BAB 24
Sarah mengemaskan ikatan rambutnya , beg tangan yang berada di atas meja solek dicapai . Penampilan yang cukup ringkas , John Lennon hitam , Leopard printed blouse dan sedikit solekan nipis pada mukanya. Jam tangan Baby-G berwarna hitam dipakai lantas dia terus turun menuju ke dapur .
"Ma , Sarah nak keluar kejap . Pinjam kereta ."ujar Sarah . Memandangkan dia baru sahaja mendapatkan lesen kenderaan hujung bulan lepas , jadi dia sudahpun boleh memandu secara rasmi di atas jalan raya.
"Nak pergi mana ?"tanya Puan Rosmah yang sibuk menumis .
"Subang Parade ? Dengan Ain ."jelas Sarah .
"Hmm , kunci kereta kat depan ."tutur Puan Rosmah . Sarah tersenyum lantas bersalaman dengan mamanya dan terus pergi ke ruang tamu dan mencapai kunci kereta .
Sarah berhenti di hadapan rak kasut dan mengambil sepasang wedges hitam untuk dipadankan dengan pakaiannya . Sarah mula menapak ke arah Volkswagen Golf merah kepunyaan mamanya itu .
Selepas memanaskan enjin beberapa minit , Sarah menurunkan hand brake dan terus menukarkan gear pada gear , reverse untuk mengeluarkan kereta itu dari garaj rumahnya . Seketika kemudian , kereta itu mula meluncur laju menuju ke Subang Parade yang terletak tidak jauh dari kediamannya .
Earphone dipasang pada telinga kirinya . Nombor telefon Ain didail pantas . Namun , hampa . Ain tidak menjawab panggilannya . Sarah terus memandu menuju ke Subang Parade .
**********
Okay , mata dalam kaca
Topi berceloreng
Sarung tangan hitam
Atas muka ada topeng
Hanya perlu siul
Tidak tekan loceng
Hero sudah sampai
Cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan
Aku pacu engkau bonceng
Sarah turut menyanyi rap kesukaannya yang juga daripada artis kesayangannya , Zizan Razak . Namun , nyanyiannya tidak dapat di sambung tatkala telefon bimbitnya berdering , memaparkan nama 'Ain' . Sarah menekan icon 'answer'.
"Hmm , pahal ?"tanya Sarah terus .
"Err .. Aku ,"
"Tak boleh pergi ?"potong Sarah pantas .
"Aduyy , Sarah . Sorrylah . Aku bukannya saja ,lagipun kau ingat office ni office bapak aku ke ? Dah kalau diorang nak buat meeting , aku kenalah pergi ."rungut Ain .
"Aku suruh kerja dengan bapa aku tak nak , padan muka ."balas Sarah sambil memperlahankan volume radionya .
"Alaah , kau ! Sibuk suruh aku kerja dengan bapak kau , yang kau tu tak kerja – kerja lagi apahal ? Bukannya kau ambik law pun dekat 'U' dulu . Ambik business management juga !"jawab Ain .
"Aku bukannya tak nak kerja , masalahnya .."
"Apa masalahnya ? Kau tu je yang mengada lebih . Dahlah , aku kena gerak lah . Sorry , next time aku set date . Kau ajak lah sesiapa teman kau hari ni ."potong Ain pantas dan terus menamatkan perbualan tanpa sempat Sarah membalas apa – apa .
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
Teen Fiction"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-