PJM : Chapter 34 💮

2.1K 107 8
                                    

DIMPLE : 34

< My sexy and sweet future husband >

( Park Seul POV )

“Awak buat apa tu?” Tanyaku.

“Baca buku.” Jawabnya yang duduk di atas sofa. Aku bangun dan mendekati lalu duduk disebelahnya.

“Awak marahkan saya ke?” Tanyaku. Dia memandangku pelik.

“Kenapa saya nak marah awak?” Tanyanya. Buku diletakkan di atas meja. Baiklah, aku perlu berterus terang dengan dia.

“Saya minta maaf. Saya dah mungkir janji pada awak. Saya nekad pergi tinggalkan awak. Saya rasa serba salah sangat buat awak macam tu.” Kataku perlahan. Jimin mengangkat wajahku memandangnya.

“Salah saya, Seul. Saya tak jujur dengan awak. Meskipun awak minta maaf, tapi hakikatnya saya yang bersalah.” Kata Jimin. Matanya mula bergenang dengan airmata. Tanganku menarik wajah Jimin dan aku mengucup bibirnya.

Mianhae..” Kataku. Jimin senyum nipis.

“Saya tak marahkan awak. Saya cuma rasa marah dengan diri sendiri.” Katanya lagi dengan lembut.

“Betul kata Jihoon.” Kataku.

“Jihoon cakap apa?”

“Awak berbeza.” Kataku.

“Tentang apa?” Tanyanya. Wajahku berubah sedikit kelat.

“Dulu awak dan Son Hee pernah bersama. Pastu...” Ayatku tergantung. Aku tak tahu nak cakap apa.

“Dia tak pernah puas. Dia curang. Chanyeol tu sebenarnya adalah bekas namjachingu dia. Masa tu saya tak tahu yang dia berkahwin dengan saya sebab dia mahukan harta saya. Jadi, atas rasa cinta saya tiduri dia selepas kami bergelar suami isteri. Mungkin masa tu saya bodoh. Saya tak sedar yang saya dah ditipu. Son Hee cuba nak mendapatkan zuriat dari benih saya, tapi tidak berhasil. Saya tidak bernafsu waktu tu. Suatu hari tu, saya balik kerja konon nak buat kejutan. Tapi saya yang terkejut.” Luahnya. Airmatanya mengalir dan dia hanya mampu senyum di depanku.

“Apa yang terjadi?” Tanyaku. Jimin memegang tanganku.

“Son Hee dan Chanyeol lakukan seks ganas di atas katil kelamin kami. Chanyeol tak lepaskan Son Hee dan mereka langsung tak beranjak walaupun mereka nampak saya jelas di depan mereka. Son Hee menghina saya dalam keadaan Chanyeol sangat bernafsu melakukan seks dengannya. Son Hee mengatakan dia kahwin dengan saya sebab hanya mahukan harta. Saya keluar dari rumah tu dan nekad untuk bercerai. Pada keesokkan harinya, saya dan Son Hee bercerai.” Jelasnya. Aku menarik Jimin ke dalam pelukanku cuba untuk tenangkan dirinya.

“Tak apa, saya okey.” Katanya.

“Apa yang awak rasa bila awak bersama dengan saya?” Tanyaku. Jimin senyum.

“Rasa bila bersama awak?” Soalnya. Aku mengangguk.

“Jujur pertama kali. Di dalam kereta. Mulanya saya nak usik awak je supaya awak bangun. Jadi saya pun ciumlah awak. Makin lama makin rasa seronok. Saya perdalamkan ciuman. Awak terjaga. Tapi masa tu saya jujur, saya hampir tak terkawal bila saya dengar awak mendesah buat pertama kalinya.” Ceritanya. Wajahku merah menahan malu.

✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now