PJM : Chapter 46 💮

1.3K 85 0
                                    

DIMPLE : 46

< I want to protect you >

( Park Seul POV )

Gunsan : 1.16 p.m.

Aku diculik. Dikurung pula dia dalam bilik macam aku ni tawanan menantikan wang tebusan dari pihak keluarga. Aku rindu Jimin. Ini kali pertama Jimin tiada disisi dan aku keseorangan dalam bilik ini. Tiada lagi belaian manja dari Jimin. Aku menangis.

"Dah lah tu. Masih marahkan Chanyeol lagi ke?" Sapa seorang namja tiba-tiba masuk ke dalam bilik aku dikurung dengan membawa sedulang berisi makanan. Dulang itu diletakkan di hadapanku dan dia duduk berhadapan denganku. Aku hanya berdiam. Tak ada mood nak berbual.

"Dia ambil kau dengan niat baik. Dia cuba lindungi kau. Tolonglah faham." Pujuk namja itu. Aku syak dia ni kawan kepada si Chanyeol. Mesti dia sama je dengan si Chanyeol tu.

"Tapi apa yang dia dan kau buat ni salah. Kau orang berdua dah pisahkan aku dengan suami aku." Kataku keras. Aku masih tak ada mood.

"Maafkan aku dan Chanyeol. Kami tak ada niat jahat terhadap kau. Kami cuma nak lindungi kau." Katanya lagi.

"Untuk apa?" Bosanku.

"Aku tahu Chanyeol pernah cuba nak rosakkan kau, juga pernah datang ganggu honeymoon kau dan Jimin. Tapi itu kerana appa dia yang hasut. Kerana banyak benda yang kau belum tahu dengan jelas." Katanya. Aku terdiam.

"Dulu Chanyeol dan Jimin tak ubah seperti adik beradik kandung. Tapi appa Chanyeol bawa Chanyeol jauh dari Jimin. Dia tak mahu Chanyeol berbaik dengan Jimin supaya dia boleh gunakan Chanyeol untuk sabotaj Jimin." Jelasnya. Aku pun runsing, tak tahu mahu percaya atau tidak.

"Chanyeol dulu setia dengan appa dia. Sampaikan terpengaruh jadi seperti mana dia yang sekarang. Kadang-kadang dia ikutkan emosi, kadang-kadang dia mampu berfikir waras. Kadang kala dia boleh merasa menyesal, kadang kala dia tak berasa kesal langsung. Percayalah, Seul. Dia cuma nak lindungi kau saja." Katanya.

"Kenapa dia beria nak lindungi aku sedangkan dia pernah cuba cabul kehormatan aku? Untuk apa dia buat semua ni? Atas sebab apa?" Desakku menanyakan soalan kepada namja itu.

"Sebab dia dah sayang kau. Ya, memang kau dah jadi isteri Jimin. Tapi aku tak rasa sayang dia tu lebih dari kasih sayang seorang abang kepada adiknya." Jawabnya. Dahiku berkerut. Aku tak faham.

"Dia pernah sukakan kau lepas kali pertama dia berjumpa dengan kau. Katanya kau kasar dan kuat melawan. Tapi suka dia berubah kepada sayang. Dia sendiri rasa keliru dengan apa yang dia rasa." Terangnya.

"Patut ke aku percaya lepas apa yang dia dah buat kat aku?" Tanyaku.

"Aku tak boleh cakap apa-apa tentang itu. Ya, aku pun rasa dia tak patut dimaafkan. Tapi aku berharap sangat, tolonglah berikan dia peluang. Tolonglah percaya kat dia. Dia tak ada niat jahat kat kau. Dia cuma nak lindungi kau." Pujuknya. Aku geleng kecil kepalaku. Susah untuk aku percaya semua ni. Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam bilik ini. Iaitu Chanyeol.

"Dah makan ke belum? Kita perlu bergerak. Orang-orang Jaemin dah ada kat sini. Bahaya kalau kita terlambat." Serius Chanyeol. Dia memalingkan wajahnya tidak mahu memandang wajah aku.

"Tolong cepat sikit. Kita tak ada masa lebih. Tolong bawa dia, Baekhyun." Kata Chanyeol yang masih tak mahu memandangku dan hanya menyuruh kawannya bernama Baekhyun lalu segera keluar dari bilik ini.

