PJM : Chapter 9 💮

2K 194 15
                                    

LOVE DIMPLE 💮

Chapter 9 💮

🌹🌹🌹

❝ This moment right now might be like nothing to you
But to me, it’s like a dream

The times we spent together
I wish it stopped and lasted forever

(It’s all of you) I like everything about you
(I love you) Because you are my one and only person

You are my dream, you make me dream
You make me dream, I will follow you
Even if it’s a bit lame and a bit immature
I will run and even if I fall, I will go with you ❞

- You Are My Dream -

🌹🌹🌹

💮 PARK SEUL 💮

Dua makhluk di hadapanku aku pandang dengan tajam. Taehyung berwajah selamba sambil berkenyit-kenyit mata dan menggigit bibirnya memandang ke arahku. Manakala Jimin, wajahnya memerah dan memandang ke arah siling sambil bibirnya mengumam. Aku pula terasa bahangnya. Aku pantas berdehem kecil.

“Tunggu apa lagi? Makanlah.” Pelawaku. Jimin memandang makanan dan mengambil pelbagai jenis yang aku telah sediakan. Manakala Taehyung memulakan perbualan.

“Seul, dah berapa lama korang ni berjiran?” Tanya Taehyung sambil memandangku. Jimin? Hanya makanan hasil masakanku. Kelihatan berselera betul dia.

“Baru juga. Adalah dalam 2 minggu atau dah lebih. Jimin pun peramah.” Jawabku. Jimin tersedak kecil lalu aku menghulurkan air kosong kepadanya.

“Wah, kau panggil dia Jimin? Baru pindah tapi panggilan macam dah kenal lama.” Perli Taehyung. Sekali lagi Jimin tersedak. Kesian pulak aku tengok. Dia minum air perlahan-lahan dan mengambil nafas.

“Biarlah. Kau cemburu kenapa?” Bidas Jimin lalu meneruskan menelan segala makanan.

“Kau tak perlu nak jadi detektif kat sini, mangkuk hayun. Makan jelah!” Kataku yang mahu mula menyentuh makanan. Semua makanan sudah tinggal separuh. Biar betul? Aku melihat Jimin.

“Wah! Jimin! Banyak betul kau makan?” Terkejut Taehyung. Aku menepuk tangan Taehyung. Dia memandangku dengan kening terangkat seolah-olah bertanya ‘Apa’ kepadaku.

“Dia memang macam ni ke?” Tanyaku. Taehyung sengih.

“Tak juga. Dia bukannya seorang yang kuat makan pun. Tapi habits dia akan jadi macam ni apabila dia rasa dia kurang selesa dengan sesuatu.” Kata Taehyung sambil tersengih nakal memandang kami berdua. Jimin terhenti dari makan.

“Kau orang berdua ada apa-apa yang kau orang cuba sembunyikan dari aku ke?” Tanya Taehyung. Sudu di tangan Jimin terjatuh. Aku terpaku.

“Aku dah agak dah. Tak nak cerita eh? Tak apa, aku korek nanti.” Kata Taehyung seolah-olah kami berdua ni pesalah. Aku menyepak kaki Taehyung dibawah meja. Hampir menjerit dia dibuatnya.

“Makanlah, Jimin. Kau Taehyung, makan. Jangan banyak mulut. Aku nak ambil makanan lagi kat dapur.” Aku berlalu ke dapur tapi aku masih memasang telinga. Takut-takut kalau Taehyung mengusik Jimin lagi. Aku dah cuba kawal sehabis baik sikap fangirling aku ni. Aku mengintai mereka.

“Weyh, petang ni kita nak ke rumah pantai kan? Apa kata kita ajak dia ni? Aku tengok dia tinggal sorang je. Rasa macam bahaya tau yeoja tinggal seorang diri. Lebih-lebih lagi kalau jiran tak ada.” Kata Taehyung. Lebih kepada memujuk. Jimin berfikir sejenak.

“Boleh juga. Lagipun bahaya. Aku pun terfikir kalau apa-apa terjadi kat dia nanti macam mana? Family dia pergi China.” Jawab Jimin. Serta-merta wajah memerah. Aku memegang pipi.

✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now