LOVE DIMPLE 💮
Chapter 8 💮
🌹🌹🌹
❝ I hear something shattering
It suddenly wakes me up
I hear strange sounds
I try covering my ears but I can't fall back asleepMy throat keeps hurting
I try to wrap it
But I have no voice
Again today, I hear that sound ❞🌹🌹🌹
💮 JIMIN 💮
Di dalam kepalaku sedang bermain apa yang diperkatakan oleh Park Seul semalam.
❝ Eh, kau tahu tak? Aku kan dah lama suka kau. Aku ni sebenarnya stalker kau nombor 1 tau! Aku kenal kau sebab kau ni kawan kepada Kim Taehyung, rakan satu sekolah aku. Aku selalu nampak kau jumpa dia diluar sekolah. Sejak dari itu, aku selalu stalk kau.❞
Menurutnya, dia mengenali aku sebab aku ni kawan kepada Taehyung dan aku ni crush dia sejak dari sekolah. Dia sukakan aku. Okey. Aku tersengih sekejap.
Tiba-tiba aku terfikir, kenapa aku tak pernah menyedari kehadiran si Park Seul ni? Adakah dia terlalu rapat dengan Taehyung atau hanya rakan sekolah? Taehyung dulu di sekolah adalah seorang kingka. Mungkin mereka sekelas?
"Bro, apa yang kau fikirkan tu? Aku perhatikan kau dari tadi. Sekejap senyum, lepas tu tersengih. Tak lama lepas tu serius." Sapa Taehyung. Rupanya dia mengintip aku dari tadi. Patutlah aku rasa diperhatikan tadi. Ingatkan Park Seul pakai teropong budak-budak dia tu. Ermm..
"Tak ada apalah, bro." Jawabku.
"Hei, mustahil. Aku tahu. Kau panggil aku datang ke sini, mesti ada sebab kan? Sebab yang kau cuba untuk beritahu aku atau cuba bertanya, tapi akhirnya kau tak mampu nak bersuara kan?" Teka Taehyung. Ya, tepat sekali. Alien.
"Macam mana kau tahu?" Tanyaku sambil memandangnya acuh tak acuh.
"Aku kenal kau sejak dari sekolah rendah, Jimin. Bukan setahun jagung." Jawab Taehyung lantas selamba merampas air nescafe yang aku buat tadi dan menghirupnya dengan rasa minta penampar. 😑
"Air aku, Alien!" Jeritku. Taehyung senyum tengiknya dan memperhabiskan sisa-sisa nescafe kepunyaanku.
"Kim Taehyung!" Jeritku. Taehyung lantas berlari laju keluar dari bilikku. Tanpa membuang masa, memang membuang masa pun aku kejar si alien ni dengan rasa sebal. Dahlah aku rasa sebal sebab nak bertanya pasal Park Seul, dia boleh pula minum air nescafe aku tu?! Aku mengejarnya sampai ke halaman rumah.
"Woi! Sini kau, alien!" Jeritku. Taehyung ketawa dan menjelirkan lidah mengejek. Mentang-mentanglah aku kecil dan agak pendek, kau mempermainkan aku wahai Taehyung.
Leka kami berdua bertelingkah sesama sendiri berdua sahaja begitu, Park Seul terkebil-kebil. Aku agak terkejut mendengarkan suara Park Seul yang senaik noktah. Taehyung jatuh terduduk manakala aku hanya terkebil-kebil.
"MANGKUK HAYUN, KIM TAEHYUNG!!!"
"Alamak. Kau jiran dia ke, Jimin? Dah berapa lama duh? Kenapa aku tak pernah tahu? Kenapa kau tak beritahu aku?!" Kata Taehyung yang kelihatan bengang dengan aku. Aku bingung weyh.
"Mangkuk hayun, alien!"
"Park Seul, apa khabar?" Tanya Taehyung yang senyum petak. Park Seul menendang punggung Taehyung sampaikan Taehyung terlompat-lompat sambil memegang punggungnya.
"Kau kenal dia ke, Tae?" Tanyaku yang sengaja pura-pura bertanya.
"Mana tak kenal?! Pengawas paling gangster kat sekolah. Rakan sekelas aku, merangkap kaki menulis nama aku dalam report book." Jawab Taehyung. Maka aku tercengang sebesar-besar alam. Logik kenapa dia nampak aku jumpa Taehyung di sekolah mereka.
"Mangkuk hayun betul. Perangai tak pernah nak berubah langsung. Aku ingatkan kau dah insaf." Sindir Park Seul terhadap Taehyung. Taehyung selamba. Jadi ternyata mereka memang rapat sejak dari sekolah. Hati, kenapa rasa tak tenang?
"Hormat sikit. Depan kau ni Park Jimin. Bukan calang-calang orang. Generasi Park yang ke 5. Jangan nak 'Mangkuk Hayun'kan aku kat sini. Cover sikit." Bisik Taehyung dengan kuat dan geram. Park Seul hanya menjeling tajam ke arah Taehyung.
"Kau ingat aku tak kenal dia ke?" Tanya Park Seul dengan rasa bengang lantas menyepak kecil kaki Taehyung.
Taehyung terlompat-lompat sambil memegang kaki kirinya yang terkena sepakan Park Seul."Jimin. Saya ada masakan makan tengahari. Jemput datang ke rumah ya." Pelawa Park Seul sambil wajahnya memerah tanpa memandangku. Aku pula mula memerah.
"Jimin?!"
'Tae'rlupa pula ada makhluk loner yang berada di antara kami berdua.
"Kau panggil dia Jimin?! Wah! Aku bau something Romance kat sini." Sindir Taehyung. Park Seul terus menyepak sekuatnya kaki Taehyung. Malah Taehyung menjerit.
"Jemput datang ya." Park Seul menunduk bow sebelum berlalu. Aku memandang Taehyung.
"Sakit, bro?" Sindirku.
"Gila tak sakit, bro?! Yeoja tu atlet judo, bro!" Raung Taehyung dengan muka yang kesal dan nak menangis akibat perbuatan Park Seul.
No wonder why she is so charming.
I like her.
Maka, aku gelak besar buas terhadap Taehyung.
"Padan muka kau, mangkuk!"
🌹🌹🌹
🍁 TO BE CONTINUE...
Hi, guys. This is your chap 8. Maaf, agak sendu sejak menjak ni and words tak byk. I'm waiting for your respond actually.
Tapi apapun tq, sebab sudi baca karya I ni. Khas utk army. 💜 Purple you, readers.
YOU ARE READING
✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]
FanfictionCOMPLETE ✔️✔️ [+16] Kisah seorang Park Seul jatuh cinta dengan jiran yang cute. 🌸 . . . . . *Hello, kalau suka fanfic ini, harapnya vote 💜 Vote anda semua amat diperlukan* Start : 23 Sept 2018 End : 21 Jan 2020