PJM : Chapter 44 💮

1.5K 85 1
                                    

DIMPLE : 44

< My dream girl >

( Jimin POV )

Tersedar keesokan paginya, dahiku berkerut sambil melihat Park Seul yang masih nyenyak tidur disampingku. Melihatkan perutnya yang masih kempis, menahan rasa dihati. Perlahan tapak tanganku menyentuh perutnya yang masih kempis dengan lembut dan ku cium lembut tanpa dia sedari.

Daddy nak anak perempuan.” Bisikku supaya Park Seul supaya tidak kedengaran mahupun terjaga dengan tindakanku. Dalam diam aku tersenyum lebar, sungguh gembira. Mimpi malam tadi sungguh indah. Tak sabar menantikan kelahirannya. Daddy mahukan baby girl.

**flashback**

“Daddy! Daddy! Do you want rainbow candy?” Panggilan suara kecil menyentuh palung jantungku. Aku mencarinya.

“Daddy! I’m here! In front of you.” Aku mencarinya di hadapanku. Seorang anak kecil berjantina perempuan memakai dress merah bersama sweaternya. Serta topi saljinya. Comel. Aku mendekatinya.

“Daddy! I want you to know something. Please say yes!” Katanya.

“Yes?” Jawabku. Dia tersenyum melihatkan pipinya yang merah serta lesung pipitnya seperti Park Seul menarik hatiku. Dia mencium pipiku dengan gembira dan tersenyum riang dihadapanku.

“I love you, daddy!”

**end flashback**

Selepas itu aku terjaga dari tidur dan mimpi indahku itu. Betapa terujanya aku bila melihatkan anak itu. Comel dan sangat cantik seperti Park Seul. Sekali lagi, aku menyentuh lembut perut Park Seul yang masih kempis dan aku cium lembut.

“Cepat besar ya, sayang. Bagi daddy your rainbow candy. I love you too, my dream girl.

◉◉◉

Seperti yang dijangka, Park Seul melihat aku berkelakuan pelik seharian ini. Ya, memang pelik. Aku sendiri rasa yang aku ni pelik. Mata ni tak berhenti tengok perut dia yang masih kempis tu sambil hati ni berharap perutnya cepat besar. 😂 Lenganku ditepuk kuat membuatkan aku tersedar dari lamunan.

“Awak okey ke? Seharian awak berkelakuan pelik tau, daddy.” Tanya Park Seul kepadaku sambil memberikan aku secawan teh hijau. Serta merta tanganku menggosok leher sendiri. Berasa segan dan tersenyum sengih sumbing.

“Kan? Aku tengok dah macam kambing berangan je. Kejap tersengih, kejap termenung lepas tu kejap berangan pula.” Sampuk Taehyung. Park Seul bercekak pinggang.

“Sibuk je lah kau ni, mangkuk. Kita tanya kat laki kita, bukan kat dia. Perasan.” Jawab Park Seul dan aku ketawa kecil mendengarnya. Kalaulah aku ada anak perempuan, mahu riuh kecoh sekampung sebab Taehyung suka bergaduh dengan budak perempuan. Sekali lagi aku terpandang perut kempis Park Seul, hanya mampu meneguk liur.

Segera aku capai sekeping kertas A4 dan sebatang pensil juga seketul pemadam. Aku lukiskan wajah anak kecil yang muncul dalam mimpiku malam tadi. Hati aku membuak-buak mahukan anak kecil itu sebagai anakku bersama Park Seul. Apakah mungkin itu memang anakku dan Park Seul? Aku tersenyum sengih lebar lagi, rasa teruja.

✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now