PJM : Chapter 22 💮

1.8K 128 10
                                    

💮 LOVE DIMPLE 💮

💮 Chapter 22 💮

❝ The corner of my memory
A brown piano settled on one side
In the corner of my childhood house
A brown piano settled on one side

I remember that moment
Way taller than my height
The brown piano that guided me
I looked up to you
I yearned for you
When I touched you with my small finger
I feel so nice mom I feel so nice
I played the piano wherever my hands took me
I didn’t know your significance back then
Back then I was content with just looking at you ❞

💮💮💮

💮 PARK SEUL 💮

“Sayang, malam ni awak tidur bilik saya ni. Ingat lagi kan? Awak muntah atas katil ni akibat mabuk dulu.” Katanya. Mukaku membahang. Ada ke patut dia sebut balik pasal tu? ish.

“Tak payahlah ingat balik.” Rengekku.

“Nah. Ni baju tidur, bathrobe, dan tuala. Kalau awak nak sabun mandi atau syampu mahupun berus gigi, semua ada dalam bilik mandi.” Pesan Jimin yang sedang menyediakan pakaian untuk aku. Aku jadi segan.

“Terima kasih, Jimin.” Ucapku. Jimin hanya senyum manis. Apabila dia mahu berura-ura keluar dari bilik, tiba-tiba guruh berbunyi, kilat keliharan berpancar di sebalik langsir yang terang itu. Aku memaut lengan Jimin erat kerana rasa takut.

“Kenapa, Seul? Awak okey?” Tanya Jimin. Aku cuba relaks.

“Oh, Tak ada apa. Okey.” Jawabku sambil melepaskan pautan di lengannya.

“Tidurlah. Kalau ada apa-apa, saya dekat ruang tamu sana tu. Goodnight, sayang.” Kata Jimin sebelum berlalu keluar dan menutup pintu kamarnya. Aku rasa takut. Guruh tadi kuat berdentum. Aku terus melompat ke atas katil dan menarik selimut. Aku cuba tidur tanpa bertukar pakaian. Ada lebih baik kalau aku tidur. Aku terlalu takut akan guruh tu.

💮💮💮

“Park seul....”

“Park Seul....”

Aku terdengar melodi piano yang selalu dimainkan. Aku sedang berdiri di taman mini dan berhadapan dengan piano itu. Lagu yang dimainkan sepertinya aku amat kenal. Susuk tubuh kecil terbayang dimata. ChimChim.

“Chimchim, berhentilah bermain piano tu. Mari makan dulu. Sini.” Suara mummy kedengaran. Chimchim berhenti bermain piano dan berlari anak ke arah mummynya.

“Park Seul..”

Suara Chimchim kedengaran memanggil namaku. Dia memandangku dengan wajah yang rasa serba salah.

“Mianhaeyo...”

💮💮💮

Aku terjaga dan lantas bangun dengan nafas yang tercungap-cungap. Petir berdentum kuat. Aku menutup telinga dan menjerit akibat terkejut. Kilat pula kelihatan sabung menyabung. Hujan semakin lebat. Aku takut. Aku memeluk tubuh. Sekali lagi petir berdentum dengan lebih kuat. Aku menjerit dan berlari keluar dari bilik itu.

✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now