PJM : Chapter 35 💮

2.1K 106 2
                                    

DIMPLE : 35

< When you can't understand girl >

( Park Jimin POV )

Contact lens aku tanggalkan dari mata perlahan-lahan dan meletakkan di dalam kotaknya. Aku terus membasuh muka juga mencuci muka dengan pencuci muka. Tiba-tiba Park Seul juga berada di sebelahku dan buat perkara yang sama sepertiku.

“Awak..” Leretnya. Aku hanya berdehem kecil sahaja menjawab panggilannya.

“Nak pakai mask tak sebelum tidur?” Tanyanya. Bagus juga idea tu. Lagipun dah lama aku tak pakai.

“Okey.” Jawabku lalu terus mencuci muka dengan air bersih dan mengelap wajah gunakan tuala yang bersih. Kacamata aku capai dan memakainya.

“Lama saya tak nampak awak pakai kacamata.” Katanya. Aku senyum.

“Sebab saya kadang-kadang tertidur sekejap dan bangun balik untuk tanggalkannya. Memandang kita ni dah nak kahwin, saya nak elak pakai hari terakhir bujang saya.” Kataku. Lalu mengambil ubat dan berus gigi terus menuangkan di atas berus gigi sebelum menggosok gigi.

“Lepastu apa?” Tanyanya. Aku mengangkat kening sebelah. Aku kumur mulut dulu sebelum menjawabnya.

“Lepastu saya jadi suami, bakal appa dan bakal hidup hingga tua bersama awak.” Jawabku. Park Seul ketawa di dalam keadaan menggosok giginya, aku tersenyum.

Setelah usai menggosok gigi, kami berdua sama keluar dari bilik air dan terus baring di atas katil. Park Seul mengambil sekeping mask yang dikeluarkan dari sampulnya dan meletakkan di atas wajahku.

“Wuu sejuknya. Selesa dan sangat relaxing.” Pujiku. Park Seul tersenyum lalu juga memakai untuk dirinya sendiri.

“Awak...” Panggilnya meleret.

“Ya, sayang.” Sahutku lembut.

“Hari ni hari yang ke tiga saya period.” Katanya.

“Saya tahu...” Jawabku.

“Tu je?” Tanyanya. Aku rasa nak kerut dahi. Mataku hanya terkebil-kebil.

“Awak ni.....” Leretnya tanda merajuk. Aduh. Aku memegang tangannya.

“Jadi sayang nak saya jawab apa?” Tanyaku lembut.

“Jawablah yang awak tak sabar nak bersama saya lagi.” Gumamnya tapi aku masih dapat mendengarnya dengan jelas kerana kami sangat dekat. Aku tersenyum. Nak ketawa tak boleh sebab pakai benda alah si topeng berair ni.

“Ya, sayang. Saya tak sabar nak bersama dengan awak lagi. Saya rindu nak dengar awak mendesah panggil nama saya.” Jawabku menurutinya. Tiba-tiba tanganku ditepuk.

“Apa awak ni? Saya kan period.” Pulak. Sumpah aku rasa nak ketawa sekarang ni. Jadi, aku ketawa dalam keadaan mulut tertutup. 😂

“Tapi saya tak period. Macam mana ek?” Usikku pula. Aku dicubitnya pula. Menyeringai aku dibuatnya.

“Awak nak saya bagi awak period ke?” Ugutnya. 😂

“Tak nak. Nanti kalau saya period, saya tak ada peluang nak mengandungkan awak.” Kataku. Lagi sekali aku dicubitnya.

“Awak ni main-mainlah.....” Leretnya. Aku ketawa lagi dalam keadaan mulut tertutup.

“Okeylah. Okey. Lagi berapa hari je lagi, kita nak jadi suami isteri. Lagipun ikut undang-undang, saya dah sah jadi suami awak. Sekarang ni cuma tinggal untuk kahwin betul-betul je.” Kataku. Rasa seronok pula nak jadi suami. Lebih-lebih lagi seronok pula melayan kerenah pelik Park Seul dalam keadaannya period.

✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now