PJM : Chapter 5 💮

2.2K 207 7
                                    

❝ LOVE DIMPLE, JIMIN ❞

Chapter 5 🌸

🍁🍁🍁

❝ You're the sun that rose again in my life
A reincarnation of my childhood dreams
I don't know what these emotions are
Am I still dreaming? ❞

🍁🍁🍁

PARK SEUL

8.30 p.m.

Waktu makan malam sudah pun berlalu. Aku keluar dari rumah untuk ambil angin malam. Aku berjalan tanpa aku menyedari ada seseorang yang sedang berdiri di sebelah pohon kecil di hadapan rumah.

psst! psst!

Bisikan apa itu? Aku memandang kiri kanan tapi tiada orang. Mataku membulat, tubuhku menggigil. Takkanlah hantu muncul waktu macam ni kot?

psst! psst!

Bunyi itu lagi. Tanpa berlengah aku mempercepatkan langkah. Tak mahu menoleh kebelakang, aku berjalan secepat mungkin. Aku melihat bayang-bayang mengikutiku. Sah! Hati aku berdegup kencang, resah, takut! Sampai sahaja di simpang, aku membuka langkah.

Tap! Tap! Tap!

Aku berlari kerana tapak kasut yang mengejarku semakin dekat. Aku berlari sekuat hati, tapi takdelah selaju macam orang yang mengejarku itu. Tiba-tiba tanganku ditarik dan muka tersembam di tubuh seseorang. Hidung aku! Sakit odo!

"Aduh!" Aduhku.

"Eh! Sakit ke? Maaf, Maafkan saya!" Suara itu lunaknya. Manis je bunyinya. Tapi kenapa aku kenal suara ni? Pipiku ditarik dan menghadap wajah si namja yang paling comel di abad ini. Mataku terbuntang.

"Park Jimin-ssi?!" Sebutku apabila melihatnya. Dia tidak mempedulikan aku malah mengusap hidungku dengan lembut. Risau mungkin tapi kenapa hati aku rasa semacam ni? Jadi aku termenung melihat wajah Jimin. Kenapa aku seolah-olah kenal dengan wajah yang polos di hadapanku sekarang ni?

"Sakit lagi ke?" Tanyanya sambil matanya tepat memandang ke arah mataku. Aku menggeleng kecil.

"Maaflah, saya cuma nak usik awak je. Tak sangka pula boleh jadi macam ni. Kesian, dahlah comel hidung tu." Katanya. Aku terkebil-kebil memandangnya yang bercakap dengan sedikit merendahkan tubuh badannya. Seperti seseorang. Macam Chimchim. Tapi tak mungkin dia. Mungkin dia ni yang aku pernah dulu tapi siapa tahu kalau aku terlupa? Tiba-tiba mulutku gatal ingin menanya.

"Park Jimin-ssi, kenapa saya rasa seperti seolah-olah kita pernah kenal? Nama awak pun sepertinya saya pernah dengar sebelum ni." Tanyaku. Jimin berdiri tegak dan diam memandangku.

"Maafkan saya, saya tak pernah kenal mana-mana yeoja sebelumnya teruatama awak, Park Seul. Ini kali pertama kita kenal." Jawab Jimin dengan reaksi yang sukar aku tafsirkan. Tapi kemudiannya dia senyum kecil.

"Mungkin awak kenal saya melalui dari laman media sosial? Saya rasa awak tahu yang saya ni ulzzang." Teka Jimin. Ya, memang pada mulanya aku mengenalinya dari ulzzang. Mempunyai followers yang banyak di Twitter dan Instagram. Tapi ada sesuatu yang pelik tentang dirinya.

Peliknya aku rasa perasaan aku sekarang ni. Kenapa aku rasa ini chimchim yang aku pernah kenal? Aku pun pura-pura ketawa kecil dan garu kepala.

