BAB 17
“Awak balik dengan siapa ni ?”tanya Hairy sewaktu mereka sudahpun tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur .
“Siapa lagi yang setia nak jadi driver saya ? Abang Riz lah .”jawab Sarah sambil mengerling pada Hairy yang sedang menolak troli , begitu juga dengannya .
“Awak sibuk tanya saya balik dengan siapa , awak tu?”tanya Sarah tiba- tiba , Ain sudahpun pulang tatkala keluarganya menjemputnya sebentar tadi .
“Entah , teksi kot . Saja nak buat surprise untuk ibu , abang dengan adik – adik . Actually tadi diorang suruh call bila dah nak sampai .” terang Hairy sambil tersenyum , perasaan rindu pada keluarganya mengasak hati. Pada waktu ini , dia terasa seperti mahu terbang terus ke rumah keluarganya .
“Ada – ada je awak ni .”ujar Sarah sambil menggeleng perlahan sebelum menyambung , “Ermm , saya hantar awak jelah . Tak payahlah susah – susah awak nak ambil cab .” ajak Sarah .
“Eyh , menyusahkan awak je .”tolak Hairy .
“Hairy , kita naik kereta kan ? Bukannya saya kena angkat awak pun , and the last thing is yang drive kereta tu abang Riz . Not me or you , but my brother . Anything else do you wanna say now ?”terang Sarah panjang .
“Okay , okay . Awak menang . Saya ikut awak . Puas ?”ujar Hairy , Sarah dipandang geram sambil tersenyum simpul .
Sarah tersenyum melihat Hairy , “Mestilah puas . Ingat senang ke nak menang lawan cakap dengan awak?” balas Sarah .
Hairy yang mendengar sudah terbuntang biji mata melihat Sarah yang sudahpun mengekek gelak , “Amboi , amboi . Banyaknya cakap ?”
Sarah tergelak lagi apabila Hairy mula menggeleteknya .
“Amboi , seronoknya pasangan bahagia ni ?”tegur Rizal , memberhentikan tawa Sarah sebentar tadi .
Sarah dan Hairy hanya menyengih . Mereka terus bersalaman dengan Rizal , Sarah mula berbicara . “Kak Miera mana ?”
“Dia tak ikut , tolong mama dekat rumah .” terang Rizal , belum sempat Sarah bertanya lagi kedua – dua anak buahnya meluru ke arahnya dan memeluk kakinya erat .
Sarah tergelak melihat telatah mereka . Sarah menunduk , “Rindu maksu tak ?” tanya Sarah sengaja .
“Indu cangatt !”balas si kecil Rayyan Naqli . Rayyan Najmi hanya mengangguk – angguk mengiakan apa yang dikatakan oleh adiknya itu .
Sarah tergelak lagi . Rayyan Najmi yang lebih rapat dengan Hairy mula meminta Hairy mendukungnya . Sarah hanya menggeleng perlahan dan pada masa yang sama dia turut mendukung Rayyan Naqli .
“Abang tengok korang ni dah macam keluarga bahagia dah tahu tak ?”tegur Rizal pada mereka .
Sarah dan Hairy tergelak serentak , “Lama lagi bang .” Hairy bersuara .
“Dahlah jom gerak , mama mesti dah tunggu tu .”
“Ah , abang . Hairy tumpang sampai rumah dia tau .”ujar Sarah sambil memimpin kedua – dua kembar seiras itu . Rayyan Najmi di sebelah kanan manakala Rayyan Naqli di sebelah kiri . Sambil Hairy dan Rizal menyorong troli menuju ke kereta Rizal .
“No big deal .”jawab Rizal selamba .
**********
“Tak nak masuk dulu ke ?”tanya Hairy sewaktu berada di hadapan rumahnya .
“Ermm , takpelah Hairy . Buat susah – susah je , lagipun korang pun penat lagi kan ? Esok lusa kalau ada masa , kami singgah .”jawab Rizal . Sarah masih berada di dalam kereta , memandangkan kedua – dua hero itu sudahpun terlena di pangkuannya .
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
أدب المراهقين"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-