"Aku harap kau dapat berikan kerjasama." Kata Baekhyun.

"Nak pergi mana?"

"Lari."

◉◉◉

"Cepat masuk." Kata Baekhyun dan aku terus meluru masuk ke dalam perut kereta. Chanyeol pula kelihatan duduk ke tempat duduk pemandu. Baekhyun duduk di sebelahku.

"Baekhyun, tolong jaga dia dan anak dia. Kerja gila mungkin akan terjadi." Kata Chanyeol.

"Aku cuba."

Tiba-tiba ada satu tembakan mengena tingkap kereta. Baekhyun sedaya upaya melindungi tubuhku. Manakala Chanyeol menekan minyak dan kereta terus meluncur laju. Sekali lagi kedengaran bunyi tembakan berdentum cuba mengena kereta ini. Aku memegang perutku. Aku cuba melindungi dia sedaya upayaku.

"Baek, pegang dia kuat-kuat." Jerit Chanyeol dan Baekhyun terus memautku erat. Lalu Chanyeol terus menarik handbrake dan tayar kereta melakukan fungsinya. Chanyeol terus memandu laju setelah menurunkan kembali handbrake dan memasuk ke lorong yang sukar dilalui oleh kenderaan yang mengejar kami sehingga tembus ke arah jalan raya besar.

"Yeol, kita kena tukar kereta. Kalau kita terus guna kereta ni, mereka akan terus kejar kita." Laung Baekhyun. Terus Chanyeol pergi ke suatu tempat dan kami bertukar kereta. Dari kereta kecil, bertukar dengan kereta mewah.

"Kereta siapa ni?" Tanyaku.

"Dalam keadaan cemas macam ni, kau boleh tanya pasal kereta ni?" Baekhyun tepuk dahi.

"Ni kereta Kai. Kai tu kawan aku. Kereta yang kita naik tadi dia akan letupkan berdekatan kota untuk memberikan tahu bahawa kita dah mati untuk mereka." Kata Chanyeol dengan riak mula tenang.

Tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat di tempat berdekatan. Bukan letupan kecil tapi besar. Chanyeol terus memandu tanpa mempedulikan bunyi letupan itu. Manakala Baekhyun mengantuk kerana kepenatan. Terasa ada cecair yang mengalir dicelah pehaku.

"Darah? Darah!!!" Jeritku. Baekhyun panik dan melihatkan seluar putihku melekat darah.

"Darah woi darah! Hospital cepat hospital!!!" Jerit Baekhyun. Aku rasa mahu menangis. Aku nak menangis.

"Jimin-ahhh!!!" Jeritku dan menangis.

◉◉◉

"Macam mana doktor?"

"Keadaan puan Seul baik-baik saja. Begitu juga bayi dalam kandungannya. Saya harap lepas ni puan Seul tak stres atau tertekan lagi. Kemungkinan boleh membahayakan kandungannya selepas ini. Saya harap encik boleh jaga isteri encik dengan baik."

"Dia bukan..."

"Ni ubat yang puan Seul kena makan. Jangan skip." Kata doktor itu. Kertas ubat diberikan kepada Chanyeol dan Chanyeol menarikku perlahan untuk mengikutnya.

"Maafkan aku ke atas apa yang terjadi harini. Sumpah, aku langsung tak ada niat nak cederakan kau dan anak kau." Katanya sebaik saja berada diluar bilik doktor tadi. Aku geram aku menampar pipinya kuat dan aku menangis.

"Untuk apa kau minta maaf? Semuanya dah berlaku dan anak aku masih bernyawa dalam perut ni. Untuk apa kau minta maaf?!" Marahku yang menangis sambil memukul perutnya. Maklumlah, orangnya tinggi lampai. Jadilah, perut pun perutlah. Aku marah. Tiba-tiba Chanyeol memeluk aku.

"Aku minta maaf. Maafkan aku. Aku janji aku akan lindungi kau lebih baik lepas ni. Aku janji." Aku tergamam dengar lakunya dan kata-katanya. Dia benar-benar kedengaran sangat ikhlas.

Perlu ke aku percaya?

"Aku cuma nak lindungi kau. Tolong percayakan aku."

◉◉◉

continue..






✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now