"Baru saya ingat! Awak Park Jimin yang ulzzang paling famous tu. Kenapalah saya tak pernah perasan yang awak sebelumnya? Haih! Maaflah, saya loading memang lambat sikit. Hehe" Kataku. Namun dihati siapa tahu?

Jimin hanya ketawa kecil dan aku perasan matanya memandangku dengan aku rasakan ianya pelik. Ini buat hati aku rasa mula tak sedap, perut mula merama-rama. Jantung tak usah cerita.

🍁🍁🍁

JIMIN

Soalan Park Seul memang aku buat cemas. Aku tak boleh biarkan dia kenal siapa aku sebenarnya. Cukuplah dia kenal aku sebagai ulzzang namja pada dirinya. Selepas kejadian itu, aku memang tak pernah dan tak akan percayakan yeoja lagi.

Walaupun dia memang benar-benar Park Seul yang pernah aku kenali. Aku tak boleh percayakan dia. Siapa tahu kalau dia bukan Park Seul yang aku kenal masa kecil? Lagipun Park Seul yang dalam diari tu hanya mempunyai seorang eomma dan dia Park Seul hanya anak tunggal.

Park Seul yang aku kenal sekarang mempunyai appa, manakala ada dongsaeng. Dia mungkin bukan Park Seul yang aku cari. Aku yakin dia bukan Park Seul.

Tapi, dia comel.

"Hyung! Berjalan tak reti nak ajak kan? Tahulah jumpa jiran sebelah tu." Sindir Jungkook yang tiba-tiba muncul di beranda. Aku buat muka. Aku baru sahaja nak mencarut tiba-tiba ada suara yeoja menegurku.

"Park Jimin-ssi. Maafkan ahjumma kalau mengganggu tapi ahjumma ada bawakan makanan untuk kamu, kawan kamu dan Jungkook. Makanlah sepuasnya. Maaflah ya, hanya mampu beri bekas makanan sebanyak ni." Tegur seorang ahjumma. Aku memandangnya keliru.

"Aigoo, ahjumma. Susah-susah je. Meh sini Kook angkatkan. Apapun terima kasih, ahjumma. Masakan ahjumma buatkan saya rindu kat eomma saya yang jauh." Sampuk Jungkook. Ahjumma tu terus pulang selepas Jungkook angkat semua bekas-bekas makanan yang ahjumma tu beri. Rupanya ini eomma kepada Park Seul.

"Hyung! Masuk! Makan! Hoseok hyung dah kebulur. Hyung tak reti-reti nak kebulur ke?" Laung Jungkook di sebalik pintu. Aku memandang pintu yang tertutup dengan geram. Dia ni kan! Dasar anak Jeon. Aku terperasan Park Seul yang berjalan pulang ke rumah, sepantas kilat aku lari masuk ke dalam rumah. Tak mahu bertembung.

Bukan apa, aku malu sebab aku mudah kesiankan apabila yeoja mengaduh kesakitan. Paling malu bila aku tak tahu malu langsung duk syok gila usap hidung dia yang comel tu. Setelah beberapa minit, aku mengintai Park Seul di sebalik pintu. Yeoja terus masuk ke dalam rumah tanpa sedar aku yang suka intainya di sebalik pintu automatik ni.

"Kawal perasaan kau, Jimin. Dia bukan Park Seul. Tapi kenapa dia juga Park Seul yang aku suka sekarang ni? Aduh! Masalahlah!" Rungutku.

"PARK JIMIN!!!!!!!!" Jerit Hoseok hyung yang kuat. Aku rasa Park Seul boleh dengar suara Hoseok hyung ni. Aku terus tutup pintu dan berlari menuju ke meja makan.

🍁🍁🍁

🌿 To Be Continue...

💮 Yo guys! LD Preview baru je edit yang baru. Minda selalu sangat berubah, so jalan cerita pun sedikit berubah. Tapi saya akan pastikan buat korang yang baca fanfic ni berbunga-bunga macam Park Seul. Jadi, kalau suka please vote.

Vote anda amat saya perlukan. TQ for read btw. Purple you 💜

✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now