BAB 11
“Malu je , dah besar panjang pun mabuk laut .”ujar Sarah selamba sewaktu abangnya selesai muntah . Ain dan Farhan hanya tersenyum .
“Mana ada mabuk . Abang muntah sebab dah lama tak naik botlah .”tukas Rizal sambil mengelap mulutnya .
Mereka di dalam perjalanan untuk melewati pulau – pulau yang juga terdapat disekeliling Pulau Redang itu . Masing – masing mengambil tempat sendiri untuk melayan perasaan . Setelah puas menikmati keindahan pemandangan di sekitar laut biru yang terbentang luas itu , mereka kembali semula ke pesisir pantai .
“Abang pergi makan jom !”ajak Sarah , perutnya yang mula berlagu dipegang sambil memandang Rizal .
“Okay , jom . Kita pergi makan Char Koey Tiaw kat tepi tu nak ?”tanya Rizal sambil menunjukkan ke arah gerai yang dimaksudkan .
Mereka mengatur langkah ke gerai itu , sesampai sahaja di sana makanan dan minuman dipesan dan mereka menikmati makanan dengan begitu selera . Sesudah melincinkan makanan , Sarah bersuara “Siap untuk snorkeling jom !”ajak Sarah bersemangat selepas perutnya sudah penuh diisi .
“Heyp , nantilah dulu . Ermm , kita lepak jap dalam bilik . Dalam pukul 3 lebih nanti kita jumpa kat pantai.”ujar Rizal sambil tangannya mengerling ke jam tangannya .
Ain , Farhan dan Sarah mengangguk dan masing – masing mengorak langkah ke bilik . Sewaktu di dalam bilik Sarah dan Ain hanya mengemas bilik itu dan mengatur barang – barang untuk snorkeling.
“Eyh , phone tertinggal dalam biliklah .”ujar Rizal sambil berpatah balik ke bilik . Sarah , Ain dan Farhan meneruskan perjalanan ke pesisir pantai .
Sewaktu di pantai , mereka hanya duduk di sebuah bangku panjang sambil masing – masing termenung . “Aik ? Ingatkan korang dah berendam dah ?”tegur Rizal sewaktu melihat mereka hanya duduk tanpa membuat apa – apa mahupun menyarung goggle.
Sarah , Ain dan Farhan hanya menyengih sambil mula menyarung alat – alat snorkeling , tatkala kesemua mereka sudah sedia Rizal bersuara . “Semua dah siap dah ?”
“Dah .”serentak Sarah , Ain dan Farhan menjawab .
“Okay , first of all kita pergi kat celah – celah batu tu dulu .”terang Rizal sambil telunjuknya lurus ke arah batuan yang dimaksudkan .
Mereka mula masuk kedalam air dan menuju ke arah batu yang dimaksudkan Rizal sebentar tadi . Setelah puas bersuka ria dan bergelak tawa , Farhan bersuara . “Sarah , jom pergi atas batu tu . Macam best je ?”ajaknya .
“Hmm , betullah Farhan macam best je . Jomlah !”potong Rizal semangat . Sarah yang melihat hanya menggeleng sewaktu abangnya mula mengatur langkah . Perangai Rizal sememangnya sukar untuk diubah . Pabila dilihat Rizal , Farhan dan Ain sudahpun berlalu Sarah mempercepatkan langkahnya .
Masing – masing memanjat batu itu dengan penuh hati – hati . Rizal , Farhan dan Ain sudahpun selamat berada di atas batu itu .Kakinya mula menapak sedikit pantas , namun tanpa disengajakan dia terpijak teritip – teritip dan siput – siput tajam yang melekat di batu itu . Darah mula keluar dari tapak kakinya . Memandangkan tiada siapa yang menyedari keadaannya Sarah hanya terus memanjat sambil dibantu oleh Rizal dan Farhan .
Keempat – empat mereka berbual kosong sambil menceritakan pengalaman – pangalaman yang pernah dialami . Dalam leka berbual hari makin menginjak senja , Rizal mula membuka mulut , “Eyh , dah pukul berapa dah ni ? Jomlah balik , orang pun dah takde kat pantai .”dia mula berdiri seluarnya ditepuk perlahan mengibas pasir – pasir yang melekat .
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
Подростковая литература"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-