Bab 2

3.6K 104 4
                                    

BAB 2

“Aduyy . Kenapa dengan aku ni ?! Rasa tak sedap hati je dari tadi , hope takde apa-apalah jadi.”desis Sarah perlahan sambil bergolek-golek di atas katilnya. Sarah turun ke ruang tamu untuk menonton televisyen . Hatinya yang gundah gulana tidak dilayan . Tiada rancangan yang menarik di televisyen hujung minggu ini , hanya rancangan memasak , berita dan macam-macam lagi rancangan yang membosankan.

Televisyen ditutup . Telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk . Dia mengambil handphone Galaxy SIII  kepunyaannya dan menekan icon ‘open’ .         

' Abang on the way balik rumah mama . Adik tunggu tau ! Miss u so much ! LOL ~ Abang syg adik sgt2'

‘Apasal rasa lain macam je mesej abang ni ? Selalunya hantar mesej brutal bukan main ? Ni tiba-tiba ada miss you bagai pulakk?’desis hati Sarah.

“Pranngg !!!” bunyi kaca pecah kedengaran dari dapur mengejutkan Sarah yang sedang melayan drama muzikal ‘Glee’. Dia terus melajukan langkah ke dapur , sesampainya di tangga dapur dia melihat ibunya sedang mengutip serpihan-serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai sambil dibantu oleh Mak Timah .

“Mama ? What’s happening?” tanya Sarah. Dia cuba untuk menolong tapi di halang oleh ibunya dan Mak Timah jadi dia hanya berdiri di tangga dapur itu sahaja.

“Entahlah Sarah , hati mama ni rasa tak sedap je dari tadi .”jawab mama sambil terus mengutip kaca.

“Takde apa- apalah mama . Don’t worry . Hati mama je yang rasa macam tu.” Tiba – tiba , telefon di ruang tamu berdering minta diangkat , Sarah berlari anak ke ruang tamu dan menjawab panggilan itu .

“Helo.”Sarah memulakan bicara .

“Assalamualaikum , ini nombor rumah Encik Adzan ke ?” tanya wanita duhujung talian itu .

“Waalaikumussalam , ye ni nombor rumah Encik Adzan tapi dia tak ada di rumah . Ini anak perempuan dia , Sarah . Ada apa cik ?”terang Sarah panjang .

“Baiklah , begini Cik Sarah saya harap Cik Sarah dapat bertenang dengan berita yang saya ingin sampaikan . Azzam Rezza , abang cik dah terlibat dalam satu kemalangan di Serdang , sekarang dia berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang , harap cik dan ibu bapa dapat datang dengan segera.” Sarah yang hanya mendengar sedari tadi sudah terpana.

Gagang telefon yang sebelumnya melekap di telinga Sarah mula melurut dan menghempas lantai .Sarah terduduk , empangan air matanya mula pecah air matanya mengalir deras menimpa pipi gebunya.

"Abannnngggg !!!!” raung Sarah kuat megejutkan Puan Rosma yang baru berhajat ingin bergerak ke ruang tamu itu . Dia melajukan langkahnya untuk melihat keadaan Sarah .

“Ya Allah , Sarah ! Kenapa ni sayang ? Kenapa dengan abang ?! Cakap dengan mama !” tanya Puan Rosma yang mulai risau dengan keadaan Sarah yang sedang menangis teresak – esak . 

“Ma , abang Azzam accident ma , dia accident !!! Dia dah kritikal dekat Hospital Serdang sekarang ma!” tutur Sarah dalam tangisan yang tiada hentinya . Sesekali terdengar sedu sedannya .

“Pak Mat cepat hantar kami ke Hospital Serdang sekarang Pak Mat !” jerit Puan Rosma.

Air matanya yang hampir gugur diseka , di tidak mahu nampak lemah dihadapan anaknya , dia perlu kuat untuk menghadapi apa sahaja dugaan yang menimpanya . Puan Rosma segera menelefon suaminya sewaktu dalam perjalanan ke hospital , suaminya yang berada di pejabat itu segera ke Hospital Serdang . Sarah di sebelahnya sedari tadi hanya termenung dengan air mata yang tidak pernah surut .

Pandangan dibuang ke luar kereta . ‘Ya Allah , kau selamatkanlah anakku Ya Allah . Berilah aku peluang untuk menikmati saat – saat bahagia bersamanya Ya Allah sesungguhnya aku amat menyayanginya .’ doa Puan Rosma di dalam hati .                                                            

**********

Di hospital , Encik Adzan sedari tadi mundar mandir di hadapan pintu bilik pembedahan yang masih tertutup rapat . Sarah masih belum berhenti menangis di pangkuan ibunya . Sekarang , sudah hampir tiga jam mereka menunggu .

Beberapa minit kemudian , azan Asar berkumandang bermaksud sudah masuknya waktu untuk menunaikan solat Asar . Encik Adzan dan Puan Rosma  segera ke surau hospital untuk bersolat manakala Sarah masih menunggu di depan bilik itu .

Sarah tidak dapat bersama-sama menunaikan kewajipan setiap umat Islam itu , kerana sudahpun dikurniakan ‘cuti’ yang bakal berakhir . Cuma perlu mandi wajib sahaja .

Jam masih berdetik dan terus berdetik sehingglah menginjak ke pukul 12 malam. Masih belum ada sebarang khabar tentang Azzam . Encik Adzan memutuskan untuk pulang semula ke rumah pada malam itu memandangkan Puan Rosma sudahpun terlena di bangku hospital itu. 

Hanya Kau Yang TerakhirWhere stories live. Discover now