DIMPLE : 36
< Get married and our first night >
( Park Seul POV )
Malam tadi adalah hari terakhir period aku. Hari ni pula hari perkahwinan aku dan Jimin. Jantung aku rasa berdebar sangat. Tangan aku sejuk macam ais batu. Park Seul, jangan buat hal. Kau dah pakai baju pengantin ni. Cool down. Kataku dalam hati. Aku menarik nafas perlahan-lahan dan hembus perlahan-lahan untuk cuba bertenang. Aku melihat diriku di dalam cermin. Dress pengantin yang sangat cantik. Mesti mahal ni. Aku tersenyum sendiri.
“Weyh! Cantiknya kau!” Kedengaran suara yeoja dan beberapa orang lagi. Aku menoleh. Aku tersenyum.
“Hyuna eonnie, Jisoo, Lisa, Jennie, Rose dan....” Aku sebut nama seorang demi seorang, tapi yang seorang ini aku tak berapa kenal.
“Jungkook dah tukar yeojachingu ke?” Tanyaku. Mereka tertawa kuat. Jisoo menepuk belakang bahuku kuat.
“Kepala otak kau!” Kutuk Jisoo sambil ketawa besar.
“Tu Yein, Seul. Jungkook kalau dah sayang, yang tu lah dia kejar.” Terang Hyuna eonnie.
“Ni pun kita orang yang makeup dan suruh dia pakai macam ni. Kalau tak, asyik dengan nerd dia jelah.” Kata Lisa pula. Kami ketawa.
“Pandai Jimin pilih. Cantik betul.” Puji Rose pula.
“Aku sendu weyh. Bilalah si Hoseok tu nak ajak aku kahwin? Pishang.” Sampuk Jennie. Kami tertawa.
“Kita orang ada bawak hadiah untuk kau ni. Tapi kena pakai setiap malam.” Bisik Jisoo. Tapi dapat didengari oleh yang lain. Aku pelik. Setiap malam? Jisoo mengambil kotak dari Hyuna eonnie dan membuka kotak itu didepan kami lalu ditunjukkan kepadaku. Mataku membulat.
“Kau kena pakai ni kalau tak nak Jimin lepaskan kau.” Kata Jisoo. Wajah mereka menyeringai nakal. Aku cuak beb.
“Perlu ke?”
“PERLU!”
Matilanakkk..
◉◉◉
Debaran terasa sebaik sahaja pintu dibuka. Aku melangkah masuk dan cuba bertenang. Disamping aku ditemani oleh appa tiriku, Ahjussi Wang. Aku pandang ke depan dan melihat ke arah Jimin. Aku terpukau dengannya. Kelihatan lebih manly dan dewasa dengan memakai suit hitamnya. Dia memandangku dan jantung aku berdegup kencang.
YOU ARE READING
✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]
FanficCOMPLETE ✔️✔️ [+16] Kisah seorang Park Seul jatuh cinta dengan jiran yang cute. 🌸 . . . . . *Hello, kalau suka fanfic ini, harapnya vote 💜 Vote anda semua amat diperlukan* Start : 23 Sept 2018 End : 21 Jan 2020