambil menjelingnya tajam.
“Takdelah. Betul ke kau tak buat apa-apa kat Park Seul semalam? Hehe!” Usik Taehyung.
“Ada.” Jawabku. Taehyung sengih nakal.
“Buat apa?” Tanya Taehyung lagi.
“Aku buat macam ni.” Aku terus menarik Taehyung dan cuba menciumnya.
“Ah! Tidak! Jangan! Aku tak mahu dinodai! Aku masih suci!” Jerit Taehyung. Aku geram, aku cium pipi dia sebelum melarikan diri.
“Tak guna kau, Jimin! Aku bunuh kau! Ah! Aku dah tak suci! Eomma!!!!! Taehyung dinodai!!! Eomma!!!” Jerit Taehyung sekuat hati.
HAHAHAHAHA!!!!!
“Padan muka kau. Nak sangat haa kan? Rasakan.” Aku ketawa sendiri.
😋😋😋
❤ PARK SEUL ❤
“Tu suara Taehyung kan? Kenapa dia tu? Jerit macam orang gila.” Tegur eomma.
“Eomma, petua orang tua-tua kan jangan tegur makhluk halus.” Selamba aku menjawab. Punggung aku ditampar kuat. Aduh, sakit.
“Sedap betul mulut kamu. Dah, hari ini tolong eomma kemas rumah, masak dan sebagainya. Bakal suami kamu nak datang.” Awal-awal eomma dah keluarkan titahnya kepada rakyat dia ni.
“Baiklah, boskurr..”
💞💞💞
To Be Continue 💞
Hi, Guys! Merry Xmas. Sorry lama tak update. Sis actually tak dapat nak publish apa-apa sebab plan internet sis slow and terpaksa buat baru. Bila nak pub pulak, draft hilang.
Oh , sis jadi stress. Sebab tak lama lagi sis perlu start Only with Him & Blind. So, sis perlu buat separuh WDTA. Aduhai.. Nasib sis kurang baik betul dalam bulan ni.
Btw, thank you guys! DIMPLE akhirnya meraih 1.11k views! I love you guys! Tq sebab sudi baca ff sis yang tak seberapa ni. Sis cuba buat yang terbaik untuk kamu semua, okey! I purple you! 💜
YOU ARE READING
✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]
Fiksi PenggemarCOMPLETE ✔️✔️ [+16] Kisah seorang Park Seul jatuh cinta dengan jiran yang cute. 🌸 . . . . . *Hello, kalau suka fanfic ini, harapnya vote 💜 Vote anda semua amat diperlukan* Start : 23 Sept 2018 End : 21 Jan 2020