BAB 10
Setelah berkali – kali menukar tarikh , akhirnya mereka memilih tarikh lima belas hari bulan empat untuk bercuti ke Pulau Redang . “Sarah , semua barang dah ambil kan ?”tanya Rizal pada Sarah yang sedang menyusun beg di dalam bonet kereta itu .
“Dah , semua dah ambil . Ermm , hah ! Beg kamera ada dekat dalam almari , tingkat dua , sebelah sofa . Tolong ambilkan ?”terang Sarah panjang . Rizal yang mendengar sudah tersenyum lebar mendengar penerangan Sarah yang sungguh terperinci itu .
Selepas selesai memasukkan barang – barang , Sarah dan Rizal bersalaman dengan ibu – bapanya . “Bawa kereta elok – elok , jangan nak cepat – cepat . Kalau mengantuk berhenti rehat dulu . Dah sampai nanti call papa . Kereta dah servis belum ?”pesan Encik Adzan panjang lebar sebelum diakhiri dengan soalan .
“Dah pa . Don’t worry kay . Kalau abang Riz bawa laju – laju ke apa ke Sarah cubit dia . Nanti dah sampai Sarah telefon .”jawab Sarah . Setelah selesai bersalaman , Volkswagen Golf merah itu mula meluncur laju pergi menjemput Farhan dan Ain pula .
Sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu itu Ain dan Sarah yang duduk di belakang hanya berbual kosong , setelah penat mereka akan berhenti tidur pabila terjaga semula mereka akan sambung semula bergosip. Farhan dan Rizal di hadapan hanya senyap sambil ditemani radio yang memutar berbagai lagu.
“Sarah , Ain bangun ! Dah sampai dah ni .”kejut Rizal . Sarah dan Ain yang terganggu dek bunyi kereta yang lalu lalang di tempat letak kereta itu terpisat – pisat membuka mata .”Kita dah sampai mana?”tanya Sarah . Ain sudah pun keluar dari kereta .
“Jetilah , dahlah cepat ambil barang – barang ni .”jawab Rizal dan terus bergerak ke bonet untuk mengeluarkan beg – beg sambil dibantu oleh Farhan . Sarah yang mendengar terus keluar dari kereta dan menggeliat sebentar setelah tujuh jam duduk di dalam kereta itu .
“Abang , cepat ! Tu feri kita kan ?”tanya Sarah sewaktu berjalan ke ruang menunggu . “Eyh , yelah ! Cepat !” arah Rizal pada mereka .
Keempat – empat mereka melajukan langkah menyorong beg masing – masing . Sewaktu tiba di pintu feri mereka menyerahkan beg untuk disimpan dan terus bergerak ke tempat duduk . Sarah duduk di tepi tingkap kemudian Rizal , Farhan dan paling hujung Ain yang leka dengan telefon bimbitnya .
Sarah membuang pandangannya ke laut yang terbentang luas , ingatannya kembali ke zaman silamnya sewaktu arwah abangnya masih ada . Otaknya ligat memutar memori – memori bersama abangnya itu . Air matanya menitis tapi pantas diseka , bimbang jika abangnya yang berada di sebelah perasan . Sarah mula tersenyum , seperti terbayang di matanya wajah abangnya melarang dia untuk menangis . Sarah menarik nafas panjang , percutian ini diadakan untuk meraikan kejayaan mereka jadi dia sedar yang dia tidak sepatutnya bersedih .
Matanya ditutup rapat memandangkan jangka masa perjalanan adalah dua jam , jadi dia berhasrat untuk menyambung tidurnya yang terbantut sewaktu di dalam kereta sebentar tadi .
**********
“Woah , cantiknya chalet ni ! Ain petang ni kita jalan – jalan kat sini tau !”ujar Sarah pada Ain sewaktu sampai di chalet yang mereka tempah . “No , without my permission dear .”bisik Farhan yang berjalan seiring dengannya . Sarah hanya membuat muka simpatinya .
Farhan yang melihat wajah Sarah hanya membalas dengan isyarat mata yang mengatakan tidak . “Petang ni kita jalan – jalan kat sini , tak pun dekat pulau ni .” sampuk Rizal , dia perasan akan isyarat mata Farhan pada adiknya itu , namun tidak diendahkan . Dia tahu Farhan boleh menjaga Sarah .
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
Ficção Adolescente"